Friday, June 27, 2008

Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan Terbaik Bagi Servis Kawalan Serangga Atau Khidmat Pest Control (Untuk Anai-Anai)

Mesti ramai yang nak tahu, "cara memilih pekhidmatan yang terbaik untuk servis Pest Control" bukan? Maknanya, bukan saja servis yang cekap tetapi betul-betul memuaskan dan yang paling penting ialah berkesan.

kawalan serangga
Apa gunanya bayar mahal-mahal tetapi hasil kerja tidak memuaskan atau tiada kesan langsung. Dah buat rawatan tetapi tiada apa-apa perubahan. Jadi saya kongsikan sedikit panduan langkah demi langkah bagaimana memilih perkhidmatan kawalan serangga yang terbaik.

Baiklah, dalam artikel diblog ini, saya akan konsikan beberapa tip untuk anda menentukan servis kawalan serangga yang manakah sesuai untuk anda. Apakah faedah-faedah yang akan anda dapat? Dan yang paling penting adakah perkhidmatan tersebut menggunakan teknik kawalan serangga yang betul.


Langkah 1. Tanya Dulu Sebelum Buat Apa-Apa Keputusan.

Sebelum anda mendapatkan Servis Pest Control, pastikan anda bertanyakan soalan-soalan, bagaimana rawatan pembasmian serangga dilakukan? Jika rawatan untuk serangga Anai-Anai, tanya apakah jenis rawatan yang sesuai bagi setiap rumah yang telah dihuni serangga tersebut.

Langkah 2. Tiada Sebarang Caj Atau Bayaran Jika...

Jika anda didatangi oleh pegawai pemasaran yang cuba membantu anda, mereka akan cuba melakukan pemeriksaan dirumah anda. Pastikan tiada sebarang caj yang dibuat oleh pemeriksa atau pegawai pemeriksaan tersebut. Biasanya kos pemeriksaan adalah PERCUMA. Ingat ini adalah penting agar anda tidak tertipu dengan taktik kotor yang digunakan oleh segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan ini. Waspadalah selalu!!!

Langkah 3. Perbandingan Harga & Kaedah Kerja Rawatan Dilakukan

Anda juga perlu tahu caj yang dikenakan itu masuk akal atau tidak dengan kerja-kerja yang dijalankan bagi rawatan pemulihan serangga perosak yang dilakukan. Ini mesti di ambil kira agar anda tidak keliru atau terpadaya dengan tipu muslihat yang tersembunyi.

Ada kebanyakkan perkhidmatan yang menawarkan harga yang jauh lebih murah. Mengapa jadi macam tu? Tentu ada sebabnya bukan? Jadi saya syorkan anda memilih harga yang sesuai dan servis terbaik untuk menyelesaikan masalah anda itu.

Anda perlu pertimbangkan sebaik-baiknya hal ini, pilihlah perkhidmatan kawalan serangga yang menawarkan harga yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Paling penting ialah servis yang cekap, terbaik dan berkesan serta caj yang dikenakan berpatutan. Ini juga boleh dikategorikan servis perkhidmatan yang terbaik.

Langkah 4. Jaminan Selepas Rawatan (Waranty)

Biasanya rawatan pemulihan tanah atau Corrective Soil Treatment (C.S.T) anda akan diberikan jaminan. Bukan jaminan pemulangan wang atau jaminan wang dikembalikan. Tetapi jaminan dalam bentuk, rawatan akan dilakukan tanpa caj tambahan jika terdapat serangan baru (serangga anai-anai sahaja). Itulah jaminan yang akan diberikan kepada mereka yang terlibat dengan rawatan C.S.T. Jaminan yang diberikan bukan untuk tempoh sebulan dua, tetapi selama 2 - 3 tahun dan ada sehingga 5 tahun dan ia tertakluk atau bergantung kepada bahan kimia (racun serangga) yang digunakan atau caj rawatan yang dikenakan.

Langkah 5. Kerja-Kerja Pemeriksaan Semula

Bagi rumah yang pernah terlibat dengan masalah serangan serangga anai-anai dan telahpun menjalankan rawatan C.S.T, anda akan diberikan jaminan. Anda akan memperolehi satu sijil jaminan dan didalam sijil tersebut mengandungi terma & syarat jaminan. Sila baca terma & syarat yang ditetapkan. Didalam terma & syarat tersebut dinyatakan, kos rawatan percuma akan diberikan jika terdapat tanda-tanda serangan serangga baru yang aktif, dan ianya tertakluk didalan terma & syarat jaminan. Pemeriksaan semula akan dilakukan dan rawatan akan dijalankan pada tempat-tempat serangan berlaku, tanpa melibatkan kos dan caj tambahan.

Langkah 6. Siapa Juruteknik Yang Melakukan Rawatan.

Selidik siapakah juruteknik yang akan menjalankan tugas-tugas tersebut. Adakah ia juruteknik baru atau juruteknik kawalan serangga yang berpengalaman.

Kebiasaannya syarikat kawalan serangga sentiasa menukarkan juruteknik lama kepada yang baru. Saya dapat perhatikan banyak iklan-iklan yang menawarkan jawatan kosong sebagai juruteknik kawalan serangga. mengapa jadi begitu? Tak perlu saya ceritakan disini.

Tapi ia juga amat penting kerana juruteknik yang akan melakukan tugas-tugas rawatan. Bayangkan apa akan jadi jika pekerja baru yang melakukan tugas-tugas rawatan. Tentunya anda tahu jawapannya bukan???

Baiklah, saya rasa 6 langkah ini sudah cukup untuk anda memilih syarikat yang sesuai atau dengan kata lain ialah pililah perkhidmatan yang memberikan servis yang cekap, terbaik dan berkesan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca artikel di blog ini. Jika anda ada soalan dan pertanyaan sila hubungi saya melalui email : termitecontrol99@yahoo.com.my. Atau anda boleh mengisi borang hubungi kami disini


Sekian,


Wassalam!



Mohamad Asmid (Asmid Pest Control)


P.S Anda perlukan servis yang cekap dengan tawaran harga yang memuaskan dan rawatan kawalan serangga yang berkesan serta terjamin. Jikalau macam tu, dibawah ini disertakan bersama-sama iklan untuk rujukkan anda. Saya yakin, servis syarikat ini dijamin berkesan.







Bacaan Seterusnya......

Thursday, June 5, 2008

Tips Mengesan Serangga Anai-Anai

Salam sejahtera dan salam bahagia.

Hari ini saya ingin berikan sedikit tips kepada mereka yang tidak tahu samada rumah atau premis mereka dihuni oleh Serangga Perosak. Jika diserang apa yang perlu anda lakukan? Adakah anda ingin megetahui cara mengesan sendiri makhluk perosak ini.
Jika Ya! sekarang anda boleh mengesan sendiri samada betul atau tidak rumah anda dihuni oleh serangga Anai-Anai? Untuk mengesan serangga ini (Anai-Anai) sila ikut garis panduan berikut :


1 Sila periksa seluruh kawasan yang lembab seperti dikawasan tandas atau bilik mandi dirumah anda, dan pastikan anda memeriksa berulangkali pada bahagian pintu yang diperbuat daripada kayu.

2 Periksa di kawasan yang gelap, contohnya didalam stor menyimpan barang. Biasanya serangga Anai-Anai yang aktif boleh ditemui dikawasan yang gelap dan kawasan yang lembab. Saya pernah menemui serangga ini distor dibawah tangga yang terdapat pada akhbar lama, majalah, buku dan kotak.

3 Periksa di tempat-tempat simpanan majalah, akhbar lama, kotak dan dicelah-celah kayu terutamanya pada rangka pintu dan tingkap. kebiasaanya serangga Anai-Anai gemar pada tempat berkenaan. (kawasan sunyi dan gelap)


Baiklah untuk tips yang seterusnya saya akan berikan pada minggu seterusnya...





Asmid


Juruteknik Kawalan Serangga
http://www.facebook.com/asmid

Bacaan Seterusnya......