Sunday, July 27, 2008

Racun Basmi Serangga Perosak Jenis Premise SC 200

Terdapat banyak jenis racun serangga perosak yang digunakan untuk mengawal serangga. Salah satu racun serangga yang digunakan untuk membasmi serangga Anai-Anai ialah, Premise SC 200.

Racun serangga ini adalah salah satu-satunya racun serangga yang terbaik dan berkesan serta mampu membunuh serangga Anai-Anai. Ianya tidak berbau malah mesra pengguna dan tidak merbahaya terhadap tumbuh-tumbuhan, manusia, alam sekitar dan amat berkesan untuk membunuh serangga Anai-Anai.

Walaupun racun serangga jenis Premise SC 200 ini agak mahal namun, kebanyakan Syarikat Pest Control atau Kawalan Serangga akan menggunakan racun ini untuk merawat kawasan yang diancam atau yang terlibat dengan serangan serangga Anai-Anai.


Di Malaysia, racun serangga jenis Premise SC 200 disukatkan hanya 1 Liter untuk satu botol dan terdiri daripada racun serangga jenis kelas III yang tidak merbahaya.

Apakah Fungsi Racun Serangga Premise SC 200 Ini?======================================

Penggunaan racun serangga Premise SC 200 ini amat berkesan jika digunakan dalam kaedah rawatan pemulihan tanah atau Corrective Soil Treatment (C.S.T) Ia berfungsi apabila racun yang disuntik akan menyerap dibawah setiap lantai bangunan dan terus meresap ke bahagian tanah.

Dengan tersebarnya racun ini pada bahagian-bahagian yang dirawat, Anai-Anai yang menyerang masuk akan terkena perangkap ini tanpa ia sedar dan membawa penyakit kepadanya. Selepas beberapa minggu Anai-Anai yang terkena racun ini akan mati secara beransur-ansur.

Kesan dan fungsinya amat baik sekali bagi setiap rumah atau kediaman yang telah dihuni oleh serangga perosak Anai-Anai. Berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri, rumah dan kediaman yang dengan menggunakan racun Premise SC 200 lebih berkesan untuk tempoh jangka panjang. Keberkesananya terbuki dan ditambah dengan jaminan selama 2 - 5 tahun.

Sekian dulu untuk kali.....

Jumpa lagi tip seterusnya diblog ini.

Iklas,

Mohamad Asmid

Bacaan Seterusnya......

Thursday, July 17, 2008

2 Cara Rawatan Pembasmian Serangga Anai-Anai Pilihan Anda

Ada pelbagai cara bagi merawat kawasan yang terlibat dengan serangan serangga Anai-Anai. Tapi pada kali ini saya hanya tuliskan 2 cara untuk basmi serangga yang disenaraikan diblog ini. Kedua-dua cara dan sistem pencegahan serangga perosak ini boleh digunakan dan sila pilih salah satu bentuk rawatan yang diperlukan sahaja. Berikut adalah 2 cara dan teknik rawatan yang dimaksudkan:

Teknik Kawalan / Rawatan #1. General Pest Control

Rawatan jenis ini merupakan jenis rawatan pembasmian serangga yang dilakukan secara berjadual. Dengan menggunakan kaedah rawatan seperti ini, kawalan serangga jenis ini wajib dilakukan mengikut jadual dimana pada setiap bulan atau dua bulan sekali semburan bahan kimia yang sesuai akan dilakukan secara berkala.

Sasaran rawatan pencegahan serangga ini khususnya serangga perosak, anai-anai, semut dan lipas termasuk didalam golongan rawatan ini. Sistem kawalan serangga perosak seperti ini menggunakan kaedah semburan dan akan dilakukan diseluruh kawasan termasuklah didalam dan diluar premis atau bangunan bangunan yang dirawat.

Teknik Kawalan / Rawatan #2. Spot Treatment

Syarikat pakar kawalan serangga yang menggunakan kaedah rawatan Spot Treatment akan menjalankan rawatan pada bahagian yang dikenal pasti sahaja. Mungkin ditempat seranggan Anai-Anai yang aktif, atau pada lokasi yang terlibat sahaja. Ini juga boleh dipanggil rawatan setempat. Hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja dan tempat-tempat yang disyaki terlibat dengan pembiakan akan dirawat dengan menggunakan kaedah Spot Treatment.

Sebelum rawatan spot treatment dijalankan, pemeriksaan yang teliti akan dibuat dikawasan yang disyaki atau punca serangan serangga anai-anai akan dikesan. Kemudian rawatan Spot Treatment akan dilakukan pada bahagian yang terlibat dengan serangan serangga berkenaan.

Punca pembiakan akan dikenal pasti terlebih dahulu dan laporan kerja akan direkod untuk rujukkan dimasa pemerikasaan berikutnya. Sesetengah syarikat kawalan serangga akan melakukan pemeriksaan selanjutnya pada bulan seterusnya dan rujukan laporan kerja yang lepas amat memerlukan untuk membantu dan meneliti keberkesanan rawatan atau ujian rawatan.

Selain daripada 2 cara yang telah saya katakan ini, terdapat banyak bentuk rawatan dan kawalan serangga. Contohnya sistem pengumpanan, rawatan pemulihan tanah, kaedah suntikan dan lain-lain.

Sistem kawalan serangga yang disenaraikan ini khas untuk mereka yang memerlukan rawatan pembasmian serangga anai-anai dengan caj yang paling murah dan kos yang rendah. Bagi anda yang tidak mempunyai bajet yang cukup, memadai dengan memilih 2 cara yang diterangkan diblog ini.


Tapi saya nasihatkan, rawatan 2 cara ini tidak sesuai untuk jangka masa panjang. Serangan serangga anai-anai akan datang semula apabila rawatan berkala dihentikan.



Baiklah kita berhenti disini dulu. Jumpa lagi artikel yang barudi minggu seterusnya....



Iklas dari,




Mohamad Asmid

Bekas Juruteknik kawalan serangga

Bacaan Seterusnya......

Monday, July 7, 2008

Langkah Segera Perlu Diambil Bagi Menghapuskan Serangga Anai-Anai


Kesan buruk pastinya berlaku apabila serangan serangga anai-anai yang mula aktif ditapak bangunan atau premis yang dibina. Kesan ini juga boleh mengakibatkan kerosakkan dan kerugian yang besar, jika ia dibiarkan. Meskipun ramai yang tahu permasalahan ini adalah sesuatu yang perlu diangap penting sebelum berlakunya kemusnahan dan kerosakan hartanya. Namun ramai yang tidak memperdulikan dan sering mengabaikan langkah-langkah pencegahan kawalan Serangga Makhluk Perosak ini.

Jadi, satu pandangan yang akan dibincangkan didalam blog ini ialah, cadangan kawalan serangga makhluk perosak perlu dilakukan ditapak pembangunan yang didirikan dengan premis kediaman sebelum kemusnahan yang lebih teruk ditanggung oleh mereka yang sentiasa meremehkan langkah-langkah pencegahan kawalan serangga perosak lebih awal.

Satu langkah bijak yang perlu di ambil dengan segera ialah pencegahan awal (kawalan serangga anai-anai) ini wajib dilakukan sebelum kemusnahan yang lebih teruk terhadap struktur kayu dan barangan perabot yang diperbuat daripada kayu. Untuk mengelakkan kerosakkan yang lebih serius sila dapatkan......

1. Pencegahan awal (rawatan pembasmian serangga)

Pencegahan awal dapat mengelakkan kerosakkan dan kemusnahan yang lebih teruk. Selain daripada melindungi harta benda terutamanya yang melibatkan kayu, ia juga dapat mengelakkan kerugian besar yang ditanggung akibat serangan serangga tersebut.

2. Jimatkan kos

Kos rawatan termasuk caj perkhidmatan mungkin tidak kekal dan mungkin harga perkhidmatan akan berubah berikutan kenaikan harga minyak pada masa kini. Dengan itu, caj perkhidmatan yang lebih tinggi akan dikenakan terhadap rawatan kawalan pencegahan serangga perosak dimasa depan. Untuk menjimatkan kos rawatan dengan caj yang tidak terlalu tinggi adalah dinasihatkan ialah, lakukan pencegahan kawalan serangga lebih awal daripada sekarang
sebelum harga kos racun serangga ini meningkat.

3. Menyelamatkan harta benda

Disamping dapat menjimatkan kos rawatan pencegahan mahkluk perosak, ia juga dapat meyelamatkan harta benda daripada kerosakkan teruk yang terpaksa diganti semula dengan keperluan yang baru.

4. Tiada lagi kebimbangan

Selepas mendapatkan perkhidmatan kawalan serangga mahkluk perosak dan pencegahan awal serangga perosak telahpun dilakukan, bukan sahaja premis anda selamat atau bebas daripada masalah serangan serangga malah tiada lagi kerisauan dan
kebimbangan.

Kesemua 4 perkara diatas merupakan satu nasihat dan peringatan yang perlu dikira. Jadi saya cadangkan lakukan langkah-langkah pencegahan kawalan serangga perosak bagi menyelamatkan harta benda dan jimatkan wang anda mulai sekarang. Hubungi syarikat kawalan serangga yang terdekat ditempat anda untuk mendapatkan khidmat mereka.

Sekian dulu untuk perbincangan dan cadangan ini. Perbincangan seterusnya akan disambung pada bab seterusnya dilain waktu.



Terima kasih.

Bacaan Seterusnya......