Gempar Seketika!!! Damansara Alif, Tampoi Johor Bahru Ditawan

Selamat Tahun baru 2009 kepada semua pembaca blog ini. Pada kali ini saya muncul semula setelah sekian lama menghilangkan diri. Bukan saya saja-saja menghilangkan diri dengan sengaja. Tetapi kerana saya tak cukup masa untuk menulis di blog ini. Maklumlah hari-hari kerja awal pagi dan pulangnya ditengah malam.

Ok, Hari ini saya nak maklumkan satu berita gempar yang berlaku di Damasara Alif, Johor Bahru. Minggu yang lalu saya di beritahu oleh rakan saya mengenai berita Damansara Alif ditawandengan serangan serangga anai-anai. Untuk mengetahui apakah yang berlaku di Damasara Alif. Betul ke Damasara Alif ditawan. Jadi saya dengan segera ke tempat berkenaan untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Saya bersama dengan rakan saya terus ketempat tersebut dan memang saya akui Damasara Alif sedang ditawan oleh serangga Jahanan. Serangga yang suka menjahanamkan kayu-kayu, perabut rumah, rangka pintu dan juga gemar dengan akhbar lama yang tersimpan di bawah tangga.

Tiba di kawasan berkenaan saya membuat pemeriksaan. Hasil permeriksaan, saya mendapati terdapat kesan serangga serangga berkenaan dibeberapa kawasan seperti dibawah tangga dan juga di pintu tandas. Walaupun punca serangan masih baru, pemilik rumah merasa bimbang kerana setiap lantai tangga dan lantai bilik di tingkat atas di lapik dengan lantai kayu pakir.

Oleh itu, pemilik rumah yang bimbang dengan masalah tersebut meminta saya sedikit nasihat apa yang perlu dilakukan untuk menghapuskan serangan serangga makhluk perosak iaitu serangga anai-anai. Saya cadangkan kepada pemilik rumah berkenaan agar rawatan tanah perlu dijalan bagi membasmi serangan serangga anai-anai.

Rawatan yang mengambil masa lebih kurang 1 hari itu perlu dilaksanakan dengan segera. Kerja-kerja dimulakan dengan mengerudi lantai bangunan rumah, menyuntik bahan kimia dan semburan rancun serangga serta memeriksa lain-lain kawasan agar semua kawasan yang diserang dapat dikawal dengan baik.

Pilik rumah bersetuju dengan cadangan yang diberikan dan tugas-tugas tersebut dilaksanakan dengan segera di Rumah / Bangunan Tadika Elit Ceria di Damansara Alif, Johor Bahru. Pada hari permulaan kerja-kerja rawatan / kawalan serangga dijalankan dibangunan bernombor 58 dan hari seterusnya rawatan dan kerja-kerja kawalan serangga di teruskan dibagunan bernombor 56 pula.

Kerja-kerja rawatan tanah / kawalan serangga telah sempurna dijalankan dan semua kawasan yang terlibat dengan serangan serangga anai-anai diperiksa dan sembur dengan bahan kimia bagi membasmi serangga perosak terutamanya serangga anai-anai.


Jumpa lagi pada post seterusnya

Ikhlas,


Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com