Friday, April 17, 2009

Perlukah Anda Mendapatkan Servis Pest Control

Samada anda percaya ataupun tidak, penduduk yang tinggal di Taman Setia Indah di Johor Bahru mengalami masalah anai-anai. Masalah ini bukanlah sesuatu yang penting sangat. Tetapi penduduk disana tak senang tidur nampaknya. Asyik memikirkan masalah itu. Kalau ditanya dengan soalan sebegini, Adakah mereka memerlukan Servis Pest Control untuk menyelesaikan masalah serangga perosak. Jawapan yang diberikan mungkin perlu dan sebahagiannya juga menjawab tidak. Mengapa ada yang menjawab tidak dan mengapa sebahagiannya lagi memerlukan servis ini.

imej kawalan serangga

Baiklah sesetengah orang mungkin menganggap servis kawalan serangga tidak penting kerana mereka adalah penduduk ditaman tersebut tetapi bukan pemilik rumah dikawasan itu. Sebab itulah mereka memberikan jawapan tidak perlu. Sebahagiannya lagi menjawab saya perlu mendapatkan servis pest control kerana saya takut harta benda yang ada didalam rumah saya rosak. Mereka yang memerlukan khidmat pest control kebanyakan adalah pemilik rumah dikawasan itu. Sebab itulah mereka yang mengalami masalah anai-anai akan menghubungi syarikat pest control. Bukan penyewa rumah dikawasan itu.

Jadi pada post kali ini saya tujukan kepada mereka yang memerlukan servis ini sahaja yang mahu mendapatkan khidmat dan nasihat mengenai kaedah dan rawatan pencegahan kawalan serangga perosak. Saya tahu ramai penduduk di Taman Setia Indah mengalami masalah ini. Sebabnya sejak kebelakang ini saya ada menerima panggilan daripada penduduk disana yang meminta bantuan daripada saya untuk menyelesai masalah tesebut. Bukan satu dua rumah, kalau dihitung tak terkira rasanya.

Sebenarnya masalah ini bukan terjadi pada tahun ini tetapi sejak tahun 2005, masalah anai-anai dah ada dikawasan itu. Kalau tak silap semasa saya bekerja di syarikat kawalan serangga yang lain di tempat lama. Pada masa tu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya melakukan kerja-kerja pembasmian anai-anai disetiap rumah di Taman Setia Indah. Oleh kerana selalu sangat melakukan perkara dan kerja yang sama, saya agak mahir dan tahu selok belok tentang pencegahan serangga atau kawalan makhluk perosak.

So jika ada apa-apa pertanyaan atau soalan yang kurang pasti tentang pencegahan serangga anai-anai boleh hubungi saya disini. Saya akan cuba membantu sedaya upaya yang mampu. Bagi mereka yang ingin mendapatkan servis pest control boleh terus menghubungi Far East Pest Control atau contact En. Shaiful di talian 019-749 5895. Saya amat merekomenkan syarikat ini sebab kualiti kerja memang dijamin. Selain kualiti kerjanya terpelihara, keberkesanan untuk jangka masa panjang juga menjadi pilihan utama syarikat ini.

Anda boleh cuba dulu baru tahu. Oklah saya kita tangguhkan dahulu cerita ini dan jumpa lagi pada post seterusnya di lain waktu.




Ikhlas,




Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

4 ulasan:

en_me said...

salam bro,
me nak tanya..

me got 3 quotation for baiting to termites..

option 1: rm2000, 1 year warranty
option 2: rm2200, 1 year warranty
option 3: rm2800, 2 years warranty

which one should i choose? but do i really need two years warranty? please advise urgently.

thanks,
/en_me

asmid said...

En. me, kita harus bijak memilih harga.
tetapi harga yang tinggi tak semestinya baik
begitu juga harga yang rendah tak semestinya tiada kualiti untuk buat rawatan
anai2. Apa yang saya tahu rawatan jenis umpan
memang mahal.

Terpulang kepada En.me, cuba En. me bandingkan kelebihan tertentu pada setiap harga sebelum memilih harga yang sesuai. Kalau bajet kita cukup mungkin takde masalah kot.

JohorBlogLink said...

come join to link ur blog to http://johorbloglink.blogspot.com/

asmid said...

tq... JohorBlogLink...

Post a Comment