Bahaya! Struktur Bumbung Rosak Disebabkan Anai-Anai.

Iklan kawalan Anai-Anai
Tidak kira samada anda baru memiliki rumah yang baru atau rumah yang telah diduduki pastinya

anda mesti membuat persedian pencegahan anai-anai. Lakukan sebelum pembiakan serangga ini merebak ke bahagian yang lain.

Jika peringatan ini tidak diendahkan maka makin sukarlah anda untuk mengawal keadaan ini ketika pembiakannya semakin banyak. Semakin hari anda membiarkan anai-anai yang datang maka anda juga akan menghadapi masalah yang lebih besar dan pada ketika itu pembiakan anai-anai ini mula merebak keseluruh tempat.


Hal ini mungkin nampak remeh tetapi jika dibiarkan tanpa melakukan sesuatu, keburukannya akan dapat dilihat pada masa akan datang. Keburukan ini boleh dianggap sebagai bencana yang menimpa diri anda dan ahli keluarga yang tersayang.

Sebagai contoh yang mungkin boleh terjadi... jika pembiakan anai-anai yang semakin hari akan menjadi semakin banyak dan akan terus merebak kedalam tembok atau dinding batu tanpa disedari oleh anda. Dalam masa yang sama pembiakan serangga ini juga akan terus menjejaki ke bahagian struktur bumbung maka kekuatan struktur itu akan mengalami masalah.

Kemungkinan struktur yang menjadi penyokong bumbung itu akan rosak kerana setiap kayu-kayu yang ada disitu telah dimakan oleh anai-anai. Tanpa anda sedar bumbung rumah anda kehilangan penyokong itu lalu rebah dan runtuh dengan tiba-tiba.

Anda mungkin bernasib baik kerana ketika kejadian itu anda berada ditempat kerja. Bagaimana pula ahli keluarga anda, anak-anak dan isteri anda yang berada dirumah. Jadi jangan pandang ringan dengan masalah ini. Tiada amaran yang dapat membantu anda mengetahui hal ini berlaku.

Yang penting buat rancangan untuk melakukan pemeriksaan dan pembasmian awal yang dapat mencegah daripada pembiakan anai-anai dirumah anda.

Tanya mereka yang lebih arif atau hubungi syarikat kawalan serangga yang berhampiran ditempat anda yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Jangan tunggu sehingga masalah menjadi lebih rumit yang boleh merugikan puluhan ribu ringgit kerana mahu menjimatkan kos pencegahan anai-anai.


Nak Jimat... Tapi Rugi Besar

Ramai diantara mereka yang cuba mengelak untuk mengeluarkan sedikit bajet tetapi mengalami kerugian yang sangat besar. Mereka ini takut nak keluarkan belanja untuk kerja-kerja pencegahan anai-anai tetapi akhirnya mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak juga.

Ada yang berfikir seperti ini tetapi dalam masa yang sama mereka tepaksa mengeluarkan belanja membaik pulih struktur dan kayu-kayu yang rosak. Itu tidak termasuk peralatan seperti perabut dan harta benda yang lain. Nak jimatlah katakan... Akhirnya terpaksalah juga mengeluarkan duit simpanan yang sepatutnya dapat digunakan untuk perbelajaan yang lain.

Pada masa ini mereka bukan sahaja terpaksa mengeluarkan belanja membaikpulih keadaan yang rosak malah kos pencegahan anai-anai juga tidak terkecuali. Pada masa ini barulah mereka yang berfikir 'nak jimat tetapi akhirnya rugi besar'.

Sekarang anda bukan sahaja perlu mengeluakan belanja baik pulih malah anda juga terpaksa menyediakan kos / bajet pembasmian anai-anai sekali. Jika tidak perkara sama akan berulang semula. Jadi anda harus fikirkan kebaikannya.

Yang Mana Pilihan Anda?

Buat pembasmian anai-anai dulu atau mengantikan kerosakan lepastu baru buat pencegahan anai-anai? Sudah tentu anda tidak mahu mengeluarkan kos baikpulih dan kemudian kos pencegahan anai-anai. Ini kerana anda terpaksa mengeluarkan ke dua-dua kos / perbelanjaan yang sepatutnya tidak patut anda bayar.

Jika pembasmian anai-anai dilakukan lebih awal sebelum rumah anda mengalami kerosakan, anda hanya perlubayar kos kerja-kerja pembasmian anai-anai.

Anda tidak perlu mengeluarkan kos pembaikan atau kerja-kerja baik pulih struktur kayu dan menganti perabut baru yang telah rosak jika pembasmian anai-anai dilakukan dengan segera. Jadi sekarang anda diberikan pilihan ini dan cuba fikirkan apa yang patut anda lakukan terlebih dahulu.

Saya cuma mahu membantu anda dengan mengingatkan perkara yang mana lebih baik yang patut dilakukan. Terpulanglah kepada anda untuk berfikir kebaikan dan keburukan yang anda sendiri tidak pasti.

Untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat tentang pencegahan anai-anai sila hubungi syarikat kawalan serangga yang berhampiran ditempat anda. Bagi yang tinggal di negeri Johor bolehlah menghubungi saya ditalian 016-758 3483 (Asmid)

Atau anda boleh menghubungi saya melalui emel : termitecontrol99@yahoo.com.my.


Sekian, Wassalam


Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com