Ads 468x60px

Belajar Gitar Cara Pantas

11 November 2009

Kategori Serangga Perosak Yang Menghisap Darah

Pepijat katil
Sekali pandang bentuk serangga ini memang geli dan menggerunkan. Tetapi itulah bentuk dan rupa sebenar serangga yang dahaga darah haiwan dan manusia. Nama saintifik serangga ini dikenali dengan nama 'Cimex Lectularias'.

Kita biasa panggil serangga ini dengan nama 'Pepijat'. Kategori serangga ini tidak bersayap, berwarna coklat dan memiliki bentuk tubuh badan yang nipis.

Sesiapa mungkin boleh menjadi mangsa pada waktu malam kerana pada waktu itu serangga ini akan keluar untuk mencari makanan. Makanan utamanya ialah darah, tidak kira darah haiwan atau manusia.



Gigitan pepijat
Kulit mangsa akan mula terasa gatal secara berterusan setelah digigit oleh serangga ini, yang akan mengakibat-kan bengkak kecil dibeberapa bahagian yang digigit.

Pembiakan serangga ini mungkin sukar dikawal jika ia dibiarkan. Ia boleh membiak dengan lebih cepat dan akan bertambah dalam jumlah yang banyak dari masa ke semasa. Jika dibiarkan serangan serangga ini akan mula merebak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Bilik-bilik yang berhampiran dengan kawasan yang dijangkiti juga akan menjadi tempat pembiakan baru serangga ini. Jadi sesiapa yang berhadapan dengan masalah ini haruslah mengambil berat sebelum keadaan bertambah buruk.

Rawatan kawalan serangga perlu diberikan pada bahagian yang terlibat agar semua pembiakan serangga pepijat ini dapat dihapuskan. Selain itu juga kebersihan juga perlu dijaga setiap masa terutamanya pada kawasan pembiakan serangga ini membiak.

Apa yang membimbangkan pepijat yang bersarang di celah-celah tilam atau bantal yang digunakan juga mewujudkan perasaan yang kurang selesa kepada mangsa. Mereka mula menyerang semasa mangsa sedang tidur.

Kepada yang mengalami masalah ini tidak seharusnya dibiarkan. Masalah ini masih boleh diatasi dengan beberapa kaedah rawatan untuk menghapuskan pembiakan serangga ini merebak.

Di antara kaedah dan kawalan untuk menghapuskan pembiakan serangga ini ialah dengan melakukan semburan racun serangga 'Cislin'. Rawatan yang dijalankan harus dilakukan oleh pihak Pengendali racun serangga yang telah mahir dan memiliki lesen pembantu dan pemakai racun untuk mengendalikan kerja-kerja pembasmian serangga.

Biasanya syarikat kawalan serangga memiliki tenaga kerja yang dilatih dan mempunyai lesen-lesen racun yang dapat membantu melakukan tugas-tugas pengedalian serangga dengan baik.

Tapi masalahnya ialah caj yang dikenakan agak mahal sedikit. Jadi anda tidak seharusnya menjadikan alasan ini untuk tidak melakukan sesuatu. Anda boleh lakukan sendiri jika anda tahu cara bagaimana menghapuskan pembiakan pepijat ini supaya ia tidak boleh bermaharajalela sesuka hati dibilik anda. Jadi anda memerlukan sebuah panduan yang boleh membantu anda bagaimana mengawal pembiakan serangga pepijat...

Pepijat or Bedbugs

Memperkenalkan ebook bertajuk 'Remove Bed Bugs Guide' yang harus dimiliki oleh semua orang yang mempunyai masalah ancaman 'Pepijat'. Mungkin ebook ini boleh membantu anda bagaimana menghapuskan serangan pepijat yang mengancam keselesaan anda semasa anda sedang tidur nyenyak.

Anda boleh gunakan panduan ini sebagai salah satu cara yang dapat menjimatkan kos perbelanjaan daripada memanggil syarikat pest control untuk membantu menghapuskan serangan pepijat.

Ebook ini akan membantu anda mempelajari sesuatu yang anda tidak tahu tentang pepijat. Anda juga akan diajar bagaimana mengenali spesies ini dengan lebih mendalam. Anda juga akan diajar cara bagaimana menghalang pembiakan pepijat ini dengan lebih cepat dan mudah.

Belajar dimanakah serangga ini bersembunyi dan bagaimana anda dapat mengesan tempat persembunyian mereka dan banyak lagi yang boleh anda pelajari didalam ebook ini.

Sekarang masalah ancaman pepijat akan berakhir selepas anda memuat-turun ebook ini. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengupah syarikat pest control untuk bantu anda menyelesaikan masalah ini.

Anda boleh lakukan sendiri dengan panduan lengkap bagaimana menghapuskan pembiakan pepijat yang tinggal bersama-sama dibilik anda.

Anda boleh dapatkan ebook ini disini dan lakukan sendiri cara menghalang pembiakan pepijat ini daripada merebak kebahagian lain.

Semoga ebook 'Remove Bed Bugs Guide' ini dapat membantu anda dalam menyelsaikan masalah ancaman pepijat...



Ikhlas dari,


Mohamad Asmid

Tiada ulasan:

 

Iklan Blog

Rahsia Tarik Duit

Cara Jimat Elektrik
Panduan Dekorasi

Produk Terbaik

Pengurusan Masa
Panduan Bisnes Tshirt
Panduan Asas Paypal
Rahsia Pasangan