Friday, April 17, 2009

Perlukah Anda Mendapatkan Servis Pest Control

Samada anda percaya ataupun tidak, penduduk yang tinggal di Taman Setia Indah di Johor Bahru mengalami masalah anai-anai. Masalah ini bukanlah sesuatu yang penting sangat. Tetapi penduduk disana tak senang tidur nampaknya. Asyik memikirkan masalah itu. Kalau ditanya dengan soalan sebegini, Adakah mereka memerlukan Servis Pest Control untuk menyelesaikan masalah serangga perosak. Jawapan yang diberikan mungkin perlu dan sebahagiannya juga menjawab tidak. Mengapa ada yang menjawab tidak dan mengapa sebahagiannya lagi memerlukan servis ini.

imej kawalan serangga

Baiklah sesetengah orang mungkin menganggap servis kawalan serangga tidak penting kerana mereka adalah penduduk ditaman tersebut tetapi bukan pemilik rumah dikawasan itu. Sebab itulah mereka memberikan jawapan tidak perlu. Sebahagiannya lagi menjawab saya perlu mendapatkan servis pest control kerana saya takut harta benda yang ada didalam rumah saya rosak. Mereka yang memerlukan khidmat pest control kebanyakan adalah pemilik rumah dikawasan itu. Sebab itulah mereka yang mengalami masalah anai-anai akan menghubungi syarikat pest control. Bukan penyewa rumah dikawasan itu.

Jadi pada post kali ini saya tujukan kepada mereka yang memerlukan servis ini sahaja yang mahu mendapatkan khidmat dan nasihat mengenai kaedah dan rawatan pencegahan kawalan serangga perosak. Saya tahu ramai penduduk di Taman Setia Indah mengalami masalah ini. Sebabnya sejak kebelakang ini saya ada menerima panggilan daripada penduduk disana yang meminta bantuan daripada saya untuk menyelesai masalah tesebut. Bukan satu dua rumah, kalau dihitung tak terkira rasanya.

Sebenarnya masalah ini bukan terjadi pada tahun ini tetapi sejak tahun 2005, masalah anai-anai dah ada dikawasan itu. Kalau tak silap semasa saya bekerja di syarikat kawalan serangga yang lain di tempat lama. Pada masa tu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya melakukan kerja-kerja pembasmian anai-anai disetiap rumah di Taman Setia Indah. Oleh kerana selalu sangat melakukan perkara dan kerja yang sama, saya agak mahir dan tahu selok belok tentang pencegahan serangga atau kawalan makhluk perosak.

So jika ada apa-apa pertanyaan atau soalan yang kurang pasti tentang pencegahan serangga anai-anai boleh hubungi saya disini. Saya akan cuba membantu sedaya upaya yang mampu. Bagi mereka yang ingin mendapatkan servis pest control boleh terus menghubungi Far East Pest Control atau contact En. Shaiful di talian 019-749 5895. Saya amat merekomenkan syarikat ini sebab kualiti kerja memang dijamin. Selain kualiti kerjanya terpelihara, keberkesanan untuk jangka masa panjang juga menjadi pilihan utama syarikat ini.

Anda boleh cuba dulu baru tahu. Oklah saya kita tangguhkan dahulu cerita ini dan jumpa lagi pada post seterusnya di lain waktu.




Ikhlas,




Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......

Saturday, April 4, 2009

3 Tip Mengesan Anai-Anai Daripada Pakar Kawalan Serangga

Adakah anda sedang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dirumah anda? Maksudnya ianya bukan sesuatu kecurian tetapi mungkin rumah anda sedang dalam bahaya. Anai-Anai ( a.k.a semut putih ) sedang sibuk mengerjakan sesuatu dirumah anda. Ini bermakna harta benda anda kini terancam dan pastinya kerugian besar akan menimpa diri anda. Jangan........ katakan jangan. Jangan biarkan ia bermaharajalela dengan melakukan sesuka hati dirumah anda.

Khidmat Kawalan Serangga & Anai-Anai

Anai-anai adalah serangga kecil yang gemar merosakan kayu-kayu. Kita agak kurang sedar bertapa banyaknya harta benda yang ada didalam rumah diperbuat daripada kayu. Misalnya barangan perabut, rangka pintu dan tingkap. Ini tidak termasuk kayu-kayu dibahagian bumbung rumah seperti rangka kayu siling, kayu gelegar yang menyokong bumbung. Kalaulah kayu perabut sahaja yang dirosakan itu tak apa. Tapi bagaimana jika kayu penyokong bumbung rosak. Habislah, bumbung akan runtuh pada bila-bila masa. Mungkin kita tidak sedar bahawa makhluk jahat (anai-anai) datang secara senyap.

Jadi pada post kali ini saya akan kongsikan sedikit tips cara bagaimana mengesan serangga anai-anai. Anda tidak perlu peralatan canggih untuk mengesan serangga ini. Hanya ada beberapa langkah yang perlu anda buat
untuk mencari dimanakah serangga itu bersembunyi. Berikut adalah 3 Tip dan langkah yang perlu anda lakukan:

Step 1

Mengesan dengan memeriksa diseluruh kawasan yang lembab seperti dibeberapa bahagian di kawasan berhampiran dengan tandas. Kebiasaannya serangga ini akan mula menyerang dikawasan yang lebab dan sejuk. Ianya boleh belaku dikawasan yang berhampiran dengan tandas.

Step 2

Mengesan melalui pendengaran. Biasanya kaedah ini boleh dilakukan diwaktu malam sahaja. Hanya pada waktu itu anda dapat mendengar bunyi sesuatu dikawasan yang diserang. Jika rumah anda menggunakan lantai kayu pakir, anda mengesyaki sesuatu telah berlaku, sila periksa kawasan itu dengan segera.

Step 3

Periksa di kawasan stor atau tempat menyimpan barang yang jarang digunakan. Biasanya dikawasan ini anda jarang masuk dan jarang menggunakan tempat ini. Jika dikawasan tersebut anda ada menyimpan akhbar lama, disitulah tempat utama yang akan menjadi pembiakan serangga tersebut.

Adakah anda rasa puas hati setelah melakukan ketiga-tiga langkah diatas? Atau anda masih tidak yakin dengan langkah-langkah yang diberikan. Jika anda masih tidak yakin dengan langkah-langkah diatas, eloklah bertanya sendiri dengan jiran disebelah rumah anda. Jika rumah jiran anda ada tanda-tanda pembiakan anai-anai. Rumah anda juga akan menjadi mangsa dan mungkin diancam dengan serangan serangga tersebut jika sampai masanya. Tip terkahir yang boleh membantu anda ialah mengenal pasti lokasi tempat tinggal anda.

Misalnya di Johor Bahru terdapat beberapa tempat yang menjadi ancaman serangga anai-anai. Melalui pengalaman saya semasa bekerja disyarikat kawalan serangga. Boleh dikatakan diseluruh kawasan perumahan baru seperti di Taman Setia Indah, Taman Daya, Taman Delima, Taman Gaya, Taman Pelangi Indah, Taman Bukit Tiram, Taman Johor Jaya, Taman Molek, Taman Bukit Kempas, Taman Impian Emas, Taman Tun Aminah, Taman Sutera, Taman Perling, Bandar Uda Utama, Bandar Baru Uda, Taman Mutiara Rini, Gelang Patah adalah tempat-tempat yang menjadi sasaran serangan anai-anai.

Jika lokasi rumah anda dikawasan yang saya sebutkan diatas. Memang sah rumah anda juga akan menjadi mangsa anai-anai. Saya cadangkan kepada anda dapatkan nasihat daripada pakar-pakar kawalan serangga untuk nasihat percuma daripada mereka dengan segera. Jika tidak! Kejadian buruk boleh berlaku pada bila-bila masa dan kemungkinan anda juga akan mengalami kerugian yang amat besar. Maksudnya ialah anda terpaksa mengeluarkan bajet yang tinggi untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh serangga anai-anai. Jadi elakkanlah dengan cara berjumpa dengan pakar-pakar kawalan serangga untuk meyelesaikan masalah ini.

Akhir sekali untuk menyelesaikan masalah ini sila hubungi Pakar Kawalan Serangga melalui talian 019-749 5895 (En. Shaiful Anuar) untuk nasihat percuma.

Jumpa lagi pada post seterusnya......



Ikhlas dari,

Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga





Bacaan Seterusnya......

Thursday, April 2, 2009

Senarai Syarikat & Pemeriksaan Kawalan Serangga Percuma

Kerosakan Disebabkan Anai-Anai

Mempunyai rumah yang dipenuhi dengan serangga anai-anai adalah satu perkara yang membosankan. Bukan sahaja penat membersihkan laluan atau terowong yang dibuat tetapi kemungkinan besar kerosakan akan berlaku pada struktur kayu yang ada di dalam rumah anda.

Terutamanya ialah barangan perabut, rangka pintu dan tingkap, kayu penyokong bumbung. Dan perkara yang paling merbahaya sekali ialah gelagar kayu yang untuk mengantung kipang siling. Bagaimana jika anai-anai yang ada dirumah anda menyerang kayu itu. Bila-bila masa sahaja kipas yang sedang berpusing itu jatuh menimpa sesiapa yang berada dibawah kipas.

Jika nasib tak baik boleh meyebabkan kejadian yang tidak dingini berlaku. Kejadian ini boleh belaku apabila anai-anai menyerang gelagar kayu itu dan tanpa kita sedar kayu itu mula reput dan kemungkinan kipas yang bergatung itu jatuh.

Saya bukan nak takut-takutkan tapi perkara ini pernah berlaku dan pernah diceritakan oleh pemilik rumah dijohor bahru. Mujur tidak ada perkara buruk berlaku. Nasib baik menyebelahi keluarga pemilik rumah itu kerana semasa kejadian tidak ada seorangpun yang berada diruang tamu. Perkara ini mungkin boleh dielakkan jika anda mendapatkan khidmat pest control untuk melakukan pemeriksaan dirumah anda.

Jangan takut untuk menghubungi pakar kawalan serangga untuk melakukan pemeriksaan dirumah kerana tiada bayaran dikenakan. Biasanya pemeriksaan untuk mengesan serangga anai-anai adalah percuma. Ada banyak syarikat kawalan serangga yang boleh dihubungi di sekitar johor bahru. Diantara syarikat kawalan serangga yang dikenali ialah Rentokil, Nlc Pest, Dr. Pest, Nbz pest, Fog Master, Pest Roy, Mni Pest Solution, Kamal and Kamal, Pest Town, Diomand Pest , Plus Care, Skil Pest Control, Golden Pest Control, Anti Pest dan banyak lagi.

Saya akan senaraikan lagi syarikat kawalan serangga lain diblog ini pada post yang akan datang. Tapi jika anda mahu mendapatkan khidmat kawalan serangga yang memberikan servis berkualiti dengan harga berpatutan anda boleh menghubungi Far East Pest Contol atau anda boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas iaitu En. Shaiful ditalian 019-749 5895 untuk pertanyaan selanjutnya.

logo kawalan serangga

Kawasan yang terlibat dengan serangan anai-anai yang pernah mendapat khidmat daripada syarikat Far East Pest Control ialah Taman Bukit Dahlia, Taman Kota Masai, Taman Mawar yang terletak di Pasir Gudang. Selain dari tempat itu juga, syarikat Far East Pest Control pernah menjalankan servis kawalan serangga di luar kawasan Johor Bahru seperti di daerah Segamat, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Mersing.

Pada tahun lepas 2008 Syarikat ini banyak menjalankan servis pest control di Taman Impian Emas, Taman Mutiara Rini, Taman Setia Indah, Taman Dahlia, Taman Delima 2 dan lain-lain daerah termasuk senai dan kulai. Pada pendapat saya kaedah rawatan yang paling baik dan berkesan bagi menghapuskan semua pembiakan anai-anai dengan menjalankan rawatan secara corrective soil treatment. Rawatan kawalan serangga jenis ini dikenali sebagai rawatan tanah. Kaedah ini dijamin berkesan kerana sijil jaminan akan disertakan selepas sesebuah rumah menjalani rawatan tapak. Sijil jaminan akan dikeluarkan setelah semua kerja kawalan serangga selesai dijalankan. Tempoh jaminan akan dikeluarkan bergantung kepada keadaan tapak sesebuah bangunan dan bahan kimia (racun serangga) yang digunakan.

Akhir sekali saya ingatkan jika anda mengalami masalah yang dinyatakan diatas, jangan takut menghubungi syarikat kawalan serangga untuk melakukan pemeriksaan. Kerana semua pemeriksaan adalah PERCUMA. Jika anda tidak percaya dengan apa yang saya katakan anda boleh menghubungi En. Shaiful di talian 019-749 5895 untuk pertanyaan lanjut....



Ikhlas dari,


Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......