Wednesday, May 20, 2009

Anai-Anai Wujud Semula Walaupun Rawatan Telah Dijalankan.

Tajuk diatas adalah soalan yang telah saya terima dari Nur Shafiqah Nabila. Soalan tersebut telah dihantar terus ke kotak email saya. Jadi saya wajib membantu Shafiqa dengan menjawap soalan yang dikemukakan kepada saya itu.

Soalan yang ditanya

Contoh email yang diterima. Email dan no tel tidak didedahkan untuk menjaga privasi pengirim.

Baiklah saya salin dan tulis semula soalan-soalan Nur shafiqa nabila didalam blog ini agar lebih terang dan jelas. Soalan begini:

Kenapa anai-anai wujud semula setelah treatment dibuat selepas 5 bulan sedangkan syarikat pest tersebut berjanji warranty selama 1 tahun? Semburan yang dibuat ialah secara soil treatment iaitu mengorek lubang dan semburan.

Bagi saya ini adalah soalan yang bagus dan saya suka dengan soalan sebegini kerana saya tahu bukan Nur shafiqa sahaja yang mengalami masalah seperti ini. Saya percaya ramai lagi yang mengalami masalah yang sama. Tapi mereka tak tahu dimana nak dapatkan maklumat yang betul dan tepat.

Sebelum saya menjawab dan membalas pertanyaan dari Nurshafiqa nabila, saya berfikir adalah lebih baik saya jawap semua soalan ini didalam blog ini, agar dapat dikongsikan kepada semua pembaca Blog Kawalan Serangga.

Saya lakukan ini kerana dapat memberitahu kepada semua pembaca blog kawalan serangga perkara yang sebenar mengapa wujudnya ancaman / serangan anai-anai walaupun rawatan kawalan serangga telah dilakukan.

Pertama Salah satu sebab yang munasabah ialah pengedali itu sendiri. Pengedali itu perlu mahir dengan selok belok kerja-kerja yang dilakukan. Sebaik-baiknya pengendali yang berpengalaman dan berpengetahuan didalam bidang pest control adalah benar-benar seorang juruteknik kawalan serangga yang cekap.

Maknanya ialah juruteknik yang tahu menjalankan kerja-kerja semburan ditapak bangunan yang dirawat. Jangan hanya datang sembur lepas tu siap. Pastikan pengedali yang melakukan kerja-kerja semburan soil treatment adalah seorang juruteknik pembasmi serangga yang berpengalaman.Jika sesebuah syarikat yang mempunyai masalah pekerja yang sering bertukar-tukar pekerja baru cuba elakkan daripada mendapatkan khidmat mereka.

Saya bukan nak kondemkan perkhidmatan syarikat kawalan serangga yang ada. Tapi kita perlu ingat, kalaulah syarikat itu sendiri bertukar-tukar pekerja (juruteknik) baru, masa untuk melatih juruteknik baru mungkin melibatkan masa. Sebab itulah kerja-kerja semburan yang dilakukan tidak sempurna kerana ia dikendalikan oleh juruteknik baru. Ini adalah pesanan penting untuk anda. Anda boleh membaca tips memilih syarikat kawalan serangga dengan hanya klik disini.

Kedua >>> Bahan kimia / racun serangga yang tidak mengikut sukatan yang betul juga menjadi salah satu sebabnya. Bukan itu saja, anda perlu tahu apakah jenis bahan kimia yang digunakan dalam rawatan tapak dipremis anda.

Anda kena ingat bahan kimia mengandungi pelbagai jenis dan pelbagai fungsi. Ada yang merbahaya dan ada mesra pengguna. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis kelas. Ada kelas 4, kelas 3, kelas 2 dan kelas 1. Semakin kecil jenis kelas pada bahan kimia maka semakin bahaya. Biasanya produk racun bahan kimia serangga boleh dilihat pada label yang terdapat pada botol.

Pada bahagian botol itu, mengandungi arahan penggunaan dan jenis kelas. Kalau yang merbahaya biasanya mengandungi gambar tulang tengkorak bersilang. Ini adalah bahan kimia / racun serangga yang merbahaya. Dinegara kita Malaysia bahan kimia yang merbahaya telah diharamkan oleh Lembaga Racun Negara. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut lagi tentang bahan kimia / racun serangga yang paling baik dengan hanya klik disini.

Ketiga >>> Pemaju yang membangunkan perumahan juga perlu bekerja sama dengan Syarikat Pest Control yang menjalankan semburan ditapak bangunan yang dibina. Bekerja sama yang dimaksudkan itu ialah selepas semburan Soil Treatment selesai dijalankan. Pihak pemaju dengan segera menutup permukaan tapak yang disembur itu dengan bancuhan simen. Tujuan ini dilakukan adalah untuk mengelakan racun serangga yang disembur terkena hujan yang mungkin racun serangga tidak dapat larut ke bahagian dalam tanah iaitu dibawah lantai (slab) bangunan.

Image Kerja-Kerja Kawalan Serangga

Saya rasa soalan-soalan yang dikemukan Nur shafiqa telah pun dijawab dan jika pembaca blog ini tidak faham dan ingin bertanya sila emailkan pertanyaan anda kepada saya melalui email dibawah :

termitecontrol99@yahoo.com.my

Saya akan menjawap semua soalan selagi saya mampu dan tahu. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar yang lebih tahu agar ia lebih lengkap dan tepat.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nur shafiqa kerana bertanya soalan-soalan yang bagus yang dapat saya bincangkan didalam post ini. Jika ada apa-apa pertanyaan sila hubungi saya menerusi email yang diberikan seperti diatas.

Sekian,

Terima kasih kerana sudi membaca.

Ikhlas dari,

Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......

Tuesday, May 5, 2009

Mengenal Pasti Punca & Cara Pembasmian Tikus

Setelah difikirkan dan hasil daripada beberapa kajian yang dibuat. Saya dengan ini akan berkongsi rahsia pencegahan awal yang boleh anda gunakan untuk mengawal serangan tikus-tikus daripada memasuki ke dalam rumah anda. Sebelum tindakan ini dilakukan saya cuba memeriksa punca sebenar mengapa tikus-tikus dapat mencuri masuk ke dalam sesebuah rumah. Lebih 3 malam saya cuba melakukan pemerhatian untuk mengenal pasti punca sebenar dari manakah haiwan perosak ini mencuri masuk.

Pertama sekali saya cuba tumpukan pemerhatian dibahagian dapur dan tandas dirumah saya. Dibahagian inilah saya menemui jawapan. Tikus-tikus boleh menecuri masuki ke dalam rumah dengan melalui lubang-lubang kecil seperti didalam saluran paip, dilubang-lubang najis dan dibahagian bawah pintu yang mempunyai sedikit ruang. Kemudian saya lihat tikus-tikus ini terus berjalan dengan menuju ke tong sampah yang terletak berhampiran dipintu dapur rumah saya.

Tikus haiwan perosak

Punca sebenar telah dikenal pasti. Tindakan seterusnya mengawal dan pencegahan boleh dilakukan sendiri tanpa melibatkan umpan beracun. Jadi hari ini saya berikan sedikit tip bagaimana anda boleh melakukan pencegahan tikus-tikus dari menyeberang masuk kedalam rumah anda. Jadi langkah-langkah berikut amat diperlukan:

  • Langkah 1.
  • Periksa semua lubang-lubang atau gaps yang ada didalam dan diluar rumah anda.

  • Langkah 2.
  • Seal up lubang-lubang itu dengan segera. Tindakan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menghalang tikus-tikus memasuki kedalam lubang-lubang tersebut.

  • Langkah 3.
  • Pastikan dibahagian dapur dimeja makan dibersihkan dan jangan biarkan sisa-sisa makanan bertaburan disana sini.

  • Langkah 4.
  • Kosongkan tong sampah (waktu malam) didalam rumah sebelum anda masuk tidur. Biasanya tikus-tikus yang melepasi lubang-lubang akan terus mencari makanan didalam tong sampah yang mengandungi sisa makanan.
Semua langkah-langkah yang diberikan diatas adalah cara yang boleh dilakukan oleh anda sendiri. Cara ini tidak melibatkan bahan racun, tiada kos kerana tidak memerlukan bantuan syarikat pest control / juruteknik kawalan serangga. Tetapi saya tidak dapat memberi jaminan terhadap langkah-langkah yang diberikan. Cuma ia dapat membantu dan menjimatkan kos-kos bayaran untuk menjemput syarikat pest control yang mungkin memerlukan sedikit bayaran jika perkhidmatan ini diperlukan. Semoga tip-tip yang diberikan dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah gangguan tikus-tikus yang cuba menceroboh masuk kedalam rumah anda.

Fakta Sebenar Tentang Tikus


Tikus adalah haiwan perosak yang pemalu dan pengotor. Haiwan ini boleh membawa lebih daripada 200 jenis penyakit yang merbahaya. Memiliki kekuatan pada giginya untuk mengigit sesuatu yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda. Memiliki perkembangan otak yang baik dan bersikap berhati-hati didalam setiap hal-hal yang menjadi ancaman terhadapnya.



Mohamad Asmid
Juruteknik kawalan serangga

Bacaan Seterusnya......