Thursday, July 23, 2009

Adakah Anda Di Tipu Oleh Pegawai Pemasaran Kawalan Serangga

Amaran! Jangan percaya jika anda didatangi oleh pengawai pemasaran kawalan serangga yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu anda. Mulut mereka memang manis, semua cerita yang disampaikan kepada anda macam betul je.

Mereka ini pembohong besar. Suka mengambil kesempatan kepada anda yang mungkin tidak tahu tentang kaedah kawalan serangga yang berkesan. Mereka akan memperbodohkan anda dengan menjanjikan anda sesuatu yang tak masuk akal dan cerita-cerita yang tidak logik. Akhirnya setelah anda bersetuju dan ikut apa sahaja temberang mereka, anda akan mula kecewa.

Tahukah anda apa tujuan mereka yang sebenar? Mereka mahu anda menjadi pelanggan untuk khidmat kawalan serangga yang mereka tawarkan. Tak kisahlah kalau apa yang dikatakan semuanya betul. Tapi masalahnya adakah janji mereka betul.

Anda mungkin yakin kerana mereka berpakaian kemas. Anda mungkin percaya mungkin mereka adalah pegawai pemasaran kawalan serangga yang bertauliyah. Anda juga percayakan mereka, kerana mereka ada kedudukan yang tinggi disesebuah syarikat itu. Jadi anda tak hirau dan tak kisah apapun saranan yang mereka berikan.

Tapi tahukah anda mereka hanya tahu 'teori' sahaja bukan praktikal. Kalau hanya teori macam mana pula keberkesanan kaedah itu dapat dibuktikan. Setahu saya teori adalah sesuatu pengetahuan yang boleh diperolehi melalui pembacaan buku-buku. Teori juga boleh diperolehi daripada panduan dan keterangan sahaja. Macam mana pula mereka boleh katakan kaedah yang mereka gunakan benar-benar berkesan.

Saya bagi contoh, katakan anda bertanya kepada saya bagaimana nak buat rawatan kawalan anai-anai dirumah saya? Kalau boleh saya nak cuba lakukan sendiri. Boleh tak bantu saya dengan memberikan panduan dan sedikit keterangan. Saya jawab boleh. Kemudian sayapun memberikan panduan-panduan dan keterangan lengkap dengan langkah demi langkah apa yang patut anda lakukan terlebih dahulu.

Setelah semua maklumat dan panduan diberikan. Tapi bolehkah anda lakukan perkara yang sebelum ini belum pernah anda lakukan. Jawapannya sudah tentu tidak. Jadi mengapa kita harus percaya dengan mereka yang kaya dengan teori sahaja. Jadi teori tidak akan dapat membuktikan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan itu betul. Tetapi pada hari ini ramai pegawai pemasaran kawalan serangga yang hanya tahu kaedah kawalan serangga cuma berdasarkan teori semata-mata.

Mereka mempunyai helah dan tipu daya yang boleh memukau anda supaya hasratnya tercapai. Apa yang penting mereka berjaya membawa pelanggan baru kepada Syarikat mereka. Kononnya perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan terjamin. Tapi dimanakah kualitinya? Adakah kualiti itu boleh dibuktikan dengan kata-kata? Adakah kualiti kerja hanya perlu memandang mereka yang berpakaian kemas seperti mereka? Jadi siapa yang mempunyai kelebihan berbanding dengan pegawai pemasaran kawalan serangga.

Jawapan saya ialah juruteknik atau dalam bahasa lain ialah 'technician'. Mereka bukan sahaja tahu tentang kaedah yang berkesan mengawal serangga perosak malah telah mahir dengan tugas-tugas membasmi serangga. Mengapa juruteknik mempunyai kelebihan berbanding dengan pegawai pemasaran? Sebab sejak awal lagi juruteknik yang menjalankan tugas-tugas ini telah melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan secara berulang-ulang kali dengan kerja yang sama, kita akan memperolehi banyak kepandaian. Dan apabila kita melakukan kerja-kerja yang sama berulang-ulang kali kita juga akan menjadi lebih mahir. Apabila telah mahir dan pandai barulah layak bergelar pakar. Apa yang kita praktikkan itulah yang dinamakan praktikal. Melakukan kerja-kerja yang sama secara berulang-ulang kali.

Tapi pakar-pakar kawalan serangga pada hari ini terdiri dari syarikat yang memiliki tenaga kerja atau juruteknik yang baru. Mengapa ini terjadi? Sebabnya mereka tidak perlu bayar gaji yang tinggi kepada juruteknik yang telah mahir. Syarikat kawalan serangga akan membuang atau mengantung juruteknik yang lama dan mengantikan dengan juruteknik baru. Tapi boleh ke juruteknik baru mengambil tugas-tugas yang telah bertahun-tahun dilakukan oleh juruteknik lama. Adakah juruteknik yang baru dapat menguasai kemahiran yang setanding dengan juruteknik lama? Cuba fikirkan....

Jadi jika anda didatangi oleh pegawai pemasaran kawalan serangga, saya nasihatkan hati-hati. Kenapa? Anda perlu selidik dahulu latar-belakang syarikat sebelum apa-apa perkara buruk berlaku. Sesiapapun boleh mengaku syarikat mereka adalah pakar kawalan serangga. Tetapi disebaliknya usaha mereka bergantung kepada juruteknik yang bertugas. Jika syarikat itu memiliki juruteknik baru, saya harap lupakanlah khidmat syarikat tersebut.

Soalnya bukan saya mahu ceritakan siapa yang lebih mahir atau siapa yang lebih pandai. Tapi apa yang saya katakan ini ialah pegawai pemasaran kawalan serangga sengaja menyembunyikan sesuatu yang anda semua tak tahu. Seolah-olah mereka macam nak menipu kita plak. Mereka akan katakan servis kawalan serangga yang mereka tawarkan adalah yang terbaik. Sedangkan syarikat mereka kekurangan kakitangan yang mahir. Syarikat mereka tidak memiliki tenaga kerja yang telatih. Bila tiada tenaga kerja atau pengendali racun serangga yang cekap dah tentu semua servis anti serangga yang dijalankan tidak menjadi.

Baiklah saya akan berikan satu contoh. Katakan anda telah bersetuju menerima tawaran dari pegawai pemasaran kawalan serangga untuk melakukan rawatan kawalan serangga ditempat anda. Saya ambil contoh rawatan pembasmian anai-anai. Kemudian mereka akan hantar pengedali racun serangga yang baru kerja seminggu. Lepas 3 hingga 4 bulan anda menemui anai-anai yang masih lagi aktif. Apa perasaan anda ketika itu? Kalau servis percuma anda boleh jawab tak kisah. Tapi kalau bayar mahal-mahal dah tentu anda akan mula rasa kecewa. Kaedah rawatan kawalan serangga yang dilakukan juga adalah sama seperti mana-mana syarikat kawalan serangga yang lain. Tapi apa yang menghairankan kenapa syarikat lain boleh lakukan kaedah rawatan kawalan serangga yang sama tetapi berkesan.

Nanti.... Jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang saya katakan diatas. Tetapi kebanyakannya begitu. Walaubagaimanapun bukan semua pegawai pemasaran kawalan serangga itu hanya tahu teori. Ada juga pegawai pemasaran kawalan serangga yang hampir mahir dan setanding dengan juruteknik. Saya akan kenalkan kepada anda. Siapa mereka? Mereka adalah En. Shaiful anda boleh hubungi beliau jika anda menghadapi masalah serangga anai-anai. Kenapa saya kata En. Shaiful tahu tentang kaedah kerja-kerja pembasmian serangga. Sebab dia sentiasa bekerja bersama-sama dengan saya dan dengan lain-lain juruteknik. Tak percaya! Saya buktikan. Nah cuba perhatikan gambar dibawah. Bagaimana cara sahabat saya memegang sejenis alat yang dikenali sebagai 'Injector'. Kegunaan alat ini adalah untuk menyuntik bahan kimia (racun pembasmi serangga) kedalam setiap lubang yang dibuat.

Image Kerja-Kerja Kawalan Serangga

Nampak macam mudah tetapi untuk melakukan kerja-kerja suntikan ini memerlukan kemahiran juga. Tapi saya percaya jika apa perkara yang kita lakukan setiap hari dan setiap perbuatan itu di ulangi berkali-kali ianya akan menambahkan lagi kemahiran kita. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang hanya tahu cakap, tapi tak tahu macam mana nak buat. Pelik! Pelik....

Saya rasa tak perlu lagi nak cerita panjang lebar disini. Apa yang penting jika rumah anda ada masalah anai-anai dan anda telah mendapatkan khidmat dari mana-mana syarikat kawalan serangga yang diperkenalkan oleh pegawai pemasaran syarikat itu. Kemudian syarikat itu menghantar pengendali kawalan serangga baru. Mungkin rawatan kawalan serangga yang dijalan itu tidak berkesan dan mungkin bertambah lebih buruk.

Sebelum saya tamatkan penulisan ini, ingin saya nasihat selidik dulu latar belakang pegawai pemasaran dan syarikat kawalan serangga itu terlebih dahulu. Pilihlah syarikat yang memiliki juruteknik kawalan serangga yang mahir. Juruteknik yang mahir merupakan tulang belakang kepada sesebuah syarikat kawalan serangga. Tanpa juruteknik yang mahir syarikat tersebut bukan lagi pakar serangga.


Sekian dulu dan jumpa lagi....



Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Ps. Anda boleh mengubungi saya melalui email termitecontrol99@yahoo.com.my atau anda juga boleh menghubungi En. Shaiful ditalian 019-749 5895.

Bacaan Seterusnya......

Monday, July 20, 2009

Bagaimana Syarikat Pest Control Mengawal dan Menghalau Kelawar???


Alamak ada kelawar plak kat rumah aku. Masalah nie. Macam mane err???. Ala senang aje. Panggil Pest Control untuk selesaikan masalah ini. Biar mereka uruskan semuanya. Kemudian bayar berapa sahaja caj yang Syarikat Pest Control kenakan. Selesai masalah!

Ini jawapan orang yang malas atau orang yang banyak duit. Tapi bagaimana pula dengan sesetengah mereka yang tiada duit untuk membayar upah yang tinggi untuk mengawal dan menghapuskan burung kelawar yang suka berkongsi tempat tinggal bersama anda.

Bukan semua orang banyak duit nak belanjakan itu dan ini. Jadi pada post kali ini saya berikan sedikit tip yang mana anda boleh cuba dan lakukan sendiri dengan sedikit kos yang mungkin anda mampu. Jangan bazirkan duit anda untuk mengupah Syarikat Pest Control. Bukan semua Syarikat Pest Control itu tahu untuk menyelesaikan masalah serangga perosak terutamanya menghalau burung kelawar.

Kenapa saya kata macam tu? Sebab saya juga pernah bekerja sebagai Juruteknik Pest Control dan tahu latar belakang syarikat yang mendakwa syarikat mereka adalah pakar tetapi sebaliknya mereka juga sebenarnya terpinga-pinga macam mana nak selesaikan masalah gangguan burung kelawar.

Pengalaman saya sewaktu bekerja dengan beberapa Syarikat Kawalan Serangga dulu, saya hanya di ajar dengan idea bodoh untuk mengawal dari gangguan kelawar itu caranya senang. Cuma sembur dangan bahan kimia pastu pasangkan jaring dawai.... itu aje. Ringkas betul bunyinya. Tujuan jaring dawai dipasang supaya kelawar yang telah dihalau itu tidak dapat masuk kerana dihalang dengan jaring dawai yang dipasang. Kalau saya jadi owner rumah ni, baik saya buat sendiri kerja-kerja macam tu.

Kalau saya fikir semula idea bodoh ini tak sama macam idea bodoh Henry Ford. Idea bodoh Henry Ford, walaupun bodoh pada pandangan luaran tetapi pada dasar dalaman ia adalah seorang yang bijak. Walaupun sekolah tak tinggi tak sampai Universiti tapi kebijaksanaannya lebih hebat daripada orang yang belajar di Universiti. Ini telah terbukti kisah kejayaannya yang berjaya mencipta kereta dan sehingga ke hari ini idea bodoh beliau memberikan banyak faedah kepada kita semua.

Tapi kalau idea bodoh untuk menghalau burung kelawar dengan hanya melakukan semburan bahan kimia dan kemudian memasang jaring dawai saya tak setuju. Sebab semuanya boleh dilakukan sendiri. Tak perlu panggil Syarikat Pest Control. Beli aje jaring dawai segulung harganya mungkin kurang dari RM100. Kemudian potongkan mengikut saiz yang diperlukan dan pasang sendiri semua jaring pada bahagian yang berlubang. Hanya tutup semua lubang-lubang yang ada dengan rapat. Jangan biarkan ada ruang yang tertinggal yang membolehkan kelawar-kelawar itu dapat memasuki semula kedalam bumbung rumah anda.

Tak tahu nak pasang, takut nak panjat atas bumbung???

Upah sahaja mereka yang dah biasa dengan kerja-kerja kontrak. Biasanya mereka inilah yang ada banyak pengalaman dan mahir dengan kerja-kerja seperti ini. Bagi mereka kerja-kerja memanjat atas bumbung rumah itu perkara biasa. Mereka boleh uruskan kerja-keja dengan lebih cekap.

Tapi sebelum jaring dipasang anda perlu tahu bagaimana untuk menghalau kelawar-kelawar itu keluar dari bumbung rumah anda. Kalau tidak sudah tentu kelawar yang tinggal didalam bumbung rumah anda akan terperangkap dan tidak akan dapat keluar.

Kena sembur dengan racun serangga ke tidak? Jawapannya tidak perlu lakukan dulu. Apa yang perlu dilakukan ialah menghalau kelawar-kelawar itu dulu. Selepas semua kelawar itu semua keluar barulah kerja-kerja memasang jaring dilakukan. Setelah semua kelawar-kelawar itu keluar lakukan pemasangan jaring dawai dengan segera.

Tapi tip yang nak saya kongsikan ini bukanlah idea yang bagus tapi ianya adalah idea simple. Kalau ada sesiapa nak ikut cara yang saya gunakan boleh lah ikut. Tapi kalau nak gunakan teknik yang digunakan oleh Syarikat Pest Control saya tak akan halang anda. Bayar sahaja berapapun kos yang dikenakan. Apa yang penting semua masalah gangguan burung kelawar dapat diselesaikan dengan baik.

Baiklah tip ini memerlukan banyak lampu kalimantan (lampu putih) yang biasa anda gunakan didalam rumah. Makin banyak lampu sebenarnya lagi bagus. Pasangkan kedalam bumbung (diatas siling rumah). Pasangkan seberapa banyak dan letakkan disetiap sudut dan penjuru.

Tujuan lampu-lampu ini dipasang agar dapat menerangi kawasan yang gelap diatas siling rumah anda. Selain itu juga dapat menghalau kelawar-kelawar yang tinggal disitu kerana kelawar tidak suka tinggal ditempat yang terang dan bercahaya.


Kaedah ini bukan sahaja rumah anda bebas dari serangan kelawar malah lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan kimia yang merbahayakan anda. Kemudian anda boleh bersihkan najis kelawar (guano) dengan menggunakan mesin penyedut habuk. Selepas semua bahagian dibersihkan anda boleh gunakan jaring dawai untuk menutup semua lubang-lubang yang ada diatas bumbung.

Terpulang kepada anda bagaimana cara yang sesuai yang patut anda lakukan terlebih dahulu. Apa yang penting tip yang diberikan ini dapat membantu anda. Akhir kata dari saya selamat mencuba.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca.



Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......

Thursday, July 2, 2009

Bagaimana Pengusaha Kawalan Serangga Membunuh Anai-Anai

Jangan putus asa jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah ancaman anai-anai yang aktif disekitar rumah anda. Sememang ada cara-cara yang harus anda pelajari bagaimana cara menghapuskan anai-anai serta usaha yang boleh anda lakukan sekarang adalah cara untuk menyelamatkan segala harta benda dari ancaman serangga tersebut.


Pemilik rumah seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan jika mereka telah mengesyaki wujudnya serangan serangga anai-anai di sekitar rumahnya. Sekalipun jika anda menganggap ianya tidak berlaku, namun anda juga harus tahu cara bagaimana mengesan kewujudan serangga anai-anai tersebut. Ini merupakan hal yang paling penting, kerana anai-anai dapat membiak dengan cepat dan akan aktif hampir dimana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi semua keperluan rumah anda mengandungi bahan-bahan yang diperbuat daripada kayu. Kawasan yang lembab juga adalah tempat kegemaran serangga ini membiak.

Ada beberapa kes serangan serangga anai-anai yang mungkin gagal dikesan dengan mudah kecuali anda telah menemui beberapa punca utama kerosakan pada beberapa bahagian tertentu seperti serangan dibingkai pintu, tingkap, perabut kayu, kotak, majalah dan akhbar-akhbar yang tersimpan lama di sesuatu tempat.

Jadi bukan mudah untuk anda memeriksa sesebuah kawasan yang terlibat dengan serangan serangga ini, sebelum anda tahu apakah punca-punca berlakunya serangan serangga tersebut. Punca-punca yang saya maksudkan ialah penemuan sejenis lumpur kering pada bahagian kawasan yang diserang (terowong) yang menghubungkan jalan atau laluan untuk serangga tesebut datang ke tempat-tempat yang mengandungi bahan-bahan yang disebutkan tadi.

Adakalanya agak sukar juga untuk anda mempelajari bagaimana mengesan serangga-serangga seperti ini, jika anda tidak pernah melihat atau tidak kenal bentuk serangga yang dimaksudkan. Jadi cara yang terbaik ialah dapatkan bantuan daripada pengendali yang telah mahir dalam bidang Pest Control merupakan jalan terbaik yang mungkin dapat menyelesaikan ke atas masalah tersebut.

Biasanya pengusaha dalam bidang Pest Control bukan sahaja tahu bagaimana mengesan serangga anai-anai tetapi mereka juga tahu bagaimana merawat kawasan dan tapak bangunan yang terlibat dengan ancaman anai-anai. Untuk mengesan darimana ancaman anai-anai ini datang merupakan perkara yang mudah bagi sesetengah pengendali yang memiliki pengalaman dan pengetahuan dalam hal ini.

Tapi tahukah anda bukan semua syarikat pengusaha kawalan serangga memiliki pengetahuan dalam hal yang sedemikian. Ada juga syarikat pengusaha kawalan serangga yang hanya tahu merawat tetapi tidak tahu dimana punca ini berlaku. Mungkin anda juga syarikat pengusaha kawalan serangga yang tahu mengesan serangga anai-anai tetapi rawatan yang dilakukan tidak memberikan apa-apa kesan langsung. Walaupun selepas rawatan yang dijalankan telah dilakukan tetapi rumah anda masih lagi diancaman dengan serangan yang baru. Mengapa perkara ini masih berlaku?
Jawapanya MUDAH! dan ada beberapa sebab. Dan diantara sebab-sebabnya ialah:

  • Tidak memiliki tenaga kerja yang terlatih dan mahir.

  • Memiliki tenaga kerja yang sambil lewa dan tidak bertangung jawab.

  • Pihak pengurusan bahagian pemeriksaan tidak cekap mengendalikan pekerja.

  • Menipu pelanggan dengan memberikan keyakinan yang tidak munasabah.

  • Tidak menjelaskan jenis bahan kimia yang digunakan untuk rawatan.

dan termasuk lain-lain hal yang tidak dapat saya sebutkan didalam blog ini. Sekiranya anda mahu mendapatkan penjelasan lanjut tentang kaedah yang sebenar yang perlu anda tahu seharus anda perlulah menghubungi kami. Anda akan dijelaskan dengan lebih terperinci kaedah rawatan yang paling sesuai dan terbaik. Anda juga akan dinasihatkan dengan beberapa maklumat yang tepat dan betul.

Mungkin anda sendiri boleh bertanyakan beberapa soalan yang mungkin anda sendiri kurang faham. Saya sedia memberikan penjelasan yang lengkap dan sebaik yang mungkin. Dengan setiap penjelasan yang diberikan ini juga, anda boleh berfikir dan diberikan masa untuk mempertimbangkan hal-hal ini sehingga anda bersedia untuk membuat pilihan. Jadi jika anda mempunyai sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi Shaiful ditalian 019-749 5895 dan minta bantuan khidmat nasihat dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Shaiful ini adalah rakan saya yang pernah bekerja di sebuah Syarikat kawalan serangga bersama-sama saya suatu ketika dahulu. Saya yakin Shaiful boleh berikan servis kawalan serangga yang ditawarkan bukan sahaja murah tetapi berkesan dan sudah tentu hasil kerja yang dilakukan dijamin berkualiti.

Anda juga boleh menghubungi saya melalui email : termitecontrol99@yahoo.com.my. Saya akan cuba membantu anda sedaya upaya yang boleh kerana saya merupakan seorang juruteknik kawalan serangga yang memiliki pengalaman dan tahu dalam hal-hal yang berkaitan dengan serangga anai-anai. Jangan bimbang saya akan cuba bantu anda bagaimana memilih syarikat kawalan serangga yang memiliki pengetahuan yang tinggi tetapi menawarkan harga yang lebih murah yang dapat menjimatkan kos rawatan.Itulah serba sedikit nasihat yang mungkin dapat membantu anda sebelum anda membuat sebarang keputusan. Akhir sekali ucapan terima kasih kepada semua pembaca blog ini kerana sudi membaca artikel ini pada post kali ini. Jumpa lagi pada post seterusnya.....

Ikhlas dari,


Mohamad Asmid
Bekas Juruteknik Pest Control

Ps. Terbaru syarikat Far East Pest Control telah menambahkan sejenis alat khas yang dapat meningkatkan kualiti kerja. Tiada lagi kerosakan pada permukaan lantai tile apabila ditebuk dengan mesin gerudi. >>> Shaiful 019-749 585

Bacaan Seterusnya......