Monday, August 31, 2009

Bahaya! Struktur Bumbung Rosak Disebabkan Anai-Anai.

Tidak kira samada anda baru memiliki rumah yang baru atau rumah yang telah diduduki pastinya anda mesti membuat persedian pencegahan anai-anai. Lakukan sebelum pembiakan serangga ini merebak ke bahagian yang lain. Jika peringatan ini tidak diendahkan maka makin sukarlah anda untuk mengawal keadaan ini ketika pembiakannya semakin banyak. Semakin hari anda membiarkan anai-anai yang datang maka anda juga akan menghadapi masalah yang lebih besar dan pada ketika itu pembiakan anai-anai ini mula merebak keseluruh tempat.

Hal ini mungkin nampak remeh tetapi jika dibiarkan tanpa melakukan sesuatu, keburukannya akan dapat dilihat pada masa akan datang. Keburukan ini boleh dianggap sebagai bencana yang menimpa diri anda dan ahli keluarga yang tersayang.

Sebagai contoh yang mungkin boleh terjadi... jika pembiakan anai-anai yang semakin hari akan menjadi semakin banyak dan akan terus merebak kedalam tembok atau dinding batu tanpa disedari oleh anda. Dalam masa yang sama pembiakan serangga ini juga akan terus menjejaki ke bahagian struktur bumbung maka kekuatan struktur itu akan mengalami masalah. Kemungkinan struktur yang menjadi penyokong bumbung itu akan rosak kerana setiap kayu-kayu yang ada disitu telah dimakan oleh anai-anai. Tanpa anda sedar bumbung rumah anda kehilangan penyokong itu lalu rebah dan runtuh dengan tiba-tiba.

Anda mungkin bernasib baik kerana ketika kejadian itu anda berada ditempat kerja. Bagaimana pula ahli keluarga anda, anak-anak dan isteri anda yang berada dirumah. Jadi jangan pandang ringan dengan masalah ini. Tiada amaran yang dapat membantu anda mengetahui hal ini berlaku. Yang penting buat rancangan untuk melakukan pemeriksaan dan pembasmian awal yang dapat mencegah daripada pembiakan anai-anai dirumah anda.

Tanya mereka yang lebih arif atau hubungi syarikat kawalan serangga yang berhampiran ditempat anda yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi lebih rumit yang boleh merugikan puluhan ribu ringgit kerana mahu menjimatkan kos pencegahan anai-anai.

Nak Jimat... Tapi Rugi Besar

Ramai diantara mereka yang cuba mengelak untuk mengeluarkan sedikit bajet tetapi mengalami kerugian yang sangat besar. Mereka ini takut nak keluarkan belanja untuk kerja-kerja pencegahan anai-anai tetapi akhirnya mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak juga.

Ada yang berfikir seperti ini tetapi dalam masa yang sama mereka tepaksa mengeluarkan belanja membaik pulih struktur dan kayu-kayu yang rosak. Itu tidak termasuk peralatan seperti perabut dan harta benda yang lain. Nak jimatlah katakan... Akhirnya terpaksalah juga mengeluarkan duit simpanan yang sepatutnya dapat digunakan untuk perbelajaan yang lain.

Pada masa ini mereka bukan sahaja terpaksa mengeluarkan belanja membaikpulih keadaan yang rosak malah kos pencegahan anai-anai juga tidak terkecuali. Pada masa ini barulah mereka yang berfikir 'nak jimat tetapi akhirnya rugi besar'. Sekarang anda bukan sahaja perlu mengeluakan belanja baik pulih malah anda juga terpaksa menyediakan kos / bajet pembasmian anai-anai sekali. Jika tidak perkara sama akan berulang semula. Jadi anda harus fikirkan kebaikannya.

Yang Mana Pilihan Anda?

Buat pembasmian anai-anai dulu atau mengantikan kerosakan lepastu baru buat pencegahan anai-anai? Sudah tentu anda tidak mahu mengeluarkan kos baikpulih dan kemudian kos
pencegahan anai-anai. Ini kerana anda terpaksa mengeluarkan ke dua-dua kos / perbelanjaan yang sepatutnya tidak patut anda bayar. Jika pembasmian anai-anai dilakukan lebih awal sebelum rumah anda mengalami kerosakan, anda hanya perlubayar kos kerja-kerja pembasmian anai-anai.


Anda tidak perlu mengeluarkan kos pembaikan atau kerja-kerja baik pulih struktur kayu dan menganti perabut baru yang telah rosak jika pembasmian anai-anai dilakukan dengan segera. Jadi sekarang anda diberikan pilihan ini dan cuba fikirkan apa yang patut anda lakukan terlebih dahulu.

Saya cuma mahu membantu anda dengan mengingatkan perkara yang mana lebih baik yang patut dilakukan. Terpulanglah kepada anda untuk berfikir kebaikan dan keburukan yang anda
sendiri tidak pasti.

Untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat tentang pencegahan anai-anai sila hubungi syarikat kawalan serangga yang berhampiran ditempat anda. Bagi yang tinggal di negeri Johor dapatkan bantuan dan perkhidmatan ini dengan menghubungi En. Shaiful 019-749 5895.

Atau anda boleh menghubungi saya melalui emel : termitecontrol99@yahoo.com.my.


Sekian, Wassalam



Mohamad Asmid

Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......

Monday, August 3, 2009

Pakar Kawalan Anai-Anai Betul ke Nie? Jom Kita Tinjau.

Kalau kita tengok iklan-iklan yang tersangkut dekat pokok-pokok disekitar Johor Bahru memang banyak. Iklan seperti ini bersepah walaupun kemana saja tempat yang kita pergi pasti akan menjumpainya. Persoalannya siapa pemilik iklan itu ya? Entahlah tak tahulah plak? Betul ke mereka nie pakar anai-anai? Tapi mengapa ramai orang komplen dengan kaedah dan cara rawatan pembasmian serangga anai-anai yang dilakukan oleh mereka yang bergelar pakar anai-anai?

Apakah kaedah yang ini betul-betul mengikut cara yang sepatutnya dilakukan oleh pakar-pakar kawalan anai-anai? Kalau betul mereka pakar kawalan anai-anai dah tentu rawatan kawalan serangga yang dibuat berkesan 100%. Tapi kenapa masih ada lagi ada anai-anai yang aktif walaupun rawatan telah dibuat. Tentu ada silapnya. Tapi dimanakah silapnya???

Kalau kita lihat iklan-iklan tu memang mereka nie macam seorang yang pakar. Namun kebanyakan rawatan yang dijalankan tiada mendatangkan apa-apa kesan langsung. Masalahnya dah ramai orang yang terkena dan tertipu dengan iklan-iklan yang bersepah-sepah di sekitar Johor Bahru.

Jom apa kata kita tinjau dimanakah silapnya. Bagaimana anda boleh tentukan rawatan kawalan anai-anai yang paling berkesan. Baiklah sebelum anda memilih mana-mana syarikat kawalan serangga pastikan anda mengetahui latar belakang syarikat itu. Jangan main redah je!!! Nanti menyesal tak sudah. Bayar mahal-mahal tapi cara pembasmian serangga yang dilakukan tidak menjadi.

Jadi anda perlu tahu siapa mereka. Adakah mereka menyembunyikan identiti mereka dengan nama pakar kawalan serangga atau pakar kawalan anai-anai. Ingat sesiapapun boleh mengunakan nama ini. Tapi belum tentu apa yang mereka buat menjadi dengan sempurna.

Setelah anda kenal diri mereka anda juga perlu tahu berapa banyak pekerja mahir yang dimiliki oleh syarikat itu. Atau syarikat itu hanya memiliki tenaga kerja yang baru yang sentiasa diperbaruhi sepanjang masa. Ini penting! Elakan jika syarikat tersebut sentiasa bertukar-tukar pekerja baru. Kenapa? Jika pengendali racun serangga yang dihantar kerumah anda adalah orang yang baru kerja sehari dua dah tentu cara pembasmian kawalan serangga akan bermasalah. Mahukah rumah anda dikendalikan oleh mereka yang tidak mahir dan tidak terlatih?

Bukan itu sahaja! Anda juga perlu tahu apakah jenis bahan kimia atau racun serangga yang digunakan untuk rawatan yang dijalankan dirumah anda. Ingat pegawai pemasaran kawalan serangga mungkin sengaja menyembunyikan rahsia ini daripada pengetahuan anda. Jadi jika anda bertanya kepada pegawai kawalan serangga apakah jenama produk bahan kimia yang digunakan dah tentu ia tidak boleh menipu anda. Pertanyaan ini seolah-olah anda telah tahu tentangnya walaupun anda tidak tahu langsung tentang apa-apa produk. Saya percaya pegawai pemasaran kawalan serangga ini akan bercakap perkara yang benar kerana ia menyangka anda benar-benar sudah tahu akan perkara itu.

Nasihat saya hati-hati dengan iklan-iklan yang digantung dipokok-pokok. Anda boleh survey dulu dan jangan buat keputusan apa-apa, nanti anda juga yang menyesal. Tak salah kalau bertanya dan fikir baru buat keputusan. Ingat sekali lagi pesanan saya, sebab saya kenal mereka siapa mereka disebalik iklan-iklan kawalan serangga di pokok-pokok itu dan saya tahu kerana saya juga tinggal di Johor Bahru.

Tapi bukan semua, ada segelintir sahaja yang tidak boleh anda percayai. Sebagai manusia kita harus bijak sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan hanya pandang pada kecantikan sahaja atau hanya memandang luaran tetapi hakikatnya didalamnya anda tidak pasti.

Seperti yang telah saya katakan tadi anda perlu memandang semua aspek bukan dari satu sudut sahaja. Anda perlu bertanya sehingga anda rasa puas hati. Sebab ada syarikat yang memiliki kelengkapan yang cukup canggih untuk mengawal atau membasmi serangga perosak. Tetapi tiada pakar atau pekerja yang mahir untuk mengendalikan kelengkapan canggih yang dimmiliki oleh syarikat itu.

Jadi apa gunanya semua itu. Samalah juga sebuah kapal terbang jika tiada pemandu yang tahu memandu kapal itu macam mane kapal itu boleh terbang. Adakah kapal itu boleh terbang tanpa pemandu.

Jadi kesimpulannya disini ialah syarikat pest contol bukan hanya memerlukan kelengkapan yang canggih tetapi memerlukan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikan kelengkapan itu.

Perkara yang penting ialah pengalaman pekerja mahir itu sendiri yang menjadi perkara yang paling utama. Anda masih boleh memilih syarikat yang mengantungkan iklan-iklan kawalan serangga dipokok-pokok tetapi harus selidik dahulu latar belakang syarikat tersebut.
Jika anda tidak tahu apa-apa tentang serangga terutamanya masalah ancaman anai-anai, anda boleh hubungi saya dan dengan ikhlas saya akan cuba membantu. Anda boleh hubungi saya melalui email: termitecontrol99@yahoo.com.my. Atau anda juga boleh buat pertanyaan dengan rakan saya Shaiful ditalian 019-749 5895 dan rakan saya juga akan cuba membantu anda. Sekali lagi saya ingatkan hati-hati dengan iklan-iklan kawalan serangga yang tergantung dipokok-pokok yang banyak disekitar Johor Bahru.

Bacaan Seterusnya......