Tuesday, November 10, 2009

Kategori Serangga Perosak Yang Menghisap Darah

Sekali pandang bentuk serangga ini memang geli dan menggerunkan. Tetapi itulah bentuk dan rupa sebenar serangga yang dahaga darah haiwan dan manusia. Nama saintifik serangga ini dikenali dengan nama 'Cimex Lectularias'.



Kita biasa panggil serangga ini dengan nama 'Pepijat'. Kategori serangga ini tidak bersayap, berwarna coklat dan memiliki bentuk tubuh badan yang nipis.

Sesiapa mungkin boleh menjadi mangsa pada waktu malam kerana pada waktu itu serangga ini akan keluar untuk mencari makanan. Makanan utamanya ialah darah, tidak kira darah haiwan atau manusia.

Kulit mangsa akan mula terasa gatal secara berterusan setelah digigit oleh serangga ini, yang akan mengakibat-kan bengkak kecil dibeberapa bahagian yang digigit.


   

Pembiakan serangga ini mungkin sukar dikawal jika ia dibiarkan. Ia boleh membiak dengan lebih cepat dan akan bertambah dalam jumlah yang banyak dari masa ke semasa. Jika dibiarkan serangan serangga ini akan mula merebak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Bilik-bilik yang berhampiran dengan kawasan yang dijangkiti juga akan menjadi tempat pembiakan baru serangga ini. Jadi sesiapa yang berhadapan dengan masalah ini haruslah mengambil berat sebelum keadaan bertambah buruk.

Rawatan kawalan serangga perlu diberikan pada bahagian yang terlibat agar semua pembiakan serangga pepijat ini dapat dihapuskan. Selain itu juga kebersihan juga perlu dijaga setiap masa terutamanya pada kawasan pembiakan serangga ini membiak.

Apa yang membimbangkan pepijat yang bersarang di celah-celah tilam atau bantal yang digunakan juga mewujudkan perasaan yang kurang selesa kepada mangsa. Mereka mula menyerang semasa mangsa sedang tidur lena.

Kepada yang mengalami masalah ini tidak seharusnya dibiarkan. Masalah ini masih boleh diatasi dengan beberapa kaedah rawatan untuk menghapuskan pembiakan serangga ini merebak.

Di antara kaedah dan kawalan untuk menghapuskan pembiakan serangga ini ialah dengan melakukan semburan racun serangga 'Cislin'. Rawatan yang dijalankan harus dilakukan oleh pihak Pengendali racun serangga yang telah mahir dan memiliki lesen pembantu dan pemakai racun untuk mengendalikan kerja-kerja pembasmian serangga.

Biasanya syarikat kawalan serangga memiliki tenaga kerja yang dilatih dan mempunyai lesen-lesen racun yang dapat membantu melakukan tugas-tugas pengedalian serangga dengan baik.

Tapi masalahnya ialah caj yang dikenakan agak mahal sedikit. Jadi anda tidak seharusnya menjadikan alasan ini untuk tidak melakukan sesuatu. Anda boleh lakukan sendiri jika anda tahu cara bagaimana menghapuskan pembiakan pepijat ini supaya ia tidak boleh bermaharajalela sesuka hati dibilik anda. Jadi anda memerlukan sebuah panduan yang boleh membantu anda bagaimana mengawal pembiakan serangga pepijat...

Pepijat or Bedbugs

Memperkenalkan ebook bertajuk 'Remove Bed Bugs Guide' yang harus dimiliki oleh semua orang yang mempunyai masalah ancaman 'Pepijat'. Mungkin ebook ini boleh membantu anda bagaimana menghapuskan serangan pepijat yang mengancam keselesaan anda semasa anda sedang tidur nyenyak. Anda boleh gunakan panduan ini sebagai salah satu cara yang dapat menjimatkan kos perbelanjaan daripada memanggil syarikat pest control untuk membantu menghapuskan serangan pepijat.

Ebook ini akan membantu anda mempelajari sesuatu yang anda tidak tahu tentang pepijat. Anda juga akan diajar bagaimana mengenali spesies ini dengan lebih mendalam. Anda juga akan diajar cara bagaimana menghalang pembiakan pepijat ini dengan lebih cepat dan mudah. Belajar dimanakah serangga ini bersembunyi dan bagaimana anda dapat mengesan tempat persembunyian mereka dan banyak lagi yang boleh anda pelajari didalam ebook ini.

Sekarang masalah ancaman pepijat akan berakhir selepas anda memuat-turun ebook ini. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengupah syarikat pest control untuk bantu anda menyelesaikan masalah ini. Anda boleh lakukan sendiri dengan panduan lengkap bagaimana menghapuskan pembiakan pepijat yang tinggal bersama-sama dibilik anda.

Anda boleh dapatkan ebook ini disini dan lakukan sendiri cara menghalang pembiakan pepijat ini daripada merebak kebahagian lain.


Semoga ebook 'Remove Bed Bugs Guide' ini dapat membantu anda dalam menyelsaikan masalah ancaman pepijat...


Ikhlas dari,


Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......

Saturday, November 7, 2009

Kawalan Serangga Untuk 3 Jenis Spesies Tikus

Masalah tikus bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Malah ia boleh menjadi lebih serius jika ia dibiarkan. Oleh itu, apa tindakan yang sepatutnya dan apa yang harus dilakukan sebelum semua tikus-tikus ini menganggu ketenteraman kediaman anda. Berikut adalah hal-hal yang akan dikongsikan dengan anda.

Tikus boleh membawa penyakit yang merbahaya terhadap manusia dan sentiasa berwaspada terhadap perangkap dan umpan. Kebiasaannya tikus ini di kenali dengan beberapa nama seperti, tikus rumah, tikus bumbung dan tikus norway.

Tikus rumah
tikus rumah

Nama saintifik tikus ini dipanggil dengan nama Mus musculus. Memiliki bentuk badan yang kurus dan kecil, panjangnya 3 hingga 4 inci serta memiliki mata yang kecil dan telinga yang agak besar. Berwarna coklat terang atau hampir sama dengan kelabu terang. Najisnya (tahi) berbentuk panjang seperti batang. Bersarang didalam struktur dan lubang-lubang. Biasanya sarang yang dibina berhampiran dengan tempat yang mengandungi sumber makanan dan jarak tidak lebih dari 30 kaki daripada sarang pembiakannya. Memiliki sifat yang berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Pandai memanjat dan makan tumbuh-tubuhan tetapi lebih suka makan biji-bijian.

Tikus Bumbung
tikus bumbung

Nama saintifik tikus ini dipanggil dengan nama Rattus rattus. Berwarna Hitam atau coklat gelap, panjangnya 7 hinga 10 inci dan memiliki bentuk badan yang ramping dan kecil. Bersarang didalam dan dibawah bangunan-bangunan, didalam longgokan sampah sampah atau kayu. Pandai memanjat dinding dan tiang-tiang yang sering ditemui pada struktur-struktur dibahagian atas bumbung. Makanan kegemaran lebih kepada biji-bijian, buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Sangat agresif dan boleh melepasi lubang 1/2 inci dan ia juga penyebar penyakit merbahaya.

Tikus Norway
tikus,kawalan serangga

Nama saintifik tikus ini kenali dengan nama Rattus norvegicus. Bentuk badan yang agak sederhana sedikit, saiz dalam linkungan 6 hingga 8 inci. Warna bulunya coklat seakan berwarna perang. Memiliki telinga dan mata yang kecil serta memiliki ekor yang pendek. Najis (tahi) dapat dilihat dengan bentuk seperti capsul. Sarang tikus norway terletak pada setiap lubang yang dibuat dan tinggal dibawah tanah berhampiran dengan bangunan yang berdekatan dengan sumber makanan. Agak sukar untuk dilihat atau ditemui pada waktu siang. Suka makan daging daripada makan tumbuh-tumbuhan. Air adalah keperluan utamanya untuk terus hidup boleh berenang dengan baik juga membawa ancaman penyakit yang merbahaya.

Langkah pengawalan & Pencegahan

Setelah anda mengenali ke tiga-tiga spesies ini, ia akan dapat membantu dan memudahkan anda untuk membuat pencegahan menghapuskan serangan tikus. Cara untuk menghapuskan tikus ini ada banyak cara yang boleh kita lakukan. Salah satu cara ialah dengan mengetahui apakah makanan yang tikus-tikus ini suka.

Contohnya, tikus bumbung lebih suka makanan seperti kacang. Anda boleh umpan makanan kacang yang bercampur racun.

Tapi ia memerlukan teknik dan strategi yang betul. Selain itu juga, kita perlu lihat dari pelbagai sudut seperti masa yang sesuai, bilakah umpan itu boleh dipasang, dimanakah umpan itu ditempatkan dan bagaimana untuk menarik perhatian tikus-tikus itu supaya ia memakan umpan yang dipasang.

Jika tidak usaha untuk mengumpan tikus akan gagal kerana haiwan ini amat sensitif terhadap sesuatu yang mencurigakan dan sentiasa berwaspada terhadap sesuatu perkara yang cuba mengancam dirinya.

Oleh yang demikian, anda harus gunakan kreativiti anda sendiri untuk menarik perhatian tikus-tikus ini supaya memasuki perangkap yang dipasang dengan umpan beracun yang ditempatkan ditempat yang lebih sesuai.

Amaran! Umpan beracun tidak sesuai digunakan, terutamanya ditempat yang terbuka kerana ia boleh membahayakan kanak-kanak dan haiwan peliharan anda. Jadi berhati-hatilah. Sila dapatkan nasihat dan bantuan pakar perunding kawalan serangga yang berpengalaman untuk sebarang bantuan!

Untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat dan kaedah tentang pencegahan tikus serta khidmat kawalan serangga sila hubungi: En. Shaiful 019- 749 5895.


Akhir sekali, sebelum saya tamatkan perbincangan ini. Saya jemput anda semua untuk menjadi peminat Servis Pest Control di Facebook sebagai kawan komuniti kami. Untuk jadi peminat setia dan berinteraksi disana sila Klik Disini.

Atau anda boleh hubungi saya di : termitecontrol99@yahoo.com.my



Sekian sahaja kali ini... Jumpa lagi...





Mohamad Asmid

Juruteknik Kawalan Serangga

Bacaan Seterusnya......