Ads 468x60px

Belajar Gitar Cara Pantas

31 Julai 2011

Mengawal Anai-Anai Dengan Kaedah Suntikan

Mengawal Anai-Anai dengan Kaedah Suntikan
Kaedah suntikan racun anai-anai
Kaedah suntikan adalah salah satu kaedah rawwatan tanah yang paling berkesan bagi mengawal pembiakan anai-anai daripada terus merebak.

Ia menjadi pilihan yang paling sesuai kerana bahan kimia anti anai-anai yang disuntik mampu bertahan dengan lebih lama dibawah lantai sesebuah bangunan.

Jangka masa bahan anti anai-anai yang disuntik dapat bertahan lebih lama (3 hingga 5) tahun.

Selain daripada kos yang diperlukan lebih murah daripada sistem kaedah pengumpanan anai-anai, ramai yang memilih kaedah suntikan sebagai pilihan terakhir untuk mereka.


Sistem kawalan anai-anai dengan kaedah suntikan juga menyediakan jaminan selepas rawatan selesai dilakukan. Tiada kos tambahan diperlukan berbanding dengan sistem kaedah pengumpanan pengumpanan anai-anai.

Kos rawatan yang diperlukan hanya sekali sahaja dan jika dalam tempoh jaminan (waranti) masih terdapat serangan baru, anda masih boleh mendapatkan rawatan percuma tanpa melibatkan kos dan caj tambahan.

Kaedah rawatan kawalan anai-anai dengan cara suntikan ini perlu dilakukan ke setiap lubang-lubang yang dibuat. Biasanya lubang-lubang akan dibuat dengan menggunakan mesin gerudi (hammer drill) yang berkuasa. Jarak lubang-lubang disisi dinding lebih kurang 3 – 6 inci manakala jarak dari lubang ke lubang yang lain sekitar 18 inci.

Walaupun kaedah suntikan memberikan kesan yang lebih baik dari sistem pengumpanan namun keburukannya pula terdapat beberapa kecacatan kekal pada lantai sesebuah bangunan. Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana terdapat beberapa peralatan tambahan yang masih boleh digunakan untuk mengelakan kecacatan pada bahagian lantai yang ditebuk.

Skill dan kemahiran menggunakan peralatan tambahan ini juga diperlukan untuk memastikan lantai yang ditebuk tidak kelihatan rosak dan cacat .Kemahiran menampal dan menutup semula lubang-lubang yang telah ditebuk dan disuntik juga akan dilakukan dengan lebih teliti.

Kaedah semburan juga akan dibuat samada didalam dandi luar bangunan yang terlibat dengan kesan serangan anai-anai. Peralatan seperti mesin pam (Power Sprayer) akan digunakan untuk semburan dan suntikan.

Peralatan untuk menyuntik bahan kimia anti anai-anai dikenali dengan nama injector. Peralatan ini wajib diperlukan untuk semua kerja-kerja suntikan. Peralatan tambahan seperti Gun Sprayer juga diperlukan untuk kerja-kerja semburan.

Tiada ulasan:

 

Iklan Blog

Rahsia Tarik Duit

Cara Jimat Elektrik
Panduan Dekorasi

Produk Terbaik

Pengurusan Masa
Panduan Bisnes Tshirt
Panduan Asas Paypal
Rahsia Pasangan