Ads 468x60px

Belajar Gitar Cara Pantas

16 Mei 2012

Sarang Anai-Anai, Pembiakan Dan Bahan Kimia


Contoh imej serangan anai-anai bawah tanah
Contoh serangan anai-anai bawah tanah.
Bagi sesetengah rumah lebih mudah diserang anai-anai. Sebahagian besar serangga  ini telah wujud sebelum rumah anda dibuat dan bersarang dibawah didalam tanah.

Tanah yang lembab sering terdedah dengan ancaman anai-anai dan menarik minat untuk serangga ini terus membiak.

Mereka akan mewujudkan sistem terowong  untuk mencari dan menghantar makanan ke sarang mereka. Biasanya sarang anai-anai terletak pada jarak 3 - 5 kaki dibawah tanah.

Kayu adalah makanan utama kegemaran anai-anai. Mungkin kayu-kayu mati seperti akar pokok yang tertanam dibawah rumah menjadi punca mengapa anai-anai dapat hidup dan membiak dengan cepat.

Biasanya serangan anai-anai akan terus merebak melalui akar-akar pokok yang menjalar dari satu tempat ke tempat yang lain. Ini mungkin salah satu sebab-sebab serangga ini dapat hidup dan membiak dengan cepat.

Jenis anai-anai yang menyerang masuk dari bawah tanah dikenali dengan nama Subterranean Termite (Anai-Anai Bawah Tanah).

Sifat Anai-Anai Bawah Tanah

Imej anai-anai bawah tanah
Contoh anai-anai bawah tanah.
Anai-Anai bawah tanah hidup dalam koloni yang besar terdiri dari raja, ratu, tentera dan kasta pekerja. Anai Anai bawah tanah kerumunan pada setiap tahun pada musim bunga.

Kasta pekerja berwarna putih manakala tentera anai-anai pula berwarna coklat perang. Ratu anai-anai hidup dalam sarang dan menghasilkan puluhan ribu telur dalam satu masa.

Kaedah Pembasmian Anai_Anai

Apabila wujudnya terowong lumpur pada beberapa bahagian dirumah anda, itu menunjukan tanda-tanda awal, mungkin rumah anda diserang anai-anai dan diancam kerosakan dan kemusnahan harta benda.

Tanda- tanda ini biasa dapat ditemui dilokasi tertentu seperti dibahagian stor, bilik-bilik yang berhampiran dengan tandas, kayu spin, dan lantai pakir.

Jika ini berlaku, anda perlukan memastikan rawatan pencegahan awal dilakukan dengan segera. Kaedah memasang umpan anai-anai atau rawatan tanah dilakukan dengan segera agar dapat mencegah sebelum serangan ini merebak ke bahagian lain.

Suntikan racun diperlukan kedalam tanah untuk pembasmian anai-anai dan pencegahan awal dengan menggunakan bahan kimia anti anai-anai adalah cara yang terbaik bagi rawatan tanah.

Kaedah ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan berkesan dalam tempoh jangka masa lama. Kemudian pemantauan perlu dilakukan setiap 3 - 6 bulan untuk memastikan tiada serangan baru berlaku selepas rawatan tanah dijalankan.

Memilih bahan kimia anti anai-anai

Contoh racun anai-anai
Contoh racun anai-anai
Terdapat pelbagai jenis bahan kimia anti anai-anai yang boleh digunakan dalam sesebuah rawatan. Tapi perkara yang paling penting bahan-bahan yang digunakan itu haruslah selamat dan berkesan.

Jangan salah pilih dengan menggunakan bahan kimia  atau racun anai-anai yang diharamkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Bahan kimia yang berkualiti bukan sahaja selamat malah lebih berkesan serta tidak mencemarkan alam sekitar. Racun serangga ini biasa akan diuji dan didaftarkan serta terus  digunakan. Biasanya hanya pengedali racun yang terlatih dan berlesen sahaja dibenarkan untuk kerja-kerja rawatan kawalan makhluk perosak.

@ Untuk mendapatkan khidmat Pest Control bagi Kawalan Anai-Anai di Johor Bahru. Sila hubungi kami 016-758 3483 (Asmid).



Tiada ulasan:

 

Iklan Blog

Rahsia Tarik Duit

Cara Jimat Elektrik
Panduan Dekorasi

Produk Terbaik

Pengurusan Masa
Panduan Bisnes Tshirt
Panduan Asas Paypal
Rahsia Pasangan