Kaedah Mengawal Lipas Do It Your Self


Cara yang paling mudah untuk mengawal lipas dirumah yang boleh anda lakukan sendiri ialah dengan menggunakan bahan yang tidak mengandungi racun.

Dengan melakukan sendiri kaedah mengawal lipas ia dapat menjimatkan wang anda. Bahan-bahan yang diperlukan untuk mengawal serangan lipas ini memang mudah diperolehi dikedai-kedai dan juga terdapat dipasaraya.

Bahan-Bahan dan Peralatan

Bahan-bahan yang dimaksudkan ialah gam perangkap lipas. Sebelum memulakan kerja-kerja mengawal lipas, perkara penting yang perlu diambil kira ialah mengesan kehadiran lipas. Lakukan kerja-kerja mengesan lipas diwaktu malam.

Matikan lampu supaya semua kawasan dalam rumah anda menjadi gelap. Mulakan kerja-kerja mengesan lipas ini selepas semua lampu dimatikan.

Gunakan peralatan seperti lampu suluh sebagai alat yang membantu untuk kerja-kerja mengesan lipas. Lihat anda akan melihat banyak lipas-lipas akan mula keluar dan merayap dalam gelap.

Gunakan Perangkap Lipas


Gam Perangkap Lipas
Perangkap Lipas Bergam
Pasangkan perangkap lipas ini berhampiran dengan lipas-lipas ini ditemui.

Biasanya tempat-tempat yang lipas suka tinggal dikawasan yang mengandungi sisa-sisa makanan.

Lipas juga boleh ditemui di kawasang tangki najis, dalam tandas, dibawah singki, belakang almari, dalam laci dan dibawah kabinet. Anda perlu gunakan perangkap lipas ini secukupnya.

Untuk memastikan lipas-lipas ini dihapuskan dengan lebih berkesan, anda perlu melakukan pemasangan perangkap lipas ini 3 kali semingu.

Anda boleh dapatkan Cockroach Glue House ini secara dalam talian atau beli secara online di laman web www.kedaiserbanika.com dan cari pilih bahagian kategori Pest Control. Klik Sini untuk beli terus Gam Perangkap Lipas.

Bersihkan Kawasan

Mengawal dan Menjaga Keberishan Rumah
Mengawal  dan menjaga kebersihan rumah
Anda juga perlu sentiasa menjaga kebersihan rumah untuk mengelak daripada lipas-lipas ini bersarang semula dirumah anda. Pastikan tiada lagi sisa-sisa makanan yang disimpan didalam rumah. Buangkan semua makanan-makanan yang tidak digunakan kedalam tong sampah diluar rumah.

Sampah-sampah perlu diikat dengan betul supaya tidak ada saki baki sampar yang tercicir dan terkeluar. Tong sampah perlu ditutupdengan baik.

Semua langkah-langkah yang diberikan diatas adalah kaedah dan cara mengawal lipas dirumah yang boleh anda lakukan sendiri. Ia tidak mendatangkan bahaya kerana bahan-bahan yang digunakan untuk mengawal lipas tidak mengandugi racun.

Oleh kerana anda hanya menggunakan bahan-bahan yang tidak beracun mungkin ia lebih selamat. Tetapi tahap keberkesanan tidak dapat dipastikan kecuali anda mempuyai idea kreatif yang dapat membantu anda melaksanakan kerja-kerja mengawal lipas dengan betul.

Itu semua bergantung terhadap usaha yang anda lakukan sendiri. Jika masih tidak berhasil anda perlu mendapat khidmat pest control ditempat anda untuk membantu anda menghapuskan kesemua lipas.

@ Anda memerlukan bantuan untuk mengawal serangga, semut, lipas, tikus, lalat, lebah, anai-anai dan lain-lain serangga perosak. Hubungi 016-758 3483 Asmid (Johor Bahru)

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com