Hapuskan Pijat Dengan Semburan Minyak Tanah

pijat dewasa
Pijat dewasa
Pijat merupakan serangga perosak yang kecil. Kita boleh memanggilnya sebagai kutu yang menghisap darah .Tidak kira darah haiwan ataupun manusia. Ia hidup dan membiak dengan cepat dan terus merebak ke seluruh tempat yang disukainya.

Biasanya boleh ditemui dibilik tidur dan tinggal dicelah-celah katil. Jika berlaku serangan kutu yang menghisap darah, sila periksa disudut-sudut lipatan tilam dan bantal. Kita akan menemuinya disitu. Itulah pijat yang mengigit dan menghisap darah kita setiap malam. Ia akan terus hidup dan membiak serta merebak dari bilik ke bilik yang lain secara senyap.


Kesan gigitan pijat
Kesan gigitan pijat
Keesokan hari kita akan dapati ada beberapa kesan gigitan pijat pada bahagian tertentu seperti dilengan dan kaki serta juga ditempat bahagian lain. Kesan bengkak-bengkak kecil dengan warna kemerah-merahan diseluruh angotah tubuh badan kita mula ditemui

Pijat aktif diwaktu malam ketika mangsa sedang tidur lena. Merayap dalam gelap dan dahagakan darah sebagai makanannya. Ketika waktu siang pijat mula bersembunyi dicelah-celah rekahan yang sempit. Mungkin bersembunyi dibawah katil dan dibelakang katil anda. Pijat juga akan bersembunyi dicelah-celah sudut dan lipatan kain tilam.

Anda harus waspada kerana gigitan pijat tidak terasa tetapi meninggalkan kesan pada kulit yang digigit. Anak pijat boleh menghisap darah selama 3 - 5 minit. Memiliki jarum yang tajam pada mulut untuk menghisap darah.

Minyak tanah
Minyak tanah
Apa yang mesti anda lakukan jika bilik tidur anda sedang dihuni oleh sang pijat atau serangga yang
menghisap darah. Anda perlu bertindak segera sebelum ia terus membiak dan merebak kebahagian bilik lain. Tindakan pertama hapuskan serangga penghisap darah dengan segera. Caranya paling murah dan jimat ialah membuat semburan dengan minyak tanah diseluruh kawasan yang menjadi sarang pembiakan.


Mungkin anda terpaksa juga menyembur kebahagian tilam dan bantal. Kaedah menghapuskan pijat ini adalah kaedah yang digunakan pada zaman dahalu. Mungkin tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tapi walaubagaimanapun tidak salah jika hendak mencuba.

Untuk cara selain dari itu anda boleh hubungi syarikat Pest Control yang berdekatan dengan tempat anda. Di Johor Bahru anda boleh hubungi En. Asmid 016-758 3483 untuk khidmat kawalan serangga.

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com