Cara Hapuskan Pijat + Petua + Tanpa Racun + Racun

Di ancam serangga pijat

Anda mungkin rasa kurang selesa semasa sedang tidur diwaktu malam. Terasa ada sesuatu sedang merayap ke seluruh tubuh badan anda. Keesokan paginya anda dapati terdapat banyak kesan bintik-bintik berwarna merah diseluruh tubuh badan. Itu adalah tanda-tanda awal bilik tidur anda terkena serangan pijat.

Jadi untuk memastikan samada bilik anda bebas dari sebarang ancaman dan  serangan serangga seperti pijat. Eloklah buat pemeriksaan rapi dan pastikan betul-betul tiada seekor pijat yang berkongsi tempat tidur dengan anda.

Adakah anda pasti ?

Untuk memastikan setiap malam anda tidak ditemani dengan serangga penghisap darah. Anda perlu melakukan sesuatu supaya ianya tidak berlaku lagi dibilik tidur anda. Anda perlu lakukan beberapa pemeriksaan rapi untuk mengesan serangga pijat ditempat dtidur anda. Pastikan betul-betul dimana tempat pijat ini bersembunyi.

Bersembunyi dimana? Ya pastikan…

Dicelah lipatan tilah tempat persembunyian pijat

Selain itu juga kerja-kerja mengesan serangga pijat ini juga boleh dikesan didalam almari yang terdapat banyak baju-baju, beg pakaian dan sebagainya. Dengan melakukan pemeriksaan yang teliti anda pasti ia dapat dikesan dan anda berjaya menemui serangga penghisap darah ini ditempat-tepat yang disebutkan diatas dengan mudah. Jika semua telah berjaya dilakukan dengan baik dan anda benar-benar pasti anda telah berkongsi tempat tidur dengan pijat maka usaha anda seterusnya ialah…

Menghapuskan semua keturunan serangga pijat…

Setakat ini ada beberapa kaedah dan cara untuk menghapuskan mereka ini samada cara berbayar ataupun percuma. Ya cara berbayar mungkin pilihan anda. Dengan memilih kaedah berbayar anda perlu mengeluarkan sedikit kos untuk mengupah pakar kawalan perosak serangga ditempat anda.

Biasanya kos itu bergantung pada keadaan, kaedah rawatan, tempat dan sebagainya. Untuk maklumat dan penjelasan yang lebih lanjut, hubungi pakar kawalan serangga yang berhampiran dikawasan anda.

Cara lain pula anda perlu dapatkan produk dan bahan yang boleh menghapuskan pijat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang dapat membantu anda menyinkirkan serangga penghisap darah dan anda boleh lakukan sendiri.

Penyembur ubat anti pijat - https://www.kedaiserbanika.com

Ia juga perlu sedikit kos dan bayaran tapi anda sendiri lakukan kaedah rawatan pembasmian serangga pijat dengan tangan sendiri.

Bahan yang boleh anda dapatkan ini sesuai untuk kegunaan isi rumah. Tidak mengandungi toksik dan selamat digunakan.

Cuba beli dilaman web www.kedaiserbanika.com atau klik sini utuk terus ke page produk pest control. Jika anda bernasib baik anda boleh dapatkan produk halau pijat ini jika stok masih ada.

Saya tak pasti samada ia masih boleh diperolehi ataupun tidak. Maklumat lanjut mengenai produk halau pijat KLIK SINI.

Kaedah lain yang PERCUMA…

Menurut beberapa sumber pengetahuan kaedah percuma ini lebih sesuai untuk mereka yang tinggal dikawasan perkampungan. Kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk menghalau serangga pijat ini lebih mudah didapati disekitar kawasan perkampungan. Tapi masalah ia berkesan ataupun tidak, tak dapat dipastikan.

Contoh pokok durian belanda

Sumber pengetahuan ini diperolehi daripada petua orang dahulu kala. Bahan-bahan yang dimaksudkan ialah kulit buah durian belanda. Menurut orang dulu-dulu pijat memang tak suka langsung dengan kulit buah durian belanda.

Kalau tempat tidur didalam bilik penuh dengan sarang pijat mereka akan gunakan kulit buah durian belanda. Pijat memang anti betul dengan kulit buah durian belanda.

Bukan hanya kulitnya sahaja, ranting dan daunnya juga mampu menyikirkan pijat dari bilik tidur jika ia diletakan dikawasan yang penuh dengan serangga pijat.

So percaya atau tidak cubu dulu baru tahu. Kalau tidak berkesan jangan salahkan saya ya. Saya hanya berkongsi maklumat yang mungkin dapat membantu anda yang bermasalah dengan ancaman serangan pijat. Apa-apapun anda boleh memilih sendiri kaedah yang sesuai untuk anda bertindak samada dengan cara mengeluarkan wang atau cara tanpa melibatkan kos. Semua pilihan ditangan anda…

Pembasmi serangga pijat diskudai Johor Bahru

Untuk mendapatkan perkhidmatan pencegahan serangga perosak, sila hubungi 016-7583483

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Kompem boleh hapus x pijat kaw guna produk tu...??? Pijat di rumah saya sudah tidak terkawal... harap dapat info yg lbih tpat...
Tanpa Nama berkata…
durian belanda tu soursop kan ... nak d letakkn di mana? bwh tilam? bwh katil? dlm almari? letak kan begitu saja? lepas tu P tu akan lekat eh? .... Eeeee ... benci la ....
Tanpa Nama berkata…
Kalau tengah main ngan awek pastu kene pijat haish stress kot...series spoil kot
Unknown berkata…
Mcm mne nk dpt kn ubat tu...hargs ?
Tanpa Nama berkata…
Rumah saya ada pepijat !! I hate that !!
Tanpa Nama berkata…
Rumah saya ada pepijat !! I hate that !! *Penang*
Tanpa Nama berkata…
umah saya baru diserang pijat...bosan dgn pijat..sebab jangkitan dr adik bawa bantal peluk dia tdo kat umah saya..so pijat pun menyerang.. .sbb umah dia mmg dh da penghuni pijat pun...please bg info mcm mana nak selesaikan...
Tanpa Nama berkata…
Rumah sy pn ada..ank2 kena gigit pepijat hbis merah2..
Unknown berkata…
Sye baru sewa bilik areA JB,,top2 sye kne gigit pijat...habis satu bdn sye kne gigit,,kdng2 xadew,,tpy mngkin jiran2 bilik sye pemalas so sye yg kne
Tanpa Nama berkata…
Pijat durjana
Tanpa Nama berkata…
pijat membuat kn aku selalu tido tak senang !
Tanpa Nama berkata…
Senang je basuh segala selimut bantal langsir brg yg ada pepijat dgn cecair peluntur@ clorox sukatan lebih sikit biar ada bau clorox...setiap minggu...
anieta83 berkata…
basuh selimut dengan clorox mmg confirm ok ker
Tanpa Nama berkata…
Masih lg dlm experimental process. Dapat detect pijat ats bdn msa ngh baring. Source x taw kt mna. Suspek kt ats tilam tp msih lg belum kompim 100%. Vacuum tilam ngn katil sudah, letak minyak lavender sudah, tukar cadar tilam dengan beli bantal baru pun sudah. yg belum jemur tilam kt tgh panas selama 2 minggu, ngn basuh baju, kain langsir dan sbgainya ngn air panas serta ubat pembunuh pijat.
Tanpa Nama berkata…
pengalaman saya sendiri
: sembur rangka katil dengan minyak tanah, takda penyembur catkan lah rangka katil dengan minyak tanah, in sya Allah telur2 pijat pon tanggal.

:untuk tilam pulak basuh lah dengan air peluntur: jenuh sikit la nak mengangkat dan jemur tilam saiz queen, cara lain spray baygon untuk insect yang botol kecik tuh bukan tuk nyamuk.

apapapun good luck..
Unknown berkata…
Memang lahanat binatang ni..nak tido memang tak senang..kejap2 terjaga sampai pening kepala..dulu tak ada..skang ntah dr mana dtg kaum lahanat ni!!
Unknown berkata…
Memang lahanat binatang ni..nak tido memang tak senang..kejap2 terjaga sampai pening kepala..dulu tak ada..skang ntah dr mana dtg kaum lahanat ni!!
Unknown berkata…
apa sbnrnya punca pepijat ni..!! adei.. tension den..
Unknown berkata…
saya pn baru je kena, dah buat macam2 seminggu ok..lepastu ada lg....ok kejap ada blk...dah xtahu nk buat aoa..jenuhla asyik nak buang n beli tilam baru je.....stress, dah xda idea nk buat apa...umah saya tilam aje yg kena setakat ni...Alhamdulillah tp masalah masih xsettle...mungkin sebab umah flat lama? ada apa2 idea lagi tak?? dah buntu....
Tanpa Nama berkata…
Cuba cara ini, bila terjumpa pijat, tangkap dan simpan di dalam botol dan biarkan. Pelan2 pijat semua hilang. Saya sudah cuba dan alhamdulillah terbukti lulus.
Unknown berkata…
Ada petua ke yg bole membantu menghapuskan pijat ni... sblm ni ingat sebab kucing kena bintat2.. pg td letak hp atas carpet menari2 pijat atas hp... baru perasan pijat punye angkara rupanye...
babygurl berkata…
Kawan saya share katanya letak daun-daun kaduk kat sekitar tilam kita tuh. daun kaduk ni banyak menjalar kat tanah rupanya macam daun sirih. dulu sy selalu guna halau kt rumah, alhamdulillah 2-3 kali letak terus hilang. nak tanam pokok ni pun mudah. Selamat mencuba!
Tanpa Nama berkata…
Alhamdulillah operasi menentang pontinak malam ni selesai sekejap tadi. Memang kebal.. ridsect tak jalan. Saya google, dapat info dari sorng bro tu - guna spirit/thinner. Seronok dapat bunuh pontianak & keturunannya tu. Segenap tulang tilam aku spray dengan spirit. Sakit hati twngok perut masing2 kembong ada darah aku. Harap malam ni dapat tidur lena.
ziey berkata…
Jangan tido pakai tilam, toto, tido atas lantai je la… pasti xde pijat..hehehe
Unknown berkata…
Biar betol..ni mcm kira sumpahan dia kot..x pe balik keje nnt siap sy kerjakn dia...
MisakiPureBlood berkata…
serius? uwaaaaaaa... agas2 ni baru menyerang kowt dkat rumah.. tahun ni baru kena.. gatal ya amat.. habis merah kaki, tangan semua.. dah tak larat lagi dah nak tahan.. TT^TT
Unknown berkata…
Cara halau pijat mudah saja , buka pintu rumah bg dia bekalan darah untuk berhijrah kerumah lain dan cakap terima kasih menginap dirumah kami
Unknown berkata…
Pijat cilake , tidur tak senang . Dah la ada baby baru berusia 3 hari . Satu malam pegang touchlight cari atas tilam , hasilnya smua besar2 . Bila terasa gatal terus capai touchlight dan check . Hasilnya mmg ada . Aku haramkan darah aku kau hisap . Hahahahaha
Unknown berkata…
Saya da cuba....memang betul
Tanpa Nama berkata…
ada petua satu lg org tua tua kata ambill tga ekor pijat bwa pegi jauh jauh ke tempat lain nt semua pijat ak ikut keluar. tah btl ke tak tp boleh cubalah