Hentikan Anai-Anai: Elakkan Mereka Membiak Dekat Rumah Anda

Imej
Anai-anai adalah perosak yang tidak kelihatan tetapi menyebabkan kerosakan bernilai berbilion dolar setiap tahun. Walaupun anda mungkin tidak melihat mereka bekerja, rumah anda mungkin menjadi sasaran mereka seterusnya. Namun, pencegahan anai-anai adalah sesuatu yang dapat anda kendalikan. Dengan mengambil beberapa langkah mudah sekarang, anda boleh mengelakkan tekanan dan beban kewangan akibat serangan anai-anai di kemudian hari. Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan anai-anai daripada berkembang biak dekat rumah anda. 1. Kawal Kelembapan: Anai-Anai Suka Air Anai-anai berkembang dengan baik di persekitaran lembap kerana kayu basah adalah sumber makanan utama mereka. Menjaga rumah anda kering adalah salah satu cara terbaik untuk menghalang perosak ini daripada menetap. Betulkan Kebocoran Dengan Segera: Tiada Air Untuk Perosak Periksa paip, atap, dan asas rumah anda secara berkala untuk memastikan tiada kebocoran. Seba...

Racun Basmi Serangga Perosak Jenis Premise SC 200

Terdapat banyak jenis racun serangga perosak yang digunakan untuk mengawal serangga. Salah satu racun serangga yang digunakan untuk membasmi serangga Anai-Anai ialah, Premise SC 200.

premise sc 200

Racun serangga ini adalah salah satu-satunya pilihan terbaik dan berkesan serta mampu membunuh serangga Anai-Anai. Ianya tidak berbau malah mesra pengguna dan tidak merbahaya terhadap tumbuh-tumbuhan, manusia, alam sekitar dan sangat sesuai untuk menghapuskan Anai-Anai.

Walaupun racun serangga jenis Premise SC 200 ini agak mahal namun, kebanyakan Syarikat Pest Control atau Kawalan Serangga akan menggunakan racun ini untuk merawat kawasan yang diancam atau yang terlibat dengan serangan serangga Anai-Anai.

premise sc 200 racun serangga kawalan anai-anai

Di Malaysia, racun serangga jenis Premise SC 200 disukatkan hanya 1 Liter untuk satu botol dan terdiri daripada racun serangga jenis kelas III yang tidak merbahaya.

Apakah Fungsi Racun Serangga Premise SC 200 ini?

Penggunaan racun serangga Premise SC 200 ini amat berkesan jika digunakan dalam kaedah rawatan pemulihan tanah atau Corrective Soil Treatment (C.S.T) Ia berfungsi apabila racun yang disuntik akan menyerap dibawah setiap lantai bangunan dan terus meresap ke bahagian tanah.

Dengan tersebarnya racun ini pada bahagian-bahagian yang dirawat, Anai-Anai yang menyerang masuk akan terkena perangkap ini tanpa ia sedar dan membawa penyakit kepadanya. Selepas beberapa minggu Anai-Anai yang terkena racun ini akan mati secara beransur-ansur.

Kesan dan fungsinya amat baik sekali bagi setiap rumah atau kediaman yang telah dihuni oleh serangga perosak Anai-Anai. Berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri, rumah dan kediaman yang dengan menggunakan racun Premise SC 200 lebih berkesan untuk tempoh jangka panjang. Keberkesananya terbuki dan ditambah dengan jaminan selama 2 - 5 tahun.