7 Kaedah Berkesan Kawal & Hapuskan Semut di Rumah

Imej
Kawal dan Hapuskan Semut topik yang akan dibincangkan disini. Semut mungkin kecil, tetapi bila ia mula ‘menjajah’ rumah – terutama di dapur, ruang tamu, dan bilik air – ia boleh jadi sangat menjengkelkan. Nasib baik, ada pelbagai cara berkesan untuk menghapuskan semut, termasuk kaedah semula jadi dan penggunaan produk kawalan serangga seperti Cislin 25SC. Dalam artikel ini, kami kongsikan 7 kaedah berkesan untuk membantu anda mengawal dan menghapuskan semut di rumah. 1. Kenal Pasti Punca dan Laluan Semut sebelum Anda mula Kawal & Hapuskan Semut Langkah pertama sebelum membasmi semut ialah mengenal pasti dari mana mereka datang. Cari retakan di dinding, celah tingkap, atau kawasan sinki yang menjadi laluan utama. Bila laluan ini dikenalpasti, lebih mudah untuk meletakkan perangkap atau semburan di tempat yang tepat. 2. Guna Kaedah Semula Jadi untuk Hapuskan Semut – Cuka & Air Cuka putih adalah bahan dapur yang sangat berkesan untuk menghalau semut. Campurkan: 1 Bahagian cuka put...

Racun Basmi Serangga Perosak Jenis Premise SC 200

Terdapat banyak jenis racun serangga perosak yang digunakan untuk mengawal serangga. Salah satu racun serangga yang digunakan untuk membasmi serangga Anai-Anai ialah, Premise SC 200.

premise sc 200

Racun serangga ini adalah salah satu-satunya pilihan terbaik dan berkesan serta mampu membunuh serangga Anai-Anai. Ianya tidak berbau malah mesra pengguna dan tidak merbahaya terhadap tumbuh-tumbuhan, manusia, alam sekitar dan sangat sesuai untuk menghapuskan Anai-Anai.

Walaupun racun serangga jenis Premise SC 200 ini agak mahal namun, kebanyakan Syarikat Pest Control atau Kawalan Serangga akan menggunakan racun ini untuk merawat kawasan yang diancam atau yang terlibat dengan serangan serangga Anai-Anai.

premise sc 200 racun serangga kawalan anai-anai

Di Malaysia, racun serangga jenis Premise SC 200 disukatkan hanya 1 Liter untuk satu botol dan terdiri daripada racun serangga jenis kelas III yang tidak merbahaya.

Apakah Fungsi Racun Serangga Premise SC 200 ini?

Penggunaan racun serangga Premise SC 200 ini amat berkesan jika digunakan dalam kaedah rawatan pemulihan tanah atau Corrective Soil Treatment (C.S.T) Ia berfungsi apabila racun yang disuntik akan menyerap dibawah setiap lantai bangunan dan terus meresap ke bahagian tanah.

Dengan tersebarnya racun ini pada bahagian-bahagian yang dirawat, Anai-Anai yang menyerang masuk akan terkena perangkap ini tanpa ia sedar dan membawa penyakit kepadanya. Selepas beberapa minggu Anai-Anai yang terkena racun ini akan mati secara beransur-ansur.

Kesan dan fungsinya amat baik sekali bagi setiap rumah atau kediaman yang telah dihuni oleh serangga perosak Anai-Anai. Berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri, rumah dan kediaman yang dengan menggunakan racun Premise SC 200 lebih berkesan untuk tempoh jangka panjang. Keberkesananya terbuki dan ditambah dengan jaminan selama 2 - 5 tahun.