Ads 468x60px

Belajar Gitar Cara Pantas

04 Ogos 2009

Pakar Kawalan Anai-Anai Betul ke Nie? Jom Kita Tinjau.

Iklan kawalan Anai-Anai Blog Kawalan Serangga
Kalau kita tengok iklan-iklan yang tersangkut dekat pokok-pokok disekitar Johor Bahru memang banyak.

Iklan seperti ini bersepah walaupun kemana saja tempat yang kita pergi pasti akan menjumpainya.

Persoalannya siapa pemilik iklan itu ya? Entahlah tak tahulah plak? Betul ke mereka nie pakar anai-anai? Tapi mengapa ramai orang komplen dengan kaedah dan cara rawatan pembasmian serangga anai-anai yang dilakukan oleh mereka yang bergelar pakar anai-anai?

Apakah kaedah yang ini betul-betul mengikut cara yang sepatutnya dilakukan oleh pakar-pakar kawalan anai-anai? Kalau betul mereka pakar kawalan anai-anai dah tentu rawatan kawalan serangga yang dibuat berkesan 100%.

Tapi kenapa masih ada lagi ada anai-anai yang aktif walaupun rawatan telah dibuat. Tentu ada silapnya. Tapi dimanakah silapnya???

Kalau kita lihat iklan-iklan tu memang mereka nie macam seorang yang pakar. Namun kebanyakan rawatan yang dijalankan tiada mendatangkan apa-apa kesan langsung. Masalahnya dah ramai orang yang terkena dan tertipu dengan iklan-iklan yang bersepah-sepah di sekitar Johor Bahru.

Jom apa kata kita tinjau dimanakah silapnya. Bagaimana anda boleh tentukan rawatan kawalan anai-anai yang paling berkesan. Baiklah sebelum anda memilih mana-mana syarikat kawalan serangga pastikan anda mengetahui latar belakang syarikat itu. Jangan main redah je!!!

Nanti menyesal tak sudah. Bayar mahal-mahal tapi cara pembasmian serangga yang dilakukan tidak menjadi.

Jadi anda perlu tahu siapa mereka. Adakah mereka menyembunyikan identiti mereka dengan nama pakar kawalan serangga atau pakar kawalan anai-anai. Ingat sesiapapun boleh mengunakan nama ini. Tapi belum tentu apa yang mereka buat menjadi dengan sempurna.

Setelah anda kenal diri mereka anda juga perlu tahu berapa banyak pekerja mahir yang dimiliki oleh syarikat itu. Atau syarikat itu hanya memiliki tenaga kerja yang baru yang sentiasa diperbaruhi sepanjang masa.

Ini penting! Elakan jika syarikat tersebut sentiasa bertukar-tukar pekerja baru. Kenapa? Jika pengendali racun serangga yang dihantar kerumah anda adalah orang yang baru kerja sehari dua dah tentu cara pembasmian kawalan serangga akan bermasalah. Mahukah rumah anda dikendalikan oleh mereka yang tidak mahir dan tidak terlatih?

Bukan itu sahaja! Anda juga perlu tahu apakah jenis bahan kimia atau racun serangga yang digunakan untuk rawatan yang dijalankan dirumah anda. Ingat pegawai pemasaran kawalan serangga mungkin sengaja menyembunyikan rahsia ini daripada pengetahuan anda.

Jadi jika anda bertanya kepada pegawai kawalan serangga apakah jenama produk bahan kimia yang digunakan dah tentu ia tidak boleh menipu anda. Pertanyaan ini seolah-olah anda telah tahu tentangnya walaupun anda tidak tahu langsung tentang apa-apa produk.

Saya percaya pegawai pemasaran kawalan serangga ini akan bercakap perkara yang benar kerana ia menyangka anda benar-benar sudah tahu akan perkara itu.

Nasihat saya hati-hati dengan iklan-iklan yang digantung dipokok-pokok. Anda boleh survey dulu dan jangan buat keputusan apa-apa, nanti anda juga yang menyesal. Tak salah kalau bertanya dan fikir baru buat keputusan.

Ingat sekali lagi pesanan saya, sebab saya kenal mereka siapa mereka disebalik iklan-iklan kawalan serangga di pokok-pokok itu dan saya tahu kerana saya juga tinggal di Johor Bahru.

Tapi bukan semua, ada segelintir sahaja yang tidak boleh anda percayai. Sebagai manusia kita harus bijak sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan hanya pandang pada kecantikan sahaja atau hanya memandang luaran tetapi hakikatnya didalamnya anda tidak pasti.

Seperti yang telah saya katakan tadi anda perlu memandang semua aspek bukan dari satu sudut sahaja. Anda perlu bertanya sehingga anda rasa puas hati. Sebab ada syarikat yang memiliki kelengkapan yang cukup canggih untuk mengawal atau membasmi serangga perosak.

Tetapi tiada pakar atau pekerja yang mahir untuk mengendalikan kelengkapan canggih yang dimmiliki oleh syarikat itu.

Jadi apa gunanya semua itu. Samalah juga sebuah kapal terbang jika tiada pemandu yang tahu memandu kapal itu macam mane kapal itu boleh terbang. Adakah kapal itu boleh terbang tanpa pemandu.

Jadi kesimpulannya disini ialah syarikat pest contol bukan hanya memerlukan kelengkapan yang canggih tetapi memerlukan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikan kelengkapan itu.

Perkara yang penting ialah pengalaman pekerja mahir itu sendiri yang menjadi perkara yang paling utama. Anda masih boleh memilih syarikat yang mengantungkan iklan-iklan kawalan serangga dipokok-pokok tetapi harus selidik dahulu latar belakang syarikat tersebut.

Jika anda tidak tahu apa-apa tentang serangga terutamanya masalah ancaman anai-anai, anda boleh hubungi saya dan dengan ikhlas saya akan cuba membantu. Anda boleh hubungi saya melalui email: termitecontrol99@yahoo.com.my



Atau anda juga boleh dapatkan bantuan daripada saya secara peribadi untuk menyelesaikan masalah serangga anai-anai. Sekali lagi saya ingatkan hati-hati dengan iklan-iklan kawalan serangga yang tergantung dipokok-pokok yang tersebar disekitar Johor Bahru.

4 ulasan:

samagreen berkata...

Salam Sdr MA,

Teman berminat nak tahu pasal pengawalan anai2 guna sistem 'umpan'? cara ni lebih mesra-pengguna dan mesra-alam!!

Boleh sdr beri info mengenainya?

asmid berkata...

Wsalam,

Kebaikan kawalan guna sistem umpan memang baik. Tp bukan semua kaedah itu boleh dilakukan disemua tempat. Tempat yang sesuai adalah ditempat mempunyai anai2 aktif sahaja. (anai2 hidup)

Dgn adanya anai2 aktif, maka umpan yg dipasang akan dibawa balik oleh pekerja anai2 kesarang dan dijadikan makanan untuk pemasuri.

Tapi kalau umpan anai2 dipasang pada tempat yang tidak ada anai2 aktif, ia tidak dapat memerangkap serangga itu.

wan berkata...

salam
en Asmid
saya tak tahu rumah yang saya baru beli ada anai2 ke takde.
ada petua bagaimana utk tahu yang rumah kita ada anai2 atau tidak?

asmid berkata...

Wsalam En. Wan

Petua utk tahu cara anai-anai ada atau tidak di rumah kita tu, rasanya tak de...

Cuma apa yang boleh kita lihat ialah sekitar tempat tinggal kita. Jika jiran sebelah, depan atau belakang rumah kita tu ada anai2, makna rumah kita mungkin akan terlibat juga.

Cuma belum sampai masanya. Bila pulak rumah kita akan kena. Kalau nak tahu lebih lanjut cuba tanya jiran-jiran tu dulu...

Mungkin dpt jawapanya...

 

Iklan Blog

Rahsia Tarik Duit

Cara Jimat Elektrik
Panduan Dekorasi

Produk Terbaik

Pengurusan Masa
Panduan Bisnes Tshirt
Panduan Asas Paypal
Rahsia Pasangan