Ads 468x60px

Belajar Gitar Cara Pantas

28 Oktober 2011

Menghalang Kerosakan di Sebabkan Anai-Anai!!

Logo Kawalan Anai-Anai
Blog Kawalan Serangga Anti Anai-Anai.
Serangan anai-anai biasanya sukar dikesan dan dihapuskan. Ia juga dapat menyebabkan banyak kerosakan terhadap permis-premis, dan kediaman, terutama terhadap bahan binaan yang diperbuat daripada kayu. Sama seperti kebanyakkan masalah penyakit dan sebagainya.

Kaedah terbaik untuk mengatasi masalah serangan anai-anai adalah dengan menghalang jangkitan pertama daripada terus merebak ke bahagian lain.

Jika struktur rumah yang diserang dengan serangga anai-anai dibiarkan, bermakna beribu-ribu ringgit terpaksa dikeluarkan untuk kos baik pulih kerosakan.

31 Julai 2011

Mengawal Anai-Anai Dengan Kaedah Suntikan

Kaedah kawalan Anai-Anai Rawatan Tanah.
Kaedah suntikan adalah salah satu kaedah rawwatan tanah yang paling berkesan bagi mengawal pembiakan anai-anai daripada terus merebak.

Ia menjadi pilihan yang paling sesuai kerana bahan kimia anti anai-anai yang disuntik mampu bertahan dengan lebih lama dibawah lantai sesebuah bangunan.

Jangka masa bahan anti anai-anai yang disuntik dapat bertahan lebih lama (3 hingga 5) tahun.

Selain daripada kos yang diperlukan lebih murah daripada sistem kaedah pengumpanan anai-anai, ramai yang memilih kaedah suntikan sebagai pilihan terakhir untuk mereka.

27 Januari 2011

Mengawal Lalat - 5 Cara Mudah Untuk Hindari Lalat

Lalat rumah
Lalat biasanya menyerang rumah di musim panas dan dalam beberapa kawasan kita biasa lihat, mereka semua berterbangan sepanjang tahun.

Rumah yang berhampiran dengan ladang ternakan haiwan lebih terdedah dengan ancaman lalat berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Dan sayangnya, hari ini kaedah biasa sudah tidak dapat digunapakai bagi mengawal lalat dan sudah tidak berfungsi sama sekali! Dalam artikel ini saya akan memberitahu anda lima cara yang pasti untuk menghidari dari ancaman lalat dengan cepat.

11 November 2009

Kategori Serangga Perosak Yang Menghisap Darah

Pepijat katil
Sekali pandang bentuk serangga ini memang geli dan menggerunkan. Tetapi itulah bentuk dan rupa sebenar serangga yang dahaga darah haiwan dan manusia. Nama saintifik serangga ini dikenali dengan nama 'Cimex Lectularias'.

Kita biasa panggil serangga ini dengan nama 'Pepijat'. Kategori serangga ini tidak bersayap, berwarna coklat dan memiliki bentuk tubuh badan yang nipis.

Sesiapa mungkin boleh menjadi mangsa pada waktu malam kerana pada waktu itu serangga ini akan keluar untuk mencari makanan. Makanan utamanya ialah darah, tidak kira darah haiwan atau manusia.

08 November 2009

Kawalan Serangga Untuk 3 Jenis Spesies Tikus

Masalah tikus bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Malah ia boleh menjadi lebih serius jika ia dibiarkan. Oleh itu, apa tindakan yang sepatutnya dan apa yang harus dilakukan sebelum semua tikus-tikus ini menganggu ketenteraman kediaman anda.

Berikut adalah hal-hal yang akan dikongsikan dengan anda...

Tikus boleh membawa penyakit yang merbahaya terhadap manusia dan sentiasa berwaspada terhadap perangkap dan umpan. Kebiasaannya tikus ini di kenali dengan beberapa nama seperti, tikus rumah, tikus bumbung dan tikus norway.

31 Ogos 2009

Bahaya! Struktur Bumbung Rosak Disebabkan Anai-Anai.

Iklan kawalan Anai-Anai
Tidak kira samada anda baru memiliki rumah yang baru atau rumah yang telah diduduki pastinya

anda mesti membuat persedian pencegahan anai-anai. Lakukan sebelum pembiakan serangga ini merebak ke bahagian yang lain.

Jika peringatan ini tidak diendahkan maka makin sukarlah anda untuk mengawal keadaan ini ketika pembiakannya semakin banyak. Semakin hari anda membiarkan anai-anai yang datang maka anda juga akan menghadapi masalah yang lebih besar dan pada ketika itu pembiakan anai-anai ini mula merebak keseluruh tempat.

04 Ogos 2009

Pakar Kawalan Anai-Anai Betul ke Nie? Jom Kita Tinjau.

Iklan kawalan Anai-Anai Blog Kawalan Serangga
Kalau kita tengok iklan-iklan yang tersangkut dekat pokok-pokok disekitar Johor Bahru memang banyak.

Iklan seperti ini bersepah walaupun kemana saja tempat yang kita pergi pasti akan menjumpainya.

Persoalannya siapa pemilik iklan itu ya? Entahlah tak tahulah plak? Betul ke mereka nie pakar anai-anai? Tapi mengapa ramai orang komplen dengan kaedah dan cara rawatan pembasmian serangga anai-anai yang dilakukan oleh mereka yang bergelar pakar anai-anai?

23 Julai 2009

Adakah Anda Di Tipu Oleh Pegawai Pemasaran Kawalan Serangga

Gambar contoh
Jangan percaya jika anda didatangi oleh pengawai pemasaran kawalan serangga yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu anda. Mulut mereka memang manis, semua cerita yang disampaikan kepada anda macam betul je.

Mereka ini penipu besar. Suka mengambil kesempatan kepada anda yang mungkin tidak tahu tentang kaedah kawalan serangga yang berkesan. Mereka akan memperbodohkan anda dengan menjanjikan anda sesuatu yang tak masuk akal dan cerita-cerita yang tidak logik. Akhirnya setelah anda bersetuju dan ikut apa sahaja temberang mereka, anda akan mula kecewa.

21 Julai 2009

Bagaimana Syarikat Pest Control Mengawal dan Menghalau Kelawar???

Mengawal dan Menghalau Kelawar
Alamak ada kelawar plak kat rumah aku. Masalah nie. Macam mane err???. Ala senang aje. Panggil Pest Control untuk selesaikan masalah ini. Biar mereka uruskan semuanya. Kemudian bayar berapa sahaja caj yang Syarikat Pest Control kenakan. Selesai masalah!

Ini jawapan orang yang malas atau orang yang banyak duit. Tapi bagaimana pula dengan sesetengah mereka yang tiada duit untuk membayar upah yang tinggi untuk mengawal dan menghapuskan burung kelawar yang suka berkongsi tempat tinggal bersama anda.

03 Julai 2009

Bagaimana Pengusaha Kawalan Serangga Membunuh Anai-Anai

Jangan putus asa jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah ancaman anai-anai yang aktif disekitar rumah anda.

Sememang ada cara-cara yang harus anda pelajari bagaimana cara menghapuskan anai-anai serta usaha yang boleh anda lakukan sekarang adalah cara untuk menyelamatkan segala harta benda dari ancaman serangga tersebut.

Pemilik rumah seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan jika mereka telah mengesyaki wujudnya serangan serangga anai-anai di sekitar rumahnya. Sekalipun jika anda menganggap ianya tidak berlaku, namun anda juga harus tahu cara bagaimana mengesan kewujudan serangga anai-anai tersebut.
 

Iklan Blog

Rahsia Tarik Duit

Cara Jimat Elektrik
Panduan Dekorasi

Produk Terbaik

Pengurusan Masa
Panduan Bisnes Tshirt
Panduan Asas Paypal
Rahsia Pasangan