Adakah Anda Di Tipu Oleh Pegawai Pemasaran Kawalan Serangga

Jangan percaya jika anda didatangi oleh pengawai pemasaran kawalan serangga yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu anda. Mulut mereka memang manis, semua cerita yang disampaikan kepada anda macam betul je.

Mereka ini penipu besar. Suka mengambil kesempatan kepada anda yang mungkin tidak tahu tentang kaedah kawalan serangga yang berkesan. Mereka akan memperbodohkan anda dengan menjanjikan anda sesuatu yang tak masuk akal dan cerita-cerita yang tidak logik. Akhirnya setelah anda bersetuju dan ikut apa sahaja temberang mereka, anda akan mula kecewa.

Tahukah anda apa tujuan mereka yang sebenar? Mereka mahu anda menjadi pelanggan untuk khidmat kawalan serangga yang mereka tawarkan. Tak kisahlah kalau apa yang dikatakan semuanya betul. Tapi masalahnya adakah janji mereka betul.

Anda mungkin yakin kerana mereka berpakaian kemas. Anda mungkin percaya mungkin mereka adalah pegawai pemasaran kawalan serangga yang bertauliyah. Anda juga percayakan mereka, kerana mereka ada kedudukan yang tinggi disesebuah syarikat itu. Jadi anda tak hirau dan tak kisah apapun saranan yang mereka berikan.

Tapi tahukah anda mereka hanya tahu 'teori' sahaja bukan praktikal. Kalau hanya teori macam mana pula keberkesanan kaedah itu dapat dibuktikan. Setahu saya teori adalah sesuatu pengetahuan yang boleh diperolehi melalui pembacaan buku-buku. Teori juga boleh diperolehi daripada panduan dan keterangan sahaja. Macam mana pula mereka boleh katakan kaedah yang mereka gunakan benar-benar berkesan.

Saya bagi contoh, katakan anda bertanya kepada saya bagaimana nak buat rawatan kawalan anai-anai dirumah saya? Kalau boleh saya nak cuba lakukan sendiri. Boleh tak bantu saya dengan memberikan panduan dan sedikit keterangan. Saya jawab boleh. Kemudian sayapun memberikan panduan-panduan dan keterangan lengkap dengan langkah demi langkah apa yang patut anda lakukan terlebih dahulu.

Setelah semua maklumat dan panduan diberikan. Tapi bolehkah anda lakukan perkara yang sebelum ini belum pernah anda lakukan. Jawapannya sudah tentu tidak. Jadi mengapa kita harus percaya dengan mereka yang kaya dengan teori sahaja.

Jadi teori tidak akan dapat membuktikan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan itu betul. Tetapi pada hari ini ramai pegawai pemasaran kawalan serangga yang hanya tahu kaedah kawalan serangga cuma berdasarkan teori semata-mata.

Mereka mempunyai helah dan tipu daya yang boleh memukau anda supaya hasratnya tercapai. Apa yang penting mereka berjaya membawa pelanggan baru kepada Syarikat mereka. Kononnya perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan terjamin.

Tapi dimanakah kualitinya? Adakah kualiti itu boleh dibuktikan dengan kata-kata? Adakah kualiti kerja hanya perlu memandang mereka yang berpakaian kemas seperti mereka? Jadi siapa yang mempunyai kelebihan berbanding dengan pegawai pemasaran kawalan serangga.

Jawapan saya ialah juruteknik atau dalam bahasa lain ialah 'technician'. Mereka bukan sahaja tahu tentang kaedah yang berkesan mengawal serangga perosak malah telah mahir dengan tugas-tugas membasmi serangga.

Mengapa juruteknik mempunyai kelebihan berbanding dengan pegawai pemasaran? Sebab sejak awal lagi juruteknik yang menjalankan tugas-tugas ini telah melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan secara berulang-ulang kali dengan kerja yang sama, kita akan memperolehi banyak kepandaian. Dan apabila kita melakukan kerja-kerja yang sama berulang-ulang kali kita juga akan menjadi lebih mahir.

Apabila telah mahir dan pandai barulah layak bergelar pakar. Apa yang kita praktikkan itulah yang dinamakan praktikal. Melakukan kerja-kerja yang sama secara berulang-ulang kali.

Tapi pakar-pakar kawalan serangga pada hari ini terdiri dari syarikat yang memiliki tenaga kerja atau juruteknik yang baru. Mengapa ini terjadi? Sebabnya mereka tidak perlu bayar gaji yang tinggi kepada juruteknik yang telah mahir.

Syarikat kawalan serangga akan membuang atau mengantung juruteknik yang lama dan mengantikan dengan juruteknik baru. Tapi boleh ke juruteknik baru mengambil tugas-tugas yang telah bertahun-tahun dilakukan oleh juruteknik lama. Adakah juruteknik yang baru dapat menguasai kemahiran yang setanding dengan juruteknik lama? Cuba fikirkan....

Jadi jika anda didatangi oleh pegawai pemasaran kawalan serangga, saya nasihatkan hati-hati. Kenapa? Anda perlu selidik dahulu latar-belakang syarikat sebelum apa-apa perkara buruk berlaku. Sesiapapun boleh mengaku syarikat mereka adalah pakar kawalan serangga.

Tetapi disebaliknya usaha mereka bergantung kepada juruteknik yang bertugas. Jika syarikat itu memiliki juruteknik baru, saya harap lupakanlah khidmat syarikat tersebut.

Soalnya bukan saya mahu ceritakan siapa yang lebih mahir atau siapa yang lebih pandai. Tapi apa yang saya katakan ini ialah pegawai pemasaran kawalan serangga sengaja menyembunyikan sesuatu yang anda semua tak tahu.

Seolah-olah mereka macam nak menipu kita plak. Mereka akan katakan servis kawalan serangga yang mereka tawarkan adalah yang terbaik. Sedangkan syarikat mereka kekurangan kakitangan yang mahir. Syarikat mereka tidak memiliki tenaga kerja yang telatih. Bila tiada tenaga kerja atau pengendali racun serangga yang cekap dah tentu semua servis anti serangga yang dijalankan tidak menjadi.

Baiklah saya akan berikan satu contoh. Katakan anda telah bersetuju menerima tawaran dari pegawai pemasaran kawalan serangga untuk melakukan rawatan kawalan serangga ditempat anda. Saya ambil contoh rawatan pembasmian anai-anai.

Kemudian mereka akan hantar pengedali racun serangga yang baru kerja seminggu. Lepas 3 hingga 4 bulan anda menemui anai-anai yang masih lagi aktif. Apa perasaan anda ketika itu? Kalau servis percuma anda boleh jawab tak kisah. Tapi kalau bayar mahal-mahal dah tentu anda akan mula rasa kecewa.

Kaedah rawatan kawalan serangga yang dilakukan juga adalah sama seperti mana-mana syarikat kawalan serangga yang lain. Tapi apa yang menghairankan kenapa syarikat lain boleh lakukan kaedah rawatan kawalan serangga yang sama tetapi berkesan.

Saya rasa tak perlu lagi nak cerita panjang lebar disini. Apa yang penting jika rumah anda ada masalah anai-anai dan anda telah mendapatkan khidmat dari mana-mana syarikat kawalan serangga yang diperkenalkan oleh pegawai pemasaran syarikat itu.

Kemudian syarikat itu menghantar pengendali kawalan serangga baru. Mungkin rawatan kawalan serangga yang dijalan itu tidak berkesan dan mungkin bertambah lebih buruk.

Sebelum saya tamatkan penulisan ini, ingin saya nasihat selidik dulu latar belakang pegawai pemasaran dan syarikat kawalan serangga itu terlebih dahulu. Pilihlah syarikat yang memiliki juruteknik kawalan serangga yang mahir.

Juruteknik yang mahir merupakan tulang belakang kepada sesebuah syarikat kawalan serangga. Tanpa juruteknik yang mahir syarikat tersebut bukan lagi pakar serangga.

Sekian dulu dan jumpa lagi....


Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga


Ps. Anda boleh mengubungi saya melalui email termitecontrol99@yahoo.com.my atau anda juga boleh menghubungi saya ditalian 016-758 3483.

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Strategi Berkesan untuk Mencegah Anai-Anai di Rumah Anda

Mencegah anai-anai adalah aspek penting dalam menjaga keselamatan dan integriti struktur rumah. Kehadiran anai-anai boleh menyebabkan kerosa...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com