Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai Dengan Mudah

cara mengesan kehadiran anai-anai

Ini adalah panduan dan cara mengesan kehadiran anai-anai ataupun ulat kayu yang ada didalam rumah. Carannya hanya memerhatikan berapa tanda supaya dapat menyelamatkan harta benda berharga dari serangan perosak ini.

Tanda biasa, tanah basah yang menjalar pada kabinet kayu, pintu, dan tingkap merupakan petanda awal yang mungkin rumah anda disyaki diserang oleh makhluk perosak terutamanya anai-anai.

Dalam posting kali ini, kita akan membincangkan cara-cara, bagaimana menjejaki kehadiran anai-anai secara Do-It-Yourself (DIY). Cuba periksa ada tak tanda-tanda aneh pada kabinet dapur, bingkai pintu, tingkap, dan tempat lain didalam rumah. Penemuan tanah lumpur yang menjalar, ini mungkin menjadi petunjuk bahawa anai-anai telah membiak didalam kawasan rumah anda.

cara mengesan anai-anai

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti. Sila periksa sendiri dengan menggunakan peralatan yang sedia ada didalam rumah anda seperti berikut

  1. Gunakan pemutar skru untuk menikam bahagian tanah lumpur yang dikesan. Ini dapat membantu mengungkap aktiviti mencurigakan.
  2. Periksa juga tempat-tempat berdekatan dengan tanah lumpur. Jika terdapat kayu yang rosak atau reput, ini mungkin merupakan petunjuk lain kehadiran anai-anai.
  3. Untuk mengesan aktiviti perosak kayu, anda hanya perlu meluangkan sedikit masa pada lapang. Aktiviti anai-anai biasanya dapat dikesan di kawasan yang lembap dan basah.

Jejaki Aktiviti Anai-Anai di Bilik Stor

Tidak hanya itu, anai-anai juga cenderung menyerang bilik stor. Oleh itu, lakukan pemeriksaan berkala jejaki aktiviti anai-anai, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bilik stor yang menyimpan bahan-bahan seperti buku, kotak kertas, dan majalah lama menjadi sasaran utama anai-anai untuk membiak.

Tanda-Tanda Anai-Anai pada Lantai Kayu Di Depan Tandas

Lantai kayu, terutamanya di kawasan lembab seperti depan tandas, juga sering menjadi sasaran serangan perosak kayu. Periksa kayu-kayu lantai dan carilah tanda-tanda kehadirannya secara teratur, terutamanya di kawasan yang lembab dan basah.

Meskipun aktiviti anai-anai mungkin tidak terhad kepada lantai kayu, aktiviti ini juga boleh dikesan di bahagian tangga rumah, frame pintu, tingkap, kabinet dapur, kayu spin serta dikawasan gelap dan lembab. Untuk maklumat lanjut, boleh membaca artikel "Racun Anai-Anai Terbaik Untuk Rumah Anda."

Servis Percuma Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Jika anda memerlukan servis pencegahan anai-anai, sila hubungi kami di talian 016-7583483. Kami sedia membantu menangani masalah serangga perosak untuk anda. Hubungi kami sekarang!