Ada pelbagai cara merawat kawasan yang terkena serangan Anai-Anai. Tapi pada kali ini, saya hanya tuliskan 2 cara untuk basmi anai-anai yang disenaraikan diblog ini.
Kedua-dua cara ini adalah sistem pencegahan serangga perosak yang boleh digunakan dan pilih salah satu cara rawatan hapus anai-anai yang diperlukan sahaja. Berikut adalah 2 cara untuk rawatan anai-anai yang dimaksudkan:
Teknik Kawalan / Rawatan #1. General Pest Control
Rawatan jenis ini merupakan jenis rawatan pembasmian serangga anai-anai yang dilakukan secara berjadual. Dengan menggunakan kaedah rawatan seperti ini, kawalan serangga jenis ini wajib dilakukan mengikut jadual dimana pada setiap bulan atau dua bulan sekali semburan bahan kimia anti anai-anai yang sesuai akan dilakukan secara berkala.
Teknik Kawalan / Rawatan #2. Spot Treatment
Syarikat pakar kawalan serangga yang menggunakan kaedah rawatan Spot Treatment akan menjalankan rawatan pada bahagian yang dikenal pasti sahaja. Mungkin ditempat seranggan Anai-Anai yang aktif, atau pada lokasi yang terlibat sahaja. Ini juga boleh dipanggil rawatan setempat.
Hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja dan tempat-tempat yang disyaki terlibat dengan pembiakan akan dirawat dengan menggunakan kaedah Spot Treatment.
Sebelum rawatan spot treatment dijalankan, pemeriksaan yang teliti akan dibuat dikawasan yang disyaki atau punca serangan serangga anai-anai akan dikesan. Kemudian rawatan Spot Treatment akan dilakukan pada bahagian yang terlibat dengan serangan serangga berkenaan.
Punca pembiakan akan dikenal pasti terlebih dahulu dan laporan kerja akan direkod untuk rujukkan dimasa pemerikasaan berikutnya. Sesetengah syarikat kawalan serangga akan melakukan pemeriksaan selanjutnya pada bulan seterusnya dan rujukan laporan kerja yang lepas amat memerlukan untuk membantu dan meneliti keberkesanan rawatan atau ujian rawatan.
Selain daripada 2 cara yang telah saya katakan ini, terdapat banyak bentuk rawatan dan kawalan serangga. Contohnya sistem pengumpanan, rawatan pemulihan tanah, kaedah suntikan dan lain-lain.
Sistem kawalan serangga yang disenaraikan ini khas untuk mereka yang memerlukan rawatan pembasmian serangga anai-anai dengan caj yang paling murah dan kos yang rendah. Bagi anda yang tidak mempunyai bajet yang cukup, memadai dengan memilih 2 cara yang diterangkan diblog ini.
Tapi saya nasihatkan, rawatan 2 cara ini tidak sesuai untuk jangka masa panjang. Serangan serangga anai-anai akan datang semula apabila rawatan berkala dihentikan.