Pepijat atau nama singkatannya pijat merupakan serangga yang menakutkan bagi sesetengah orang kerana kegemarannya menghisap darah haiwan dan manusia.
Mereka mencari makan pada malam hari dan bersembunyi di celah-celah dinding serta bingkai gambar pada siang hari.
Seekor pijat betina dewasa boleh bertelur lebih dari 200 biji sepanjang hidupnya dan mengeram telur selama 10 hari. Jika tidak dikawal, populasi mereka boleh berkembang dengan cepat.
Bayangkanlah jika terdapat 200 ekor Pepijat betina yang tinggal di dalam bilik anda. Jumlah pembiakannya boleh mencecah sehingga 1000 ekor dan proses pembiakan seterusnya akan menjadi lebih besar.
Jika serangga ini tidak dibasmi dengan segera, ia akan menyukarkan kerja-kerja mengawal dan rawatan pemulihan perlu dilakukan lebih daripada sekali.
Lokasi Pembiakan Pepijat Di Temui
Pepijat boleh ditemui di celah-celah rekahan tembok batu dimana ia adalah tempat persembunyiannya pada siang hari. Pada waktu malam ia akan keluar dan merayap untuk mencari mangsanya yang mungkin sedang nyenyak tidur.
Pada mulanya, gigitan pepijat mungkin tidak terasa apa-apa. Tetapi meninggalkan beberapa tanda. Salah satu tanda kesan gigitan dan bengkak kecil pada seleuruh tubuh badan serta gatal. Mereka kerap bersembunyi di celah-celah dan tditemui disudut rumah.
Langkah-Langkah Pencegahan dan Rawatan Pepijat Tilam
Langkah-langkah untuk menangani serangan serangga pijat termasuk pemeriksaan teliti, penggunaan mesin penyedut habuk, dan pembasmian dengan haba pengering rambut boleh bantu untuk kawal pijat.
Saiz Pepijat dewasa lebih kurang 1/5 gemar menyembunyikan dirinya dicelah-celah kedutan bantal dan tilam. Pepijat juga boleh terus membiak disudut pintu di kawasan perabut dan tingkap serta didalam bilik tidur.
Serangga ini dilihat kecil, tetapi ia adalah sejenis serangga yang dahagakan darah haiwan dan manusia untuk terus hidup. Adakah anda menjadi mangsanya ? Awasi dah berwasapadalah sepanjang malam anda.
4 Cara Mengatasi masalah Serangan Serangga Pijat...
Jika anda mengalami masalah ini sepanjang malam, atasilah dengan segera. Anda perlu membasmi serangga ini dengan cara :
1. Lakukan pemeriksaan diseluruh kawasan yang terlibat.
Sila lakukan pemerikasaan dengan teliti diseluruh tempat dan kawasan untuk mengesan kewujudan serangga ini. Pastikan juga anda memeriksa di setiap celahan-celahan dinding yang retak, di sudut katil, pada bekas lubang paku dan kawasan lain yang disyaki.
2. Gunakan Mesin Penyedut Habuk untuk membersihkan Telurnya.
Jika serangga berkenaan dapat dikesan, sila gunakan mesin penyedut habuk untuk tujuan membersihkan telurnya.
3. Membunuh Pepijat dengan Haba Pengering Rambut.
Gunakan haba pengering rambut untuk membunuh atau menghapuskan pepijat. Samada ia berkesan atau pun tidak itu tidak pasti. Tapi tak salah jika mahu mencuba. Apa yang penting kita telah pun cuba berusaha menyingkirkan serangga ini dari menghisap darah ini. Lakukan ini tanpa menggunakan bahan-bahan kimia yang beracun. Bahan-bahan kimia dan beracun tidak sesuai digunakan kecuali pengendali racun makhlok perosak yang telartih dan profesianal sahaja.
4. Teruskan Pemantauan dan Ulangi proses diatas Pada hari Seterusnya.
Pantau lokasi dan ulangi kaedah yang sama untuk mencegah serangan dimasa depan. Ingat rawatan pencegahan pepijat tidak dapat dihapuskan jika sarang pembiakannya sudah menjadi semakin besar. Proses untuk menhapuskannya perlu dilakukan secara berulang-ulang sehingga semua sarangnya dimusnahkan.
Kesimpulan
Di atas adalah tips dan garis panduan yang boleh anda cuba sendiri. Samada ia berkesan ataupun tidak, ianya hanyalah sebagai panduan sahaja. Apa yang penting sentiasa melalukan pemeriksaan lokasi dimana kah kawasan pepijat bersembunyi. Ambil langkah-langkah pencegahan dengan melakukan rawatan dengan segera. Gunakan peralatan sedia ada dirumah seperti mesin penyedut habuk dan mesin haba pengering rambut untuk menghapuskan sarangnya. Sentiasa lakukan pemeriksaan berkala dan ulangi proses yang sama untuk mencegah serangan pepijat dimasa hadapan.
Jika tidak berkesan, dapatkan khidmat pakar kawalan serangga yang berpengalaman. Ini akan dapat membantu anda dengan menggunakan kaedah lain.
Hubungi perunding perkhidmatan kawalan serangga profesional sekarang!