Panggilan Dari Bukit Dahlia Pasir Gudang

Sejak akhir ini sahaja, saya menerima 2 panggilan daripada pemilik rumah di pasir gudang johor yang mengalami masalah gangguan serangga perosak. Kebanyakannya masalah yang dihadapi oleh pemilik rumah disana ialah gangguan serangga anai-anai.


En. Silvam adalah orang pertama yang meminta saya datang untuk melakukan pemeriksaan dirumahnya. Semasa pemeriksaan dijalankan terdapat banyak kerosakan di beberapa struktur kayu. Katanya bulan lepas dia telah periksa semua tempat tetapi tiada kesan serangan.

Tapi selepas beberapa minggu terdapat kesan tanah pada sudut dinding di bahagian tandasnya.

Saya buat pemeriksaan kerana jiran disebelah rumah saya bertanya, ada nampak anai-anai tak sebab di bahagian dapur rumah saya anai-anai dah buat sarang, kata jiran disebelah rumahnya. Sebab tu saya periksa semua kawasan En. Silvam berkata.

Jadi sekarang saya mahu tahu bagaimana kaedah yang you all buat, kata En. Silvam kepada saya.Banyak juga soalan yang terkeluar dari mulut En. Selvam. Susahjuga nak jawap semua soalan. Antara soalan yang ditanya ialah darimanakah serangga itu datang? Macam mana anai-anai boleh naik keatas sedangkan serangga itu hanya hidup didalam tanah.

Tapi saya cuba fahamkan secara detail dan akhirnya En. Silvam faham juga apabila saya cuba mengulangi semula semua jawapan.Saya cadangkan kepada En. Silvam agar tapak bangunan rumahnya di berikan rawatan tanah. Sebabnya anai-anai yang tinggal dibawah tanah tidak boleh dihapuskan jika ratu anai-anai masih terus hidup.

Ratu anai-anai adalah sejenis sepises serangga yang boleh bertelur sehingga lebih daripada 100 ribu telur dalam satu masa. Sebab itulah kalau kita sembur dengan racun serangga apapun ancaman anai-anai masih juga berlaku.

Sebabnya ratu anai-anai yang masih hidup akan terus betelur. Jika anda hapuskan dengan cara semburan sekalipun, ancaman anai-anai masih berlaku kerana ratu anai-anai tidak mati.

Jadi untuk menghapuskan ratu anai-anai dan pembiakannya ialah dengan menjalankan rawatan soil.

Tujuannya rawatan ini ialah menghasilkan rintangan bahan kimia di bawah slab atau dibawah lantai bangunan rumah yang betindak sebagai penghalang kawasan berkenaan.

Secara ringkasnya bahan kimia (racun anai-anai) akan disuntik dengan alat khas melalui lubang yang dibuat. Lubang akan dibuat terlebih dahulu dilantai berhampiran dengan dinding bangunan.

Bahan kimia yang disuntik disetiap lubang akan dibuat dengan menggunakan mesin pam berkuasa bersama dengan sejenis alat yang bernama injector.

Bahan kimia ini akan terus meresap kedalam tanah dan akan bertindak menghalang serangan serangga anai-anai.Semua kawasan akan mengandungi racun pembasmi serangga. Jika serangga itu melalui kawasan yang mengandungi bahan itu akan terkena racun sekaligus dapat membunuh ratu anai-anai. Ini kerana makanan yang dibawa oleh anai-anai untuk diberikan sang ratu akan dicemari dengan racun yang disuntik itu.

Jadi ratu anai-anai yang tinggal didalam sarangnya akan memakan makanan yang tercemar dengan racun serangga itu. Selepas itu proses peranakan akan terhenti kerana ratu anai-anai telah mati.Itulah sebabnya rawatan jenis corrective soil treatment adalah cara yang terbaik dan berkesan untuk membasmi serangga ini.

Kaedah semburan hanya dapat bertahan untuk sementara waktu sahaja. Ancaman serangga anai-anai akan berlaku jika dengan kaedah semburan. Berbeza dengan kaedah rawatan tanah yang mana bahan kimia atau racun serangga ini akan terus meresap kedalam tanah melalui suntikan. Bailah saya rasa cukup disini dahulu nantikan berita terbaru di lain hari.

Bagi anda yang tinggal di Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang yang kenal En. Silvam boleh bertanya terus dengan dia tentang servis pest control. Adakah ia berpuas hati dengan kaedah rawatan yang saya cadangkan?

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Strategi Berkesan untuk Mencegah Anai-Anai di Rumah Anda

Mencegah anai-anai adalah aspek penting dalam menjaga keselamatan dan integriti struktur rumah. Kehadiran anai-anai boleh menyebabkan kerosa...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com