
Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada rumah anda? Bunyi pelik dari dalam dinding. Itu tanda rumah anda dalam bahaya. Anai-Anai ( a.k.a semut putih ) sedang sibuk mengerjakan sesuatu dirumah anda.
Ini bermakna harta benda anda kini terancam. Sudah pasti kerugian besar akan menimpa anda. Jangan.. katakan jangan. Jangan biarkan ia bermaharajalela dengan melakukan sesuka hati dirumah anda.
Anai-anai adalah serangga kecil yang gemar merosakan kayu-kayu. Kita agak kurang sedar bertapa banyaknya harta benda yang ada didalam rumah diperbuat daripada kayu. Contohnya barangan perabut, kabinet, bingkai pintu, tingkap dan sebagainya.
Ini tidak termasuk kayu-kayu dibahagian bumbung rumah seperti rangka kayu siling, kayu gelegar yang menyokong bumbung. Kalaulah kayu perabut sahaja yang dirosakan itu tak apa. Tapi bagaimana jika kayu penyokong bumbung rosak.
Habislah, bumbung akan runtuh pada bila-bila masa. Mungkin kita tidak sedar bahawa makhluk jahat (anai-anai) datang secara senyap.
Jadi pada post kali ini saya akan kongsikan sedikit tips cara bagaimana mengesan serangga anai-anai. Anda tidak perlu peralatan canggih untuk mengesan serangga ini.
Hanya ada beberapa langkah yang perlu anda buat untuk mencari dimanakah serangga itu bersembunyi. Berikut adalah 3 Tip dan langkah yang perlu anda lakukan:
Periksa Kawalan Lembab dan Sejuk
Mengesan dengan memeriksa diseluruh kawasan yang lembab seperti dibeberapa bahagian di kawasan berhampiran dengan tandas. Kebiasaannya serangga ini akan mula menyerang dikawasan yang lembab dan sejuk. Ianya boleh belaku dikawasan yang berhampiran dengan tandas.
Mengesan Anai-Anai di Kawasan Lantai
Mengesan anai-anai melalui pendengaran. Biasanya kaedah ini boleh dilakukan diwaktu malam sahaja. Hanya pada waktu itu anda dapat mendengar bunyi sesuatu dikawasan yang diserang. Jika rumah anda menggunakan lantai kayu pakir, anda mengesyaki sesuatu telah berlaku, sila periksa kawasan itu dengan segera.
Periksa Bilik Stor
Periksa di kawasan stor atau tempat menyimpan barang yang jarang digunakan. Biasanya dikawasan ini anda jarang masuk dan jarang menggunakan tempat ini. Jika dikawasan tersebut anda ada menyimpan akhbar lama, disitulah tempat utama yang akan menjadi pembiakan serangga tersebut.
Adakah anda rasa puas hati setelah melakukan ketiga-tiga langkah diatas? Atau anda masih tidak yakin dengan langkah-langkah yang diberikan. Jika anda masih tidak yakin dengan langkah-langkah diatas, eloklah bertanya sendiri dengan jiran disebelah rumah anda.
Jika rumah jiran anda ada tanda-tanda pembiakan anai-anai. Rumah anda juga akan menjadi mangsa dan mungkin diancam dengan serangan serangga tersebut jika sampai masanya. Tip terkahir yang boleh membantu anda ialah mengenal pasti lokasi tempat tinggal anda.
Cohtohnya di Johor Bahru terdapat beberapa tempat yang menjadi ancaman serangga anai-anai. Melalui pengalaman saya semasa bekerja di syarikat kawalan serangga.
Boleh dikatakan diseluruh kawasan perumahan baru seperti di Taman Setia Indah, Taman Daya, Taman Delima, Taman Gaya, Taman Pelangi Indah, Taman Bukit Tiram, Taman Johor Jaya, Taman Molek, Taman Bukit Kempas, Taman Impian Emas, Taman Tun Aminah, Taman Sutera, Taman Perling, Bandar Uda Utama, Bandar Baru Uda, Taman Mutiara Rini, Gelang Patah adalah tempat-tempat yang menjadi sasaran serangan anai-anai.
Jika lokasi rumah anda dikawasan yang saya sebutkan diatas. Memang sah rumah anda juga akan menjadi mangsa anai-anai. Saya cadangkan kepada anda dapatkan nasihat daripada pakar-pakar kawalan serangga untuk nasihat percuma daripada mereka dengan segera.
Jika tidak! Kejadian buruk boleh berlaku pada bila-bila masa dan kemungkinan anda juga akan mengalami kerugian yang amat besar. Maksudnya ialah anda terpaksa mengeluarkan bajet yang tinggi untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh serangga anai-anai. Jadi elakkanlah dengan cara berjumpa dengan pakar-pakar kawalan serangga untuk meyelesaikan masalah ini.

Akhir sekali jika anda benar-benar ingin mendapatkan khidmat dan nasihat bolehlah mengubungi saya. Saya akan bantu hapuskan anai-anai dirumah anda.