
Inilah cara pembasmian tikus yang wajib dibuat dirumah anda. Tikus bukan sahaja menjijikkan, malah boleh membawa pelbagai penyakit berbahaya seperti leptospirosis dan salmonella. Selain itu, haiwan kecil ini juga boleh menyebabkan kerosakan besar pada barangan rumah, wayar elektrik, dan makanan yang disimpan. Artikel ini akan bantu anda mengenal pasti punca kehadiran tikus dan kongsikan cara berkesan untuk membasminya — dengan cara yang selamat dan mudah diikuti.
Punca Kehadiran Tikus di Rumah
Sebelum kita fikir nak halau atau bunuh tikus, penting untuk tahu kenapa dan bagaimana tikus boleh datang ke rumah:
1. Sisa Makanan Terbiar
Sisa makanan yang tidak dibuang dengan betul, terutamanya di dapur atau tong sampah terbuka, boleh jadi punca utama. Tikus ada deria bau yang sangat tajam, dan mereka boleh hidu makanan dari jauh.
2. Rekahan dan Lubang di Dinding
Tikus boleh masuk melalui lubang sekecil syiling 50 sen! Lubang di belakang almari, bawah sinki, atau rekahan di dinding rumah jadi laluan popular mereka.
3. Kawasan Lembab & Kotor
Tempat seperti longkang tersumbat, stor lama, atau bilik air yang jarang dibersihkan adalah tempat 'favorit' tikus untuk membiak.
4. Halaman Rumah Tidak Terjaga
Rumput panjang, semak samun atau longgokan kayu/besi buruk di luar rumah juga boleh jadi sarang tikus tanpa disedari.
Tanda-Tanda Kehadiran Tikus
Kalau anda perasan salah satu tanda-tanda ini, besar kemungkinan rumah anda sudah dikunjungi tikus:
- Bau hancing atau busuk yang pelik
- Kesan gigitan pada makanan, kabel atau perabot
- Najis kecil berbentuk bujur
- Bunyi mencakar atau berlari waktu malam
- Jejak kotor di sepanjang dinding atau lantai
Cara Pembasmian Tikus yang Berksan
Sekarang jom tengok cara nak halau dan basmi tikus secara pratikal dan berkesan:
1. Cegah Sebelum Parah
- Simpan makanan dalam bekas tertutup
- Sapu lantai dan lap dapur setiap malam
- Tutup semua lubang atau rekahan dengan jaring besi atau simen
Gunakan Perangkap Tikus
- Perangkap Gam: Murah dan mudah digunakan, tapi hati-hati kalau ada anak kecil atau haiwan peliharaan.
- Perangkap Sangkar: Tikus masuk tapi tak boleh keluar. Sesuai untuk yang tak nak gunakan racun.
- Perangkap Elektrik: Lebih moden dan berkesan, tapi harga sedikit mahal.
Racun Tikus
- Berkesan tapi perlu digunakan dengan cermat.
- Jauhkan dari kanak-kanak dan haiwan perliharaan.
- Pastikan bangkai tikus dibuang segera selepas dijumpai.
Khidmat Kawalan Serangga (Pest Control)
Kalau infestasi terlalu teruk, lebih baik panggil pakar. Mereka tahu lokasi sarang dan guna bahan kimia yang lebih berkesan.
Kaedah Semula Jadi
- Buat pemeriksaan berkala (terutama dapur & stor)
- Pastikan sampah dibuang setiap hari
- Bersihkan longkang dan kawasan luar rumah
- Jangan biarkan makanan terbuka waktu malam
Penutup
Masalah tikus memang menyakitkan hati, tapi dengan langkah pencegahan yang betul dan tindakan pantas, ia boleh dikawal. Yang penting, kekalkan kebersihan dan jangan beri peluang kepada tikus untuk masuk atau membiak.
Kalau anda ada pengalaman sendiri atau petua lain yang berkesan, jangan segan-segan kongsi di ruangan komen. Kita bantu satu sama lain untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas tikus!