Bagaimana Pengusaha Kawalan Serangga Membunuh Anai-Anai

Jangan putus asa jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah ancaman anai-anai yang aktif disekitar rumah anda.

Sememang ada cara-cara yang harus anda pelajari bagaimana cara menghapuskan anai-anai serta usaha yang boleh anda lakukan sekarang adalah cara untuk menyelamatkan segala harta benda dari ancaman serangga tersebut.

Pemilik rumah seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan jika mereka telah mengesyaki wujudnya serangan serangga anai-anai di sekitar rumahnya. Sekalipun jika anda menganggap ianya tidak berlaku, namun anda juga harus tahu cara bagaimana mengesan kewujudan serangga anai-anai tersebut.


Ini merupakan hal yang paling penting, kerana anai-anai dapat membiak dengan cepat dan akan aktif hampir dimana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi semua keperluan rumah anda mengandungi bahan-bahan yang diperbuat daripada kayu. Kawasan yang lembab juga adalah tempat kegemaran serangga ini membiak.

Ada beberapa kes serangan serangga anai-anai yang mungkin gagal dikesan dengan mudah kecuali anda telah menemui beberapa punca utama kerosakan pada beberapa bahagian tertentu seperti serangan dibingkai pintu, tingkap, perabut kayu, kotak, majalah dan akhbar-akhbar yang tersimpan lama di sesuatu tempat.

Jadi bukan mudah untuk anda memeriksa sesebuah kawasan yang terlibat dengan serangan serangga ini, sebelum anda tahu apakah punca-punca berlakunya serangan serangga tersebut.

Punca-punca yang saya maksudkan ialah penemuan sejenis lumpur kering pada bahagian kawasan yang diserang (terowong) yang menghubungkan jalan atau laluan untuk serangga tesebut datang ke tempat-tempat yang mengandungi bahan-bahan yang disebutkan tadi.

Adakalanya agak sukar juga untuk anda mempelajari bagaimana mengesan serangga-serangga seperti ini, jika anda tidak pernah melihat atau tidak kenal bentuk serangga yang dimaksudkan. Jadi cara yang terbaik ialah dapatkan bantuan daripada pengendali yang telah mahir dalam bidang Pest Control merupakan jalan terbaik yang mungkin dapat menyelesaikan ke atas masalah tersebut.

Biasanya pengusaha dalam bidang Pest Control bukan sahaja tahu bagaimana mengesan serangga anai-anai tetapi mereka juga tahu bagaimana merawat kawasan dan tapak bangunan yang terlibat dengan ancaman anai-anai.

Untuk mengesan darimana ancaman anai-anai ini datang merupakan perkara yang mudah bagi sesetengah pengendali yang memiliki pengalaman dan pengetahuan dalam hal ini.

Tapi tahukah anda bukan semua syarikat pengusaha kawalan serangga memiliki pengetahuan dalam hal yang sedemikian. Ada juga syarikat pengusaha kawalan serangga yang hanya tahu merawat tetapi tidak tahu dimana punca ini berlaku.

Mungkin anda juga syarikat pengusaha kawalan serangga yang tahu mengesan serangga anai-anai tetapi rawatan yang dilakukan tidak memberikan apa-apa kesan langsung. Walaupun selepas rawatan yang dijalankan telah dilakukan tetapi rumah anda masih lagi diancaman dengan serangan yang baru.

Mengapa perkara ini masih berlaku?
Jawapanya MUDAH! dan ada beberapa sebab. Dan diantara sebab-sebabnya ialah:

  • Tidak memiliki tenaga kerja yang terlatih dan mahir.
  • Memiliki tenaga kerja yang sambil lewa dan tidak bertangung jawab.
  • Pihak pengurusan bahagian pemeriksaan tidak cekap mengendalikan pekerja.
  • Menipu pelanggan dengan memberikan keyakinan yang tidak munasabah.
  • Tidak menjelaskan jenis bahan kimia yang digunakan untuk rawatan.

dan termasuk lain-lain hal yang tidak dapat saya sebutkan didalam blog ini. Sekiranya anda mahu mendapatkan penjelasan lanjut tentang kaedah yang sebenar yang perlu anda tahu seharus anda perlulah menghubungi kami.

Anda akan dijelaskan dengan lebih terperinci kaedah rawatan yang paling sesuai dan terbaik. Anda juga akan dinasihatkan dengan beberapa maklumat yang tepat dan betul.

Mungkin anda sendiri boleh bertanyakan beberapa soalan yang mungkin anda sendiri kurang faham. Saya sedia memberikan penjelasan yang lengkap dan sebaik yang mungkin. Dengan setiap penjelasan yang diberikan ini juga, anda boleh berfikir dan diberikan masa untuk mempertimbangkan hal-hal ini sehingga anda bersedia untuk membuat pilihan.

Jadi jika anda mempunyai sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi saya ditalian 016-758 3483 dan minta bantuan khidmat nasihat dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Anda juga boleh menghubungi saya melalui email: termitecontrol99@yahoo.com.my. Saya akan cuba membantu anda sedaya upaya yang boleh kerana saya merupakan seorang juruteknik kawalan serangga yang memiliki pengalaman dan tahu dalam hal-hal yang berkaitan dengan serangga anai-anai.

Jangan bimbang saya akan cuba bantu anda bagaimana memilih syarikat kawalan serangga yang memiliki pengetahuan yang tinggi tetapi menawarkan harga yang lebih murah yang dapat menjimatkan kos rawatan.

Itulah serba sedikit nasihat yang mungkin dapat membantu anda sebelum anda membuat sebarang keputusan. Akhir sekali ucapan terima kasih kepada semua pembaca blog ini kerana sudi membaca artikel ini pada post kali ini. Jumpa lagi pada post seterusnya.....

Ikhlas dari,


Mohamad Asmid
Bekas Juruteknik Pest Control

Ps. Terbaru kami telah menambahkan sejenis alat khas yang dapat meningkatkan kualiti kerja. Tiada lagi kerosakan pada permukaan lantai apabila ditebuk dengan mesin gerudi. Bantuan / Perkhdimatan kami: 016-758 3483

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Strategi Berkesan untuk Mencegah Anai-Anai di Rumah Anda

Mencegah anai-anai adalah aspek penting dalam menjaga keselamatan dan integriti struktur rumah. Kehadiran anai-anai boleh menyebabkan kerosa...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com