Mengawal Lalat - 5 Cara Mudah Untuk Hindari Lalat

Cara Menghapsukan dan Pencegahan Lalat Rumah

Lalat biasanya menyerang rumah di musim panas dan dalam beberapa kawasan kita biasa lihat, mereka semua berterbangan sepanjang tahun.

Rumah yang berhampiran diladang ternakkan haiwan lebih terdedah kepada ancaman lalat berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Dan sayangnya, hari ini kaedah mengawal lalat yang biasa sudah tidak lagi berguna dan tidak lagi berfungsi sama sekali! Artikel kali ini akan kongsikan kepada anda 5 cara yang pasti untuk menghindari dari ancaman lalat dengan cepat.

1. Kenal Pasti Tempat

Untuk langkah pertama, sila perlu periksa seluruh rumah dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang menjadi punca pembiakkan lalat ini. Lazimnya, pembiakan lalat boleh berlaku pada tempat-tempat yang kotor dan berbau busuk. Najis haiwan adalah kawasan tumpuannya termasuk termasuklah dikawasan pembuangan sampah

Terdapat juga tempat di mana lalat mungkin dengan mudah masuk ke dalam rumah melalui lubang-lubang atau bahagian retakan kecil yang ada sedikit ruang dibeberapa bahagian rumah anda.. Anda perlu membaiki kerosakan dengan menutup semua lubang-lubang yang ada.! Carilah lubang kecil dan rekahan pada dinding-dinding rumah, dilayar tingkap, pintu, dan sebagainya.

Malah pada celahan yang paling kecil juga membolehkan lalat masuk kerumah anda dengan cara itu juga anda perlu membaikinya semula.

2. Menjaga Kebersihan

Apabila anda mengidentifikasi tempat pembiakan lalat di rumah anda, kini masanya untuk anda mengambil langkah-langkah kebersihan tempat tersebut. Sebagai permulaan, anda perlu memastikan bahawa tempat sampah anda diatur dan disusun dengan betul.

Pastikan tong sampah itu dibersihkan dan perlu dikosongkan. Anda perlu membersihkan sampah anda dan tong sampah secara teratur sebelum anda boleh menggunakannya.

3. Menampal lubang

Adakalanya lalat boleh masuk ke dalam rumah melalui celah-celah cermin tingkap, lubang-lubang tingkap dan melalui pintu yang terbuka atau yang tidak tertutup dengan betul. Tugas anda adalah untuk memperbaiki perkara ini dan pastikan bahawa semua kemungkinan lubang dan retakan pada rumah anda yang tidak tertutup rapat berkemungkinan juga mengundang lalat masuk ke rumah anda.

4. Menggunakan semburan kimia

Anda dengan mudah boleh mendapatkan perkhidmatan Pest Control untuk mengawal lalat. Biasanya Operator Pest Control akan melakukan semburan bahan kimia untuk menghapuskan lalat.

Dengan cara itu sedikit sebanyak lalat akan berkurangan dan jika dilakukan dengan betul akan mendapat kesan yang baik. Tetapi perlu dilakukan dengan mengikut jadual berkala sehinggalah tiada seekor pun lalat yang dapat kita temui.

Tugas ini harus diserahkan kepada Operator Kawalan Serangga berpengalaman. Mungkin nasihat mereka diperlukan agar dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan baik.

5. Umpan Lalat

Umpan lalat tidak selalunya berkesan, tetapi jika anda boleh menggunakannya dengan betul, umpan juga boleh memberikan anda beberapa bantuan. Untuk lebih efektif lagi, anda perlu meletakkan umpan-umpan dilokasi-lokasi strategik, terutamanya berhampiran ditempat bekas-bekas sampah.

Umpan yang berkesan seperti Q-Bait boleh digaulkan bersama udang dan ikan. Tapi pastikan umpan-umpan diletakkan jauh daripada kanak kanak dan haiwan perliharaan kesayanagan anda.

Itulah serba sedikit tip mengawal lalat yang dapat dikonsikan dalam blog ini. Jumpa lagi... Ada sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi saya ditalian 010-317 3483. Saya bersedia membantu sedaya yang boleh.

Baca lagi: Kaedah Kawalan Lalat yang Berkesan dan Selamat