Blog Kawalan Serangga Anti Anai-Anai. |
Kaedah terbaik untuk mengatasi masalah serangan anai-anai adalah dengan menghalang jangkitan pertama daripada terus merebak ke bahagian lain.
Jika struktur rumah yang diserang dengan serangga anai-anai dibiarkan, bermakna beribu-ribu ringgit terpaksa dikeluarkan untuk kos baik pulih kerosakan.
Malangnya, kebanyakan skim perlindungan dan insuran tidak menyediakan ganti rugi terhadap kerosakan kepada pemilik rumah yang disebabkan oleh serangga anai-anai.
Sesetengah mereka mengenali anai-anai dengan nama semut putih. Sumber makanan utama mereka adalah kayu. Sebelum anda mengetahui bagaimana kaedah mencegah anai-anai, adalah lebih baik anda mengetahui bagaimana proses pembiakan anai-anai ini berlaku.
Jenis anai-anai yang dapat menyebabkan kerosakan biasanya terdiri dari jenis anai-anai bawah tanah (termite subterranean). Di Malaysia terdapat banyak spesis serangga perosak dari golongan serangga seperti ini. Terdapat juga jenis spesis lain seperti anai-anai Kayu kering (drywood) tetapi ia tidak menyebabkan kerosakan yang serius seperti anai-anai bawah tanah.
Spesis Anai-Anai yang tingga dibawah tanah. |
Anai-anai memiliki tugas masing-masing, memiliki sazi 1/8 inci panjang. Merayap melalui beratus-ratus terowong lumpuh yang dibina untuk mencari sumber makanan, biasanya di permukaan tanah yang menghubungkan setiap laluan pergi dan balik ke sarang.
Sesetengah makanan kegemaran mereka pula adalah terdiri daripada kotak-kotak, bahan-bahan pembinaan bangunan, termasuk kayu, kertas dan bahan-bahan lain yang biasa digunakan oleh manusia serta pelbagai barangan perhiasan rumah.
Kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai ini mungkin mengambil masa yang lama untuk dikesan kerana mereka hanya mengambil jumlah makanan yang kecil. Tetapi melalui pengumpulan kerosakan sedikit demi sedikit boleh menjadi kerosakan yang lebih besar.
Kayu-kayu yang dimakan anai-anai misalnya akan mula kosong sedikit demi sedikit walaupun tiada tanda-tanda awal dikesan. Kerosakan boleh menjadi lebih serius jika sarang anai-anai tanah itu terletak di dalam rumah.
Anai-anai memerlukan banyak air untuk terus hidup dan salah satu daripada kaedah serta cara mengesan mereka adalah melalui pemerhatian terowong lumpur kecil yang lembab dan basah. Tanda-tanda lain pula dapat dilihat melalui lampu-lampu yang dijkerumuni oleh serangga (kalkatu) yang berterbangan.
Kalkatu @ Anai-Anai Bersayap |
Jika anda mengesyaki bahawa wujudnya kloni anai-anai dirumah anda ia adalah satu kemungkinan. Kaedah terbaik untuk mencegah serangan anai-anai adalah dengan mewujudkan halangan dari laluannya ke sarang yang terdapat dibawah lantai bangunan rumah anda dengan bahan kimia anti anai-anai.
Ini biasanya dapat dilakukan dengan bahan kimia merawat tanah disekitar tapak dibawah sesebuah bangunan disekeliling rumah. Terdapat beberapa jenis jenis racun anai-anai dan bahan kimia yang boleh digunakan untuk rawatan ini dikenali sebagai termiticides, termifos, chemicide, chemiban, stead fast dan sebagainya.
Bahan kimia yang beracun ini hanya berfungsi sebagai penghalang serangan anai-anai daripada memasuki kedalam bahagian rumah anda. Setelah halangan dengan bahan kimia dilakukan, anai-anai tidak akan dapat memasuki ke bahagian rumah anda kerana dihalang dengan bahan kimia yang menjadi sebagai pagar dibawah tapak sesebuah bangunan.
Sebahagian kecil anai-anai yang memasuki ke dalam rumah anda sebelum rawatan tanah ini dilakukan juga tidak akan dapat kembali semula ke sarang meraka. Oleh kerana mereka tidak dapat kembali untuk menghantar makanan kepada pemaisuri yang tinggal disarang dibawah tanah, maka sumber makanan akan terputus dan mereka semua akan mati.
Iklan Pest Control Blog Kawalan Serangga |
Walaupun bahan kimia untuk merawat tanah agak mahal, namun hasil keberkesanan dengan kaedah rawatan seperti ini lebih baik dan tahan lebih lama dalam sesebuah rawatan tanah.
Rawatan pencegahan anai-anai mungkin lebih berkesan jika tugas-tugas ini diberikan kepada syarikat kawalan serangga yang berpengalaman kerana ia dikendalikan oleh juruteknik terlatih dan berlesen serta memiliki berkepakaran yang tinggi yang lebih cekap.