 |
Contoh racun anai-anai yang dibotolkan. |
Ada pelbagai jenis jenis racun anai-anai yang boleh digunakan untuk menghapuskan kesemua koloni anai-anai dengan satu tindakan.
Di antara racun yang biasa digunakan untuk membasmi anai-anai ialah
Termidor 25 EC, Premise SC 200, Stun 18.3 SC, Agenda 2.5 EC, Chemicide, Termifos dan sebagainya.
Setiap
racun anai-anai mengandungi
bahan aktif yang memberikan kesan terhadap anai-anai.
Fungsi bagi setiap racun anai-anai itu juga berbeza. Setiap racun anai-anai mempunyai kebolehan tersendiri samada untuk mengawal, menghalang dan membunuh serangga mengikut jenis-jenis dan bahan aktif itu sendiri.
 |
Contoh racun anai-anai dan serangga perosak. |
Ada juga racun anai-anai yang boleh
membunuh anai-anai dengan serta merta dan ada juga racun anai-anai yang bersifat
sebagai penghalang tetapi tidak membunuh. Selain dari fungsi tersebut terdapat juga racun yang mampu membunuh anai-anai secara perlahan-lahan. Itu semua bergantung pada jenis racun yang digunakan semasa dalam rawatan pencegahan anai-anai.
Bahan-Bahan dan Kandungan Racun
 |
Contoh bahan aktif pada label racun |
Contoh bagi racun dari jenama Premise SC 200 ia mengandungi bahan aktif
Imidacloprid 18.3% w/w dan bahan lengai pula ialah 81.7% w/w. Semua ini ada tercatat dan tertulis didalam label atau stiker yang ditampal pada botol Premise SC 200 itu sendiri.
Bagi racun anai-anai dari jenama
STUN 18.3SC juga sama seperti racun anai-anai jenama Premise SC 200. Dalam label racun itu juga ada tercatat nama pengeluar racun.
Contoh racun anai-anai jenama
Premise SC 200 dari syarikat Bayer Co (Malaysia) SDN BHD. Isikandungan dalam satu botol adalah sebanyak 1 liter sahaja memang sesuai utuk semua kediaman (standard rumah) dinegara Malaysia.
Hanya di indonesia sahaja racun jenama
Premise SC 200 ini disukat sebanyak 0.5 liter. Setiap negara mungkin berbeza isi kandungannya.
Pendaftaran Racun
 |
Racun Anai-Anai |
Semua racun-racun serangga yang berjenama biasanya tercatat dengan No Pendaftaran. Contoh bagi racun anai-anai dari jenama STUN 18.3SC didaftarkan dengan
No: LRMP.R1/7418. Manakala bagi racun serangga Premise SC 200 terdapat juga No Pendaftaran yang dicetak pada label racun dengan No Pendaftaran
LRMP.R1/4284.
Adalah di ingat jangan racun yang tiada no pendaftaran atau yang tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (Malaysia). Ini kerana kita tidak tahu apakah bahan-bahan yang berada didalam kandungan racun itu sendiri. Mungkin ia juga mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan manusia, haiwan peliharan dan alam sekitar.
Cara Penggunaan Racun
 |
Contoh racun anai-anai kelas III |
Biasanya orang awan tidak dibenarkan mengunakan apa sahaja jenis racun.
Ia sepatutnya di dikendalikan oleh mereka yang terlatih sahaja.
Mereka yang terlatih adalah terdiri dari pengendali racun yang telah dilatih dan memiliki lesen
PAL dan
APAL.
Hanya racun aerosol sahaja yang dibenarkan untuk orang awam kerana tahap bahaya racun ini agak rendah.
 |
Racun anai-anai tahan lebih lama dengan kaedah rawatan tanah |
@
Anda perlukan bantuan dan Servis Pest Control? Hubungi 016-758 3483 untuk sebarang pertanyaan. Lokasi (Johor, Johor Bahru) sahaja.