Cara yang paling mudah untuk
mengawal lipas dirumah yang boleh anda lakukan sendiri ialah dengan menggunakan bahan yang tidak mengandungi racun.
Dengan melakukan sendiri
kaedah mengawal lipas ia dapat menjimatkan wang anda. Bahan-bahan yang diperlukan untuk
mengawal serangan lipas ini memang mudah diperolehi dikedai-kedai dan juga terdapat dipasaraya.
Bahan-Bahan dan Peralatan
Bahan-bahan yang dimaksudkan ialah
gam perangkap lipas. Sebelum memulakan
kerja-kerja mengawal lipas, perkara penting yang perlu diambil kira ialah mengesan kehadiran lipas. Lakukan kerja-kerja mengesan lipas diwaktu malam.
Matikan lampu supaya semua kawasan dalam rumah anda menjadi gelap. Mulakan kerja-kerja mengesan lipas ini selepas semua lampu dimatikan.
Gunakan peralatan seperti lampu suluh sebagai alat yang membantu untuk kerja-kerja mengesan lipas. Lihat anda akan melihat banyak lipas-lipas akan mula keluar dan merayap dalam gelap.
Gunakan Perangkap Lipas
 |
Perangkap Lipas Bergam |
Pasangkan perangkap lipas ini berhampiran dengan lipas-lipas ini ditemui.
Biasanya tempat-tempat yang lipas suka tinggal dikawasan yang mengandungi
sisa-sisa makanan.
Lipas juga boleh ditemui di kawasang
tangki najis, dalam tandas, dibawah singki, belakang almari, dalam laci dan dibawah kabinet. Anda perlu gunakan perangkap lipas ini secukupnya.
Untuk memastikan lipas-lipas ini dihapuskan dengan lebih berkesan, anda perlu melakukan pemasangan perangkap lipas ini 3 kali semingu.
Anda boleh dapatkan Cockroach Glue House ini secara dalam talian atau beli secara online di laman web www.kedaiserbanika.com dan cari pilih bahagian kategori Pest Control. Klik Sini untuk beli terus Gam Perangkap Lipas.
Bersihkan Kawasan
 |
Mengawal dan menjaga kebersihan rumah |
Anda juga perlu sentiasa
menjaga kebersihan rumah untuk mengelak daripada lipas-lipas ini bersarang semula dirumah anda. Pastikan tiada lagi sisa-sisa makanan yang disimpan didalam rumah. Buangkan semua makanan-makanan yang tidak digunakan kedalam tong sampah diluar rumah.
Sampah-sampah perlu
diikat dengan betul supaya tidak ada saki baki sampar yang tercicir dan terkeluar. Tong sampah perlu ditutupdengan baik.
Semua langkah-langkah yang diberikan diatas adalah kaedah dan cara mengawal
lipas dirumah yang boleh anda lakukan sendiri. Ia tidak mendatangkan bahaya kerana bahan-bahan yang digunakan untuk mengawal lipas
tidak mengandugi racun.
Oleh kerana anda hanya menggunakan bahan-bahan yang tidak beracun mungkin ia lebih selamat. Tetapi tahap keberkesanan tidak dapat dipastikan kecuali anda mempuyai
idea kreatif yang dapat membantu anda
melaksanakan kerja-kerja mengawal lipas dengan betul.
Itu semua bergantung terhadap usaha yang anda lakukan sendiri. Jika masih tidak berhasil anda perlu mendapat
khidmat pest control ditempat anda untuk membantu anda menghapuskan kesemua lipas.
@ Anda memerlukan bantuan untuk mengawal serangga, semut, lipas, tikus, lalat, lebah, anai-anai dan lain-lain serangga perosak. Hubungi
016-758 3483 Asmid (Johor Bahru)