Memilih Waktu Yang Sesuai Untuk Menghapuskan Anai-Anai

Pada masa bilakah kita perlu menghapuskan pembiakan anai-anai. Adakah masa yang sesuai untuk kita kawal pembiakan anai-anai? Satu soalan yang bagus yang pernah ditanya dari pelanggan-pelanggan saya pada minggu lalu.

rumah baru yang terkena serangan anai-anai di kempas indah johor bahru
Contoh rumah baru terkena serangan anai-anai
Seorang pelanggan baru sahaja membeli sebuah rumah baru. Belum lagi untuk tinggal dirumah itu kerana masih dalam renovate. Ada beberapa bahagian yang perlu ditambah dan diubahsuai sebelum mereka tinggal.

Jadi sebelum membuat keputusan untuk tinggal dirumah baru, ia bercadang untuk melengkap beberapa persiapan seperti memasang perabut-perabut baru dan juga kelengkapan lain.

Jadi sebelum berbuat demikian, saya diminta sedikit nasihat dari owner rumah tu mengenai pencegahan anai-anai pada masa bilakah masa yang sesuai untuk kita buat rawatan untuk menghapuskan pembiakan anai-anai.


Cara membentuk lubang pada permukaan lantai
Cara membentuk lubang pada permukaan lantai
Bagi pendapat saya terpulang kepada individu itu sendiri. Jika benar ingin menjaga harta benda dari kerosakan yang menyebabkan kerugian dikemudian hari, adalah lebih elok lakukan pencegahan kawalan anai-anai ini lebih awal sebelum kita menduduki rumah baru.

Selaian dari membuat sistem perlindungan lebih awal ia juga dapat menjimatkan masa dan kos serta sebarang masalah lain.

Kos yang perlu dikeluarkan untuk kerja-kerja membasmi anai-anai hanya sekali sahaja untuk kaedah rawatan tanah. Rawatan dengan kaedah pengerudian dan suntikan juga mudah semasa premis masih kosong. Kerja-kerja kawalan anai-anai dengan kaedah ini dapat berjalan lancar dan dapat dilakukan dengan lebih teliti. Sebabnya semua bahagian akan dapat dipantau dengan sepenuhnya kerana masih belum dipenuhi dengan barang-barang rumah.

kerja-kerja mengerudi lantai simen
Contoh kerja-kerja mengerudi lantai simen
Jika tidak, kita perlu mengambil cuti kerja untuk menguruskan masalah yang disebabkan anai-anai. Tapi ramai yang tidak masih tahu dan tidak pernah mengambil tahu dengan masalah ini. Mereka abaikan apa yang sepatutnya dibuat sebelum menduduki rumah baru. Mereka hanya lengkapkan keperluan seperti perhiasan rumah dan kelengkapan lain seperti memasang perabut kayu yang mahal. Mengubah suai keadaan rumah dengan perhiasan yang tidak dilindungi dengan sistem perlindungan atau sistem anti anai-anai.

Oleh kerana ini diabaikan mereka terpaksa mengambil cuti, mengemas rumah dan sebagainya bagi menangani masalah anai-anai. Jadi rawatan perlu dilakukan dan sememang bajet untuk kos penyelenggaraan sistem kawalan serangga perosak perlu diambil kira selain dari memerlukan keperluan lain.

kerja-kerja membacuh racun sedang dijalankan
Bancuhan racun-racun anai-anai ke dalam tong
Saya pernah menjalankan kerja-kerja mengawal serangga yang bermasalah dengan serangan anai-anai terhadap rumah yang sepatutnya tidak diserang anai-anai terutamanya rumah yang baru dibeli.

Hari ini ramai rumah baru perlu mendapatkan perkhidmatan pembasmi serangga perosak terutamanya perosak kayu seperti anai-anai. Jika tidak kita terpaksa juga mengeluarkan semula kos baik pulih dengan alat ganti yang tidak sepatutnya dikeluarkan bersama-sama dengan kos rawatan pencegahan serangga perosak anai-anai.

Kedua-dua kos ini mungkin akan membebankan anda kerana bajet untuk baik pulih kerosakan rumah memang agak mahal dan kos rawatan bag i kerja-kerja kawalan anai-anai yang serius juga memerlukan kos yang agak tinggi.

kerja-kerja suntikan racun ke setiap lubang sedang dijalankan
Kerja-kerja suntikan racun anai-anai kesetiap lubang
Jadi rawatan awal pencegahan anai-anai adalah diperlukan sebelum anda bersedia untuk tinggal dirumah baru dan selepas itu hanya pemantauan sahaja yang diperlukan. Pemantauan tidak mengambil masa yang lama dan hanya untuk memastikan tiada lagi serangan baru berlaku.

Untuk memastikan tiada lagi serangan anai-anai yang baru berlaku pemantauan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Atau 3 bulan sekali untuk lebih terjamin bebas dari serangan anai-anai sepanjang masa.

@ Anda memerlukan untuk mengawal serangga perosak atau pembasmi anai-anai. Hubungi kami 016-758 3483 (asmid) lokasi Johor Bahru sahaja!

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Strategi Berkesan untuk Mencegah Anai-Anai di Rumah Anda

Mencegah anai-anai adalah aspek penting dalam menjaga keselamatan dan integriti struktur rumah. Kehadiran anai-anai boleh menyebabkan kerosa...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com