Rawatan Setempat untuk Menghapuskan Anai-Anai.

Kerja-kerja Pemeriksaan Anai-Anai
Kerja-Kerja Pemeriksaan Anai-Anai
Adakalanya pelan kawalan perosak mungkin memerlukan rawatan hanya disebuah bahagian sahaja. Oleh kerana sifat anai-anai yang cepat membiak dan merebak secara senyap maka rawatan setempat adalah pelan terbaik yang perlu diguna pakai dalam sistem kawalan perosak pada hari ini.

Rawatan setempat atau dipanggil Spot Treatment ini adalah salah satu kaedah terbaik yang perlu dijalankan pada peringkat awal. Penemuan anai-anai aktif dibeberapa bahagian tertentu perlu dirawat segera dengan racun yang sesuai supaya ia tidak merebak ke bahagian lain.
Kerja-kerja pemeriksaan dan mengesan lokasi anai-anai aktif harus dilakukan dengan lebih teliti. Setelah laluan dan sasaran dikenal pasti, langkah seterusnya ialah jalankan kerja-kerja spot treatment dengan segera supaya semua koloni anai-anai yang membiak dapat dikawal sebelum anai-anai tersebut merebak ke kawasan lain.

Dengan cara ini ia dapat mengelakan lagi kerosakan harta benda anda daripada serangan makhluk perosak terutamanya anai-anai.

Bahan-Bahan Yang Digunakan

Mungkin beberapa peralatan diperlukan semasa kerja-kerja mengesan serangan anai-anai di setiap lokasi. Pemutar skru dan mesin gerudi ringan diperlukan dalam kerja-kerja ini. Sasaran yang perlu dijalankan ialah di setiap lokasi yang diserang anai-anai. Contoh kabinet dapur, bingkai pintu atau tingkap, kayu spin siling dan sebagainya.

Suntikan Racun Buih Premise
Sutikan Racun Buih Premise
Apa yang penting cari anai-anai aktif atau anai-anai yang hidup. Suntikan racun khas ke setiap laluan anai-anai aktif dan biarkan selama 3 minggu tanpa menganggu laluan tersebut. Ingat jangan disembur dengan racun serangga lain atau penyembur nyamuk atau lipas.

Yang pasti racun untuk membunuh semua anai-anai ini akan bertindak secara peralahan dan setiap laluan anai-anai yang telah diracun berfungsi sebagai perangkap yang membawa kesan terhadap anai-anai yang melalui kawasan tersebut.

Racun ini tidak akan membunuh anai-anai serta merta. Racun yang digunakan dalam rawatan setempat berkesan membunuh kesemua anai-anai secara beransur-ansur dan perlahan-lahan sehingga kesemua anai-anai yang aktif akan menyebarkan racun memasuki kedalam sarang anai-anai yang terletak didalam tanah dibawah lantai bangunan premis kediaman dirumah anda.

Racun Yang Di Perlukan

Contoh Racun Anai-Anai - Formulasi Buih
Contoh Racun Anai-Anai - Fomulasi Buih
Racun anai-anai yang sesuai haruslah tidak merbahaya kepada manusia dan haiwan perliharaan. Salah satu racun yang tidak membawa bahaya terhadap manusia dan alam sekitar iala Premise Foam. Racun ini adalah jenis Aerosol tetapi ia dihasilkan dalam bentuk buih dan mudah memasuki kesetiap lubang dan rongga-rongga kayu-kayu reput yang didalamnya terdapat sarang dan laluan anai-anai.

Semburan racun premise SC200 hanya dapat membantu pada bahagia luaran sahaja dan sesuai digunakan untuk merawat tanah. Premise Foam digunakan untuk menyuntik racun buih terus memasuki kedalam liang-liang atau lubang-lubang pada kayu rosak yang dimakan anai-anai.

Ingat jangan gunakan racun yang bercampur dengar bahan lain. Ia mungkin boleh merosakan kaedah rawatan dan teknik rawatan berkesan mungkin tidak menjadi. Apapun tenaga mahir atau juruteknik berpengalaman diperlukan untuk kerja-kerja ini supaya semua rawatan dapat dilakukan dengan sempurna.

Hubungi mana-mana syarikat Pest Control untuk keterangan lanjut. Dapatkan khidmat dan nasihat mengenai cara dan kaedah rawatan pembasmian anai-anai secara percuma. Caj rawatan bergantung pada kaedah yang dipilih. Pilihan ditangan anda.

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Strategi Berkesan untuk Mencegah Anai-Anai di Rumah Anda

Mencegah anai-anai adalah aspek penting dalam menjaga keselamatan dan integriti struktur rumah. Kehadiran anai-anai boleh menyebabkan kerosa...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com