
Kerja-kerja memotong tiles pada permukaan lantai.
Pencegahan anai-anai dipremis kediaman perlu dilakukan sebelum anda bersedia menduduki rumah yang baru adalah satu pilihan yang baik. Bersedia dari awal dari serangan anai-anai yang akan datang pada bila-bila masa yang tidak dijangka dapat mengelakan kerosakan harta benda.
Biasanya harta benda seperti perabut kayu, strutur kayu dibahagian bumbung menjadi sasaran serangan anai-anai. Jika dari awal pencegahan anai-anai dibuat ia dapat menyelamatkan semua harta benda yang terlibat dari dimakan anai-anai.
Cuba bayangkan struktur kayu bumbung rosak. Ini akan menyebabkan kerja-kerja baik pulih yang memakan belanja yang besar. Ini dapat dielakkan jika rawatan pencegahan anai-anai dibuat dari awal sebelum anda bersedia mendiami rumah tersebut.

Kerja-kerja gerudi lubang dibahagian lantai.
Bukan setakat mengeluarkan kos baik pulih saja yang tinggi bagi mengantikan kerosakan kayu struktur yang rosak dimakan anai-anai malah ia juga bahaya jika kayu penyokong bumbung rebah tanpa memberi sebarang amaran yang disebabkan serangan anai-anai.
Suka saya ingatkan diatas siling dibahagian bumbung ada sebuah tangki air dan kayu struktur diatas bumbung juga tempat kipas digantung. Bebanan tangki air boleh menyebabkan tangki air jatuh pada bila-bila masa menimpa kita secara tiba-tiba.
Pencegahan awal dengan rawatan tanah untuk membasmi anai-anai dibagikan kepada 2 cara. Salah satu cara rawatan sebelum rumah dibina dan cara kedua selepas rumah dibina. Sebelum rumah dibina rawatan semburan dibuat pada tapak yang akan didirikan bangunan rumah sebelum lantai disimen.

Kerja-kerja membancuh racun anai-anai.
Cara yang lagi satu iaitu selepas rumah dibina. Bagi rawatan ini pula lantai simen disebelah didinding perlu ditebuk dengan mesin gerudi menenbusi slab. Kemudian suntikan racun anai-anai dibuat disetiap lubang yang telah siap digerudi itu dan lubang-lubang yang disuntik dengan racun anai-anai akan ditampal semula dengan simen.
Racun anai-anai telah ditanam dibawah lantai dan tahap ketahan ini boleh tahan kekal sehinga 2 hingga lebih 3 tahun. Rawatan pencegahan anai-anai mengambil masa 1 hari bekerja. Kerja-kerja pemantauan 6 bulan sekali perlu dibuat untuk memastikan tiada lagi serangan anai-anai yang baru.

Kerja-kerja menyuntik racun ke setiap lubang.
Untuk memastikan anai-anai dapat dihapuskan dengan lebih berkesan rawatan setempat juga perlu dibuat. Rawatan setempat ini bertujuan untuk mengehentikan serangan anai-anai pada jalan yang dilalui melalui terowong lumpur atau tempat serangan anai-anai.
Rawatan setempat dilakukan dengan menggunakan racun khas seperti racun serbuk atau racun dari jenis buih. Fungsi racun ini dapat membunuh anai-anai secara viral atau berjangkit dari seekor anai hingga ribuan anai-anai.