Pest Control Servis - Cara Hapuskan Pepijat Katil atau Kutu Tilam

Imej
Pest control servis boleh membantu anda hapuskan pepijat katil dan kutu tilam jika rawatan diy tidak berkesan. Bayangkan ketika anda sedang tidur di atas katil, tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di atas tilam. Tentu anda bertanya, kenapa dan ada apa diatas tilam anda. Kemudian apabila bangun pagi terdapat kesan gigitan, bintik merah dan gatal-gatal pada kulit anda. Itu tandanya anda diserang oleh pepijat katil, serangga malam yang dahagakan darah, sering menjadi punca tidur tak lena. Mereka menggigit semasa anda sedang tidur dan boleh menyebabkan ketidakselesaan, kebimbangan, dan tidur terganggu. Serangan pepijat katil semakin meningkat di seluruh dunia, dan adalah penting untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghapuskannya. Malah, sebanyak 97% profesional kawalan perosak merawat pepijat katil setiap tahun. Tetapi jangan risau—panduan ini akan memberi anda panduan langkah demi langkah untuk menyingkirkan pepijat katil dengan cepat, membantu anda menuntut...

Hapuskan Pijat Dengan Semburan Minyak Tanah

pijat dewasa
Pijat dewasa
Pijat merupakan serangga perosak yang kecil. Kita boleh memanggilnya sebagai kutu yang menghisap darah .Tidak kira darah haiwan ataupun manusia. Ia hidup dan membiak dengan cepat dan terus merebak ke seluruh tempat yang disukainya.

Biasanya boleh ditemui dibilik tidur dan tinggal dicelah-celah katil. Jika berlaku serangan kutu yang menghisap darah, sila periksa disudut-sudut lipatan tilam dan bantal. Kita akan menemuinya disitu. Itulah pijat yang mengigit dan menghisap darah kita setiap malam. Ia akan terus hidup dan membiak serta merebak dari bilik ke bilik yang lain secara senyap.


Kesan gigitan pijat
Kesan gigitan pijat
Keesokan hari kita akan dapati ada beberapa kesan gigitan pijat pada bahagian tertentu seperti dilengan dan kaki serta juga ditempat bahagian lain. Kesan bengkak-bengkak kecil dengan warna kemerah-merahan diseluruh angotah tubuh badan kita mula ditemui

Pijat aktif diwaktu malam ketika mangsa sedang tidur lena. Merayap dalam gelap dan dahagakan darah sebagai makanannya. Ketika waktu siang pijat mula bersembunyi dicelah-celah rekahan yang sempit. Mungkin bersembunyi dibawah katil dan dibelakang katil anda. Pijat juga akan bersembunyi dicelah-celah sudut dan lipatan kain tilam.

Anda harus waspada kerana gigitan pijat tidak terasa tetapi meninggalkan kesan pada kulit yang digigit. Anak pijat boleh menghisap darah selama 3 - 5 minit. Memiliki jarum yang tajam pada mulut untuk menghisap darah.

Minyak tanah
Minyak tanah
Apa yang mesti anda lakukan jika bilik tidur anda sedang dihuni oleh sang pijat atau serangga yang
menghisap darah. Anda perlu bertindak segera sebelum ia terus membiak dan merebak kebahagian bilik lain. Tindakan pertama hapuskan serangga penghisap darah dengan segera. Caranya paling murah dan jimat ialah membuat semburan dengan minyak tanah diseluruh kawasan yang menjadi sarang pembiakan.


Mungkin anda terpaksa juga menyembur kebahagian tilam dan bantal. Kaedah menghapuskan pijat ini adalah kaedah yang digunakan pada zaman dahalu. Mungkin tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tapi walaubagaimanapun tidak salah jika hendak mencuba.

Untuk cara selain dari itu anda boleh hubungi syarikat Pest Control yang berdekatan dengan tempat anda. Di Johor Bahru anda boleh hubungi En. Asmid 016-758 3483 untuk khidmat kawalan serangga.