Cara Mudah Kawal Anai-Anai Di Rumah Anda

Cara Mudah Buat Pemeriksaan Anai-Anai

Ini adalah panduan mudah bagaimana anda boleh mengawal sendiri anai-anai yang datang menyerang rumah anda.

Sebelum itu kita perlu pastikan adakah rumah kediaman kita telah menjadi mangsa serangan anai-anai.

Jika anda masih ragu-ragu dan masih juga keliru, sila periksa dahulu semua kawasan rumah anda samada didalam ataupun diluar rumah dengan teliti.

Untuk membuat pemeriksaan anai-anai, anda boleh gunakan peralatan khas iaitu lampu suluh dan pemutar skru kecil.

Periksa semua bingkai-bingkai pintu yang diperbuat daripada kayu terutamanya yang berhampiran dengan tempat lembab seperti dibahagian tandas.

Anda juga perlu memeriksa kayu-kayu spin yang dipasang pada bahagian siling terletak diatas bumbung.

Cara Mudah Kesan Anai-Anai - Johor Bahru

Pada kebanyakkan kes, aktiviti anai-anai dikesan dibilik stor, kayu pakir, kabinet dapur dan juga almari baju.

Gunakan lampu suluh dan pemutar skru untuk mencungkil kayu yang dimakan anai-anai.

Anai-anai akan keluar dari lubang-lubang kayu yang reput. Jika dilakukan dengan betul, anda berjaya mengesan anai-anai pada bahagian-bahagian yang saya sebutkan itu tadi.

Langkah Mencegah Serangan Anai-Anai di Bahagian Kayu

Setelah semua kerja-kerja pemeriksaan dan mengesan anai-anai dilakukan kini masanya untuk anda mencegah serangan anai-anai. Walaupun cara ini mungkin tidak bergitu berkesan 100% tetapi ia dapat membantu anda melindungi rumah anda dari diserang semula anai-anai.

Ya saya akan tunjukkan caranya dengan mudah. Cara yang paling mudah ialah gantikan kayu-kayu yang rosak dimakan anai-anai itu tadi dengan kayu yang baru.

Kawal anai-anai

Tetapi kayu tersebut perlu dirawat dengan cara sapukan minyak hitam atau minyak diesel terlebih dahulu.

Setelah semua selesai, anda boleh memasangkan semula kayu-kayu seperti spin siling atau kayu frame pintu dan sebagainya pada tempatnya.

Biasanya kayu-kayu yang berminyak tidak dimakan anai-anai dan tahan lebih lama.

Langkah Mencegah Serangan Anai-Anai di Bilik Stor

Saya percaya ramai diantara kita selalunya terlupa apa yang mereka simpan didalam bilik stor adalah makanan kegemaran anai-anai.

Jadi saya ingin menasihatkan dan mengingatkan kepada anda semua bahawa barang-barang lama seperti surat khabar, majalah dan kotak-kotak menarik minat terhadap anai-anai.

Anda seolah-olah memasang umpan anai-anai didalam bilik stor tanpa sengaja. Itu juga merupakan punca sebenar anai-anai datang menyerang bilik stor dan tinggal berbulan-bulan sebelum ia dikesan.

cara mudah kawal anai-anai

Langkah terbaik untuk mencegah rumah anda dari diserang anai-anai ialah, buang semua surat khabar lama, majalah-majalah yang tidak digunakan dan kotak-kotak hadiah kesayangan anda.

Baca lagi: Cara Cegah Anai2 Sebelum Rumah dan Harta Benda Musnah

Langkah-langkah ini juga dapat mencegah dari serangan anai-anai jika keadaan rumah anda masih bebas dari serangan anai-anai peringkat awal.

Langkah Mencegah Serangan Anai-Anai di Bahagian Lembab

Pada kebiasaan bahagian yang lembab ada kaitan dengan paip dan bumbung yamh bocor. Periksa semua paip didalam rumah anda.

Pastikan tidak ada yang bocor. Begitu juga bumbung yang bocor juga menyebabkan kelembapan menarik minat anai-anai.

Air yang melimpah walau hanya setitis sahaja ia juga menjadi sebab kelembabpan kawasan.

dinding diserang anai-anai

Anai-Anai dapat hidup dan membiak dikawasan yang banyak sumber air.
Jadi perlu baiki segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Hubungi mana-mana kontraktor baik pulih rumah dan pakar plumber dengan segera untuk selesaikan masalah ini.

Sebenar ada banyak cara lain untuk kita mengawal anai-anai dengan mudah yang boleh kita lakukan sendiri. Tetapi ia tidak sesuai kerana kebanyakannya melibatkan racun dan tidak sesuai untuk kita lakukan sendiri.

Jika rumah anda, menjadi mangsa anai-anai, hubungi pakar-pakar kawalan serangga atau pakar pencegah anai-anai yang berdekatan dan berpengalaman untuk membantu anda.

Anda boleh hubungi pakar pencegahan anai-anai ditalian 016-758 3483 (Asmid) untuk bantuan segera.
Iklan Pest Control Johor
Iklan Pest Control Johor