Tips Untuk Mengesan Anai-Anai Di Rumah Anda!

Ada beberapa perkara penting yang perlu kita lihat sebelum mengesan kehadiran anai-anai didalam rumah sendiri.

Dari perkara yang perlu kita pastikan ialah lokasi serangan. Dimana dan bagaimana serta keadaannya. Serangan anai-anai boleh berlaku dimana-mana secara senyap.

Mengikut dari pengalaman saya sendiri, anai-anai akan mula menyerang dibahagian yang lembab terutamanya dibahagian yang berhampiran dengan kawasan tandas atau bilik air.

Bilik tidur yang bersebelahan dengan bilik air atau tandas sering terdedah kepada ancaman anai-anai. Selain dari tempat-tempat itu juga kawasan dapur rumah juga terdedah dengan masalah ancaman anai-anai.

Pada bahagian ini pula kabinet dapur menjadi sasaran utama terhadap serangan anai-anai kerana kebiasaan kabinet dapur dibuat daripada bahan-bahan berasaskan kayu.

Kita dapat mengesan dimana terdapat punca air akan menjadi tempat kesukaan anai-anai. Kebiasaanya dapat dikesan dibawah singki dikabinet dapur.

Kerosakan Penyokong Kayu Lantai - JB Pest Control

Kerosakan Penyokong Kayu Lantai


Periksa juga dibilik stor yang ada menyimpan bahan-bahan majalah, buku-buku dan kotak.

Bilik stor yang gelap dan sejuk juga terdedah dengan serangan anai-anai. Lebih malang lagi bilik-bilik stor yang terletak dibawah tangga.

Biasanya rumah 2 tingkat mempunyai tangga yang dipasang dengan kayu pakir. Dibawah tangga ada sebuah bilik stor atau tempat simpan barang-barang lama. Bahagian ini juga perlu diperiksa sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Kawasan dan Taman-Taman yang sering diserang Anai-Anai.

Disekitar Johor Bahru kawasan yang sering berlaku serangan anai-anai adalah dirumah taman. Kebanyakan taman-taman perumahan yang baru atau lama tidak terlepas dari sebarang serangan anai-anai. Lebih malang lagi taman-taman perumahan baru juga mengalami masalah ancaman anai-anai yang serius.

Pest Control Skudai

Pest Control Skudai

Saya ingin mengingatkan bagi penduduk-penduduk yang tinggal di taman-taman seperti ditaman sri skudai, mutiara rini, pulai perdana, taman teratai, taman seri pulai, bandar baru kanggar pulai, pulai utama, taman universiti, taman ungku tun aminah, bukit gemilang, lima kedai, skudai baru, bukit indah, taman tan sri yaacob, skudai indah, pulai flora, bandar pulai jaya,pulai emas, pulai indah, taman pulai saujana, setia eco gardens, nusa idaman, taman nusantara, taman nusa sentral, nusa indah, bukit indah 2, taman baiduri, taman d’utama,, taman sutera, taman perling, tampoi utama, taman bukit kempas, taman impian emas, desa skudai dan semua disekitarnya adalah tempat-tempat yang sering berlaku serangan anai-anai.

Peralatan khas yang diperlukan untuk mengesan Anai-Anai.

Anda hanya perlu lampu suluh dan pemutar skru kecil sahaja untuk kerja-kerja mengesan anai-anai dirumah. Tidak perlu sebarang peralatan tambahan. Anda hanya perlu mencari lokasi yang disebutkan tadi untuk mengesan aktiviti anai-anai.

Periksa beberapa kali sehingga anda menemui anai-anai aktif. Sekiranya anda telah menemui anai-anai aktif, anda perlu biarkan sahaja jangan disentuh dan diganggu.

Hubungi syarikat Kawalan Serangga atau Pest Control yang berhampiran ditempat anda untuk sebarang bantuan. Minta syarikat Pest Control datang kerumah untuk membuat pemeriksaan percuma.

Pest Control Johor Bahru

Pest Control Johor Bahru

Di Johor Bahru terdapat banyak syarikat Pest Control yang berpengalaman yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah yang berkaitan serangga perosak terutamanya anai-anai. Minta nasihat dari syarikat Pest Control untuk selesaikan masalah anai-anai yang menyerang rumah kediaman anda dengan segera.

Beberapa Cara Mengawal Anai-Anai dirumah.

Ada beberapa kaedah dan cara mengawal dan menghapuskan anai-anai. Diantaranya adalah kaedah dan teknik mengawal dan menghapuskan anai-anai dengan mengunakan bahan kimia khas.

Kaedah dan cara yang biasa digunakan memerlukan beberapa peralatan khas seperti mesin gerudi lantai dan mesin pam bertekanan serta alat suntikan bahan kimia. Pada bahagian lantai perlu ditebuk bersebelahan dinding dengan jarak 6 inci diantara dinding dan 18 inci diantara lubang ke satu lubang yang lain.

Bancuh Racun Anai-Anai

Bahan kimia yang siap dibancuh akan disuntik pada setiap lubang yang dibuat sebanyak 4 hingga 5 literbagi setiap lubang. Lubang-lubang akan ditutup semula dengan simen mengikut warna yang sesuai dengan permukaan lantai.

Semburan bahan kimia akan dibuat kesemua bahagian dan kawasan didalam rumah. Makanan dan minuman perlu disimpan pada tempat yang tertutup dan selamat semasa kerja-kerja semburan dijalankan bagi mengelakan terkena bahan kimia.

Bahan kimia yang digunakan adalah rendah toksik dan diluluskan oleh kementerian sahaja digunakan untuk rawatan pencegahan anai-anai.
Untuk mendapatkan khidmat dan nasihat secara percuma sila hubungi (Asmid) 016-7583483 atau pemeriksaan percuma untuk anai-anai di sekitar Johor Bahru.



Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Strategi Berkesan untuk Mencegah Anai-Anai di Rumah Anda

Mencegah anai-anai adalah aspek penting dalam menjaga keselamatan dan integriti struktur rumah. Kehadiran anai-anai boleh menyebabkan kerosa...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com