Kaedah mengawal tikus yang kami sediakan ini adalah dengan memberi makanan berupa umpan.

Umpan-umpan akan diletakkan di lokasi yang sesuai. Biasanya umpan tikus akan diletakkan dekat dengan laluan tikus.
Sebelum umpan-umpan tikus dipasang. Pakar kawalan tikus akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu.
Pakar kawalan tikus akan mengenal pasti tanda-tanda kehadiran tikus di sesuatu tempat. Tanda-tanda kehadiran tikus biasanya dikesan melalui beberapa tanda-tanda.
Apakah Tanda-Tanda Kehadiran Tikus
Ada tiga tanda rumah yang diserang tikus. Pertama bau air kencing. Pakar kawalan tikus dapat mengesan kehadiran tikus dengan tercium bau air kencing. Itu yang pertama.

Tanda yang kedua. Najis tikus. Tikus akan meninggal najisnya di merata-rata tempat terutamanya di kawasan yang tersembunyi. Biasanya di sebalik tong sampah yang mengandungi sisa-sisa makanan. Itu tanda yang kedua.
Tanda-tanda seterusnya ialah kesan kerosakan. Terdapat kesan gigit. Tikus akan mengigit apa sahaja yang ditemui. Biasanya bekas plastik tempat menyimpan tepung gandum, beras, makanan dan sebagainya.
Selain dari tiga tanda yang disebutkan di atas. Ada juga tanda-tanda rumah anda telah dimasuki tikus. Tanda lain ialah, dapat mengesan jalan yang sering dilalui tikus. Ada tanda hitam disepanjang jalan. Itu adalah tanda laluan tikus yang sering dilaluinya.
Cara Mengatasi Masalah Tikus
Terdapat dua kaedah mengatasi masalah kehadiran tikus. Cara kawal tikus yang pertama adalah dengan memasang umpan yang beracun. Umpan tikus yang sesuai akan dipasang untuk memberi tikus-tikus makan.
Tikus-tikus yang telah memakan umpan akan mati kerana termakan racun. Ganti kan umpan tikus yang baru untuk menarik tikus-tikus lain memakan umpan.

Lakukan perkara yang sama secara berulang-ulang sehingga kesemua tikus dapat dihapuskan. Cara yang kedua adalah memasang perangkap tikus.
Untuk menangkap tikus hidup-hidup adalah dengan memasang perangkap tikus. Perangkap tikus akan diletakkan ditempat-tempat yang strategik.
Umpan berupa makan yang tidak beracun diperlukan untuk menarik tikus memasuki perangkap.
Tikus-tikus yang memakan umpan yang dipasang didalam perangkap tikus akan terperangkap. Tikus-tikus yang terperangkan dapat ditangkap hidup-hidup.
Untuk mendapat servis mengawal dan menangkap tikus sila hubungi 016-7583483. Lawatan dan pemeriksaan adalah percuma.