Cara Singkirkan Anai-Anai di Rumah Anda Kaedah Pest Control

Imej
Inilah cara singkirkan anai-anai yang boleh anda lakukan sendiri. Anai-Anai atau dengan nama lainnya ialah semut putih atau kutu kayu. Nama saintifik bagi anai-anai ialah Isoptera . Namun kini anai-anai dikelaskan dibawah kumpulan Blattodea , yang juga merangkumi lipas. Jadi anai-anai sering dikategorikan dalam keluarga Termitidae dibawah order Blattodea. Perosak ini memiliki bentuk badan seperti semut berwarna cerah, seperti putih sedikit kekuningan, namun sesetengah spesis berwana lebih gelap. Mereka memiliki badan lembut yang dilindungi oleh exoskeleton nipis. Saiz anai-anai biasanya dalam lingkungan 4mm hingga 14mm panjang bergantung kepada jenis spesisnya. Namun ada juga yang saiznya lebih besar seperti spesis yang menjadi raja atau ratu didalam koloninya. Saiz dan bentuk kepala anai-anai biasanya lebih kecil. Kepalanya mempunyai antena melengkung dan mulutnya mempunyai alat yang kuat untuk mengunyah yang digunakan untuk memakan kayu.  Kebanyakan anai-anai yang bekerja dan men...

Spray Racun Chemicide +75 Untuk Serangga Dan Anai-Anai

Spray racun chemicide +75 adalah cara mencegah anai-anai daripada terus membiak dan merebak.

Ini kerana anai-anai sentiasa bekerja dan merosakkan stuktur kayu. Serangga pemusnah ini akan bekerja selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 dalam setahun. 



Anai-anai akan berhenti merosakkan kayu setelah semua bahan selulosa didalam kayu habis dimakan.

Namun ia tidak akan berhenti disitu saja. Anai2 akan mencari struktur kayu yang baru dan mula menyerang sehingga semua kayu habis dimakan.

Jadi untuk selesaikan masalah ini, sediakan spray untuk melakukan semburan.

Gunakan Racun Chemicide +75

  • Sediakan air bersih dan campurkan racun mengikut sukatan yang betul.
  • Isikan racun yang dibancuh itu tadi kedalam botol spray.
  • Goncangkan botol spray untuk sebatikan racun.
  • Spray racun chemicide +75 pada semua bahagian dan kawasan yang belum diserang.

Cara Bancuh Racun Yang Betul

Sebelum menyembur racun, bancuh racun ini dengan air bersih. Sediakan alat penyukat racun dan campurkan 12.5ml racun dengan 1 liter air bersih dalam satu bekas.

Langkah seterusnya, sediakan botol spray dan isikan racun yang dibancuh ke dalam botol. Jika tiada boleh beli di kedai Mr. DIY atau dapatkan botol spray itu di kedai 2C0 (RM2.20) yang berhampiran.

Gunakan Untuk Spray Lipas Dan Semut

Selain anai-anai, racun chemicide +75 boleh juga digunakan untuk spray semut dan lipas. Spray disekeliling rumah dan taman terutamanya disudut tepi berhampiran dinding bangunan. Ulangi proses ini selepas 1 hingga 2 bulan untuk memastikan semua kawasan terkawal.

"Untuk dapat servis spray anai-anai di johor bahru. Sila hubungi En. Asmid di talian 106-7583483."