Cara Singkirkan Anai-Anai di Rumah Anda Kaedah Pest Control

Imej
Inilah cara singkirkan anai-anai yang boleh anda lakukan sendiri. Anai-Anai atau dengan nama lainnya ialah semut putih atau kutu kayu. Nama saintifik bagi anai-anai ialah Isoptera . Namun kini anai-anai dikelaskan dibawah kumpulan Blattodea , yang juga merangkumi lipas. Jadi anai-anai sering dikategorikan dalam keluarga Termitidae dibawah order Blattodea. Perosak ini memiliki bentuk badan seperti semut berwarna cerah, seperti putih sedikit kekuningan, namun sesetengah spesis berwana lebih gelap. Mereka memiliki badan lembut yang dilindungi oleh exoskeleton nipis. Saiz anai-anai biasanya dalam lingkungan 4mm hingga 14mm panjang bergantung kepada jenis spesisnya. Namun ada juga yang saiznya lebih besar seperti spesis yang menjadi raja atau ratu didalam koloninya. Saiz dan bentuk kepala anai-anai biasanya lebih kecil. Kepalanya mempunyai antena melengkung dan mulutnya mempunyai alat yang kuat untuk mengunyah yang digunakan untuk memakan kayu.  Kebanyakan anai-anai yang bekerja dan men...

Racun Hapus Anai-Anai Terbaik Untuk Rumah Anda

Serangan anai-anai boleh berlaku pada bila-bila masa. Terutamanya bagi rumah-rumah teres yang terletak diatas tanah juga berisiko diserang secara senyap.

Spesis ini juga dikenali dengan panggilan semut putih. Ia adalah spesis serangga yang suka makan kayu, kertas, kotak, majalah dan buku-buku.

Spesis ini mula menyerang secara senyap dan masuk ke dalam rumah melalui tiang dan dinding rumah. Pada peringkat awal, kehadirannya tidak dapat dikesan sehinggalah berlaku kerosakan.

Rawatan Racun Hapus Anai-Anai Johor Bahru

Tanda-tanda serangan dapat dilihat pada permukaan kayu yang kelihatan mengelembung dan ada kesan reput. Kelihatan tanah lumpur yang menjalar dipermukaan dinding dan bumbung rumah.

Jika ini berlaku, rawatan pencegahan perlu dilakukan segera sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini. Ada banyak cara untuk menghalang daripada ia terus menyerang dan membiak. Salah satu cara ialah dengan mengunakan racun anai-anai yang terbaik.

Apakah Jenis Racun Terbaik Untuk Rawatan Hapuskan Anai-Anai

Terdapat banyak jenis racun yang boleh diguna untuk mencegah serangan. Ada jenis yang tidak berbau dan berbau busuk. Berikut adalah jenis racun yang paling berkesan boleh digunakan.

1. Imadacloprid

Walaupun harganya mahal sikit tetapi sangat berkesan. Bahan kimia ini merupakah racun yang tidak merbahaya dan sesuai digunakan dirumah kediaman. Racun serangga jenis juga adalah yang terbaik dan boleh digunakan direstoran dan gerai makanan. Biasanya Imadacloprid digunakan bukan saja untuk menghapuskan anai-anai malah ia juga boleh digunakan untuk mengawal serangga seperti kutu, lipas dan juga kumbang.

2. Fliponil

Salah satu racun serangga yang berkesan mampu menghapuskan keseluruhan sarangnya. Tindak-balas racun Fliponil ini akan tersebar kepada anai-anai lain melalui jangkitan dan termasuklah yang berada dimana-mana melalui sentuhan. Racun ini juga boleh digunakan untuk pokok dan tanaman diladang-ladang.

3. Hexaflumoron

Racun kimia ini sesuai digunakan untuk pengumpanan dan fungsinya adalah untuk menyebarkan bahan Hexaflumoron ini kepada anai-anai lain dengan tidak sengaja ia membawanya masuk terus ke dalam sarang. Hanya dalam masa berapa minggu kemudian sarangnya akan musnah dan keseluruhan koloni juga mati secara perlahan-lahan.

4. Bifenthrin

Bahan kimia anai-anai ini juga adalah antara yang paling berkesan digunakan dalam rawatan. Hanya perlu larutkan bahan Bifenthrin ini sebelum ia digunakan. Cara bancuhnya ada tersedia dilabel botol. Setelah itu isikan larutan itu ke dalam bekas semburan dan semburkan ke kawasan yang disyaki dan jangkiti. Ulangi lagi jika terdapat saki baki yang tertinggal dan hasilnya dapat dilihat selepas beberapa minggu selepas itu.

Servis Racun Anai-Anai - Johor Bahru
Servis Racun Hapus Anai-Anai di Johor Bahru - Hubungi 016-7583483

Selain dari jenis itu terdapat juga racun anai-anai dari jenama Premise 200 SC, Dyna Pest, Termifos 212, Plasbon 250, Regent, Fipronil, ZETDOR 18.3SC dan sebagainya. Setiap racun memiki fungsi yang berbeza dan bertindak seperti ubat dalam rawatan dan cara guna juga berbeza. Ada yang hanya sesuai untuk semut sahaja dan tidak sesuai untuk serangga lain.


Servis Anai-Anai Johor Bahru

Jadi jika tersalah pilih ia tidak memberikan kesan dan mungkin akan menambahkan masalah. Sebaik-baik serahkan tugas-tugas menghapuskan anai-anai kepada yang pakar dan berpengalaman. Jangan susahkan diri untuk lakukan sendiri. Hubungi Pakar Hapus Serangga yang berhampiran ditempat anda.