6 Cara Merawat Anai-Anai Tanpa Menggunakan Bahan Kimia

6 Cara Merawat Anai-Anai

6 Cara mudah untuk anda ikuti cara merawat sendiri masalah anai-anai yang menyerang rumah. Mulakan dengan pemeriksaan lokasi untuk kenalpasti apakah ada tanda rumah anda sedang diserang anai-anai. Periksa kawasan dapur terutamanya dibahagian pintu, tingkap, kabinet atas dah bawah. Jika anda menemuinya. Marilah kita mulakan sekarang.

1. Kenalpasti Masalah dan Lokasi Anai-Anai.

Inilah 6 cara merawat anai-anai atau semut kayu dirumah sendiri. Sebelum memulakan langkah pencegahan, adalah penting untuk mengenal pasti masalah dan mengetahui lokasi anai-anai. Perhatikan kawasan sekitar rumah, terutamanya di tempat lembap dan gelap seperti dapur, garaj, dan di bawah singki.

2. Bersihkan dan Buang semua Makanan Anai-Anai

Anai-anai tertarik kepada sumber makanan seperti kotak dan kertas. Pastikan tiada kotak dan majalah lama tersimpan didalam rumah. Buang dan bersihkan semua sumbar makanannya dengan segera jika ada.

3. Baiki Kebocoran dan Kerosakan untuk Elak Anai-Anai

Anai-anai sering masuk melalui celah atau rakahan dan kebocoran pada dinding, lantai dan bumbung. Periksa semua kawasan dan baiki sebarang kerosakan dengan segera untuk mengelakkan anai-anai masuk.

4. Gunakan Halangan Fizikal untuk Menghalang Anai-Anai masuk

Pasang penghalang fizikal seperti dawai atau pita legap di sekeliling lubang dan celah di rumah. Ini akan menghalang anai-anai daripada masuk. Tanpal semua lubang-lubang dan keretakan yang ada didalam rumah.

5. Gunakan bahan semulajadi untuk menghalau Anai-Anai.

Beberapa bahan semulajadi yang boleh membantu anda untuk menghalau anai-anai. Bahan-bahanya adalah seperti berikut:

  • Bunga cengkih: Letakkan bunga cengkih di kawasan yang terdedah kepada anai-anai.
  • Daun Pudina: Anai-anai tidak menyukai bau pudina, jadi letakkan daun pudina ini di kawasan yang sering didatangi anai-anai.
  • Kulit Oren: Kulit oren mengandungi minyak pati yang boleh menghalau anai-anai. Letakkan kulit oren pada kawasan yang dijangkiti.

6. Gunakan perkhidmatan profesional Kawalan Anai-Anai

cara merawat anai-anai

Jika masalah anai-anai masih berterusan, pertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan kawalan perosak profesional. Hubungi 016-7583483 untuk dapatkan khidmat kawalan dan pencegahan anai-anai. Mereka boleh menyediakan penyelesaian yang berkesan dan selamat untuk menangani masalah anai-anai.

Kesimpulan

Dengan mengikuti 6 cara merawat anai-anai dengan langkah-langkah di atas, anda boleh menangani anai-anai tanpa menggunakan racun yang berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. Sentiasa berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga yang kerap untuk memastikan rumah anda bebas dari serangan anai-anai.

Ulasan