Nak Tahu Cara Halau Lipas dalam Bilik Tidur - Ikuti Panduan Ini
Kehadiran lipas dalam bilik tidur bukan saja mengganggu keselesaan, malah boleh menjejaskan kesihatan kita. Artikel ini akan kongsikan beberapa cara mudah dan berkesan untuk menghalau lipas dari bilik tidur, termasuk kaedah semula jadi dan pencegahan jangka panjang.
Punca Lipas Masuk ke Bilik Tidur
Sebelum mula halau lipas, perkara penting untuk kita faham dulu ialah, kenapa lipas boleh masuk ke dalam bilik tidur:
- Tumpahan Sisa Makanan atau Minuman
Jika kita biasa makan atau minum dalam bilik dan tak nak bersihkan sisa dengan sempurna, ini boleh jadi penyebab lipas datang.
- Lubang atau Celah pada Dinding dan Lantai
Lipas boleh menyelinap melalui celah-celah lubang kecil. Lubang pada lantai, dinding atau tepi tingkap jadi laluan mudah untuk mereka.
- Bilik Tidak Bersih atau Lembap
Lipas suka tempat yang gelap, lembap dan kotor. Bilik yang jarang dibersihkan atau ada pakaian basah dalam bakul pun boleh jadi tempat mereka sarang.
- Barang Lama atau Kotak Tak Digunakan
Kotak lama, timbunan kertas, dan barang tersimpan boleh jadi tempat persembunyian lipas – lagi-lagi kalau tempat tu jarang diperiksa.
Cara-Cara Menghalau Lipas Secara Semula Jadi
Jika anda lebih suka cara halau lipas tanpa bahan kimia, berikut beberapa kaedah semula jadi yang boleh dicuba:
A. Guna Daun Pandan
Daun pandan terkenal dengan baunya yang menyegarkan – tapi bagi lipas, bau ini sangat tidak menyenangkan. Anda hanya perlu potong beberapa helai daun pandan dan letakkan di sudut bilik, dalam almari, atau berhampiran tingkap. Ganti daun baru setiap minggu untuk dapatkan kesan yang lebik baik secara berterusan.
B. Campuran Baking Soda dan Gula
Ini adalah salah satu umpan paling mudah. Campurkan gula dan baking soda dengan nisbah 1:1. Letakkan dalam penutup botol atau piring kecil, kemudian letak di kawasan yang biasa ada lipas. Gula menarik lipas, dan baking soda akan menghasilkan gas dalam perut mereka yang akhirnya membunuh mereka secara perlahan.
C. Minyak Pati (Essential Oils)
Beberapa jenis minyak pati seperti peppermint, citronella, dan tea tree sangat tidak disukai oleh lipas. Campurkan beberapa titis minyak pati dengan air dalam botol semburan dan semburkan di kawasan yang sering dilalui lipas – bawah katil, celah dinding, dan sekeliling tingkap.
D. Cuka dan Air
Cuka juga boleh digunakan sebagai semburan pembersih semula jadi. Selain membersihkan kotoran, bau masam cuka juga menghalau dan mengawal lipas. Campurkan cuka dan air dalam botol semburan dan lap permukaan meja, lantai dan almari.
Cara Pencegahan Jangka Panjang
Halau lipas sekali tak cukup. Kita kena pastikan mereka tak kembali. Berikut beberapa langkah pencegahan penting:
1. Simpan Makanan dalam Bekas Bertutup
Jangan tinggalkan makanan terbuka di bilik. Sisa makanan sekecil mana pun boleh menarik perhatian lipas.
2. Bersihkan Bilik Secara Berkala
Pastikan lantai bersih dari habuk, sisa makanan atau rambut. Vakum celah-celah perabot dan sapu kawasan yang susah dicapai.
3. Tutup Lubang atau Celah Dinding
Gunakan sealant atau tape khas untuk menutup rekahan atau celah yang mungkin jadi pintu masuk lipas.
4. Gunakan Penyegar Udara Semula Jadi
Minyak pati dalam penyegar udara boleh bantu halau serangga dan sekaligus wangi bilik anda.
5. Pasang Perangkap Lipas
Boleh beli di kedai atau buat sendiri guna pita pelekat dan umpan makanan. Letakkan di kawasan strategik.
Bila Perlu Panggil Kawalan Serangga Profesional
Kadang-kadang, serangan lipas terlalu serius sehingga semua cara halau lipas semula jadi tak berkesan. Jika anda kerap nampak banyak lipas walaupun sudah cuba pelbagai kaedah, mungkin sudah tiba masa untuk hubungi kawalan serangga profesional. Mereka ada peralatan dan bahan khas untuk mencegah dan membunuh lipas daripada kembali.