Cara Singkirkan Anai-Anai di Rumah Anda Kaedah Pest Control

cara singkirkan anai-anai

Inilah cara singkirkan anai-anai yang boleh anda lakukan sendiri. Anai-Anai atau dengan nama lainnya ialah semut putih atau kutu kayu. Nama saintifik bagi anai-anai ialah Isoptera. Namun kini anai-anai dikelaskan dibawah kumpulan Blattodea, yang juga merangkumi lipas. Jadi anai-anai sering dikategorikan dalam keluarga Termitidae dibawah order Blattodea.

Perosak ini memiliki bentuk badan seperti semut berwarna cerah, seperti putih sedikit kekuningan, namun sesetengah spesis berwana lebih gelap. Mereka memiliki badan lembut yang dilindungi oleh exoskeleton nipis. Saiz anai-anai biasanya dalam lingkungan 4mm hingga 14mm panjang bergantung kepada jenis spesisnya.

Namun ada juga yang saiznya lebih besar seperti spesis yang menjadi raja atau ratu didalam koloninya. Saiz dan bentuk kepala anai-anai biasanya lebih kecil. Kepalanya mempunyai antena melengkung dan mulutnya mempunyai alat yang kuat untuk mengunyah yang digunakan untuk memakan kayu. 

Kebanyakan anai-anai yang bekerja dan menjaga koloni tidak mempunyai sayap. Walau bagaimanapun, pada musim bunga, pembiakan anai-anai bersayap (dipanggil "kalkatu" atau "swarmers") akan muncul, biasanya dengan empat sayap yang sama panjang ditemui berguguran diatas lantai. Koloni anai-anai dalam sturuktur sosial biasanya terdiri dari tiga kelas utama.

kitaran hidup anai-anai

Raja dan ratu (penghasil telur). Pekerja (yang mencari makanan dan ditugaskan menjaga koloni). Manakala askar pula (sebagai pertahanan yang melindungi koloni). Anai-anai pekerja kelihatan lebih kecil dan lebih lembut, manakala askarnya lebih besar dan mempunyai rahang yang kuat.

Pembasmian dan pencegahan anai-anai adalah sangat penting kerana ia boleh menjejaskan harta benda didalam rumah anda rosak dengan lebih teruk. Selain itu kemampuan anai-anai untuk menyerang dan merebak adalah sangat cepat. Sehingga semua harta anda seperti almari, kabinet, rak tv, tingkap dan pintu rosak dan musah begitu saja.

5 Cara Menghapuskan Anai-Anai Kaedah Pest Control

Cara menghapus dan menghilangkan anai-anai boleh dilakukan dengan cara menyembur pada permukaan yang dijangkiti. Gunakan racun dan alat penyembur yang dikhaskan untuk tindakan ini. Gunakan Chemicide 75+, Terban, PLASBON 250, Termite-Ban, TERMICIDE 38.7EC, ECOFOS 21, TERMIFOS 212 yang mana bahan aktifnya adalah Chlorpyrifos. BerikuT adalah 5 Cara singkirkan anai-anai dari rumah sendiri.

1. Menyembur Racun Perosak untuk Hapuskan Sarang Anai-Anai

Salah satu cara untuk singkirkan pembiakan anai-anai dirumah adalah dengan menggunakan racun makhluk perosak yang dikhaskan untuk mengawal dan menghapuskan anai-anai. Gunakan racun perosak dengan berhati-hati dan pastikan arahan pada lebel produk diikuti untuk keselamatan. Sebelum menyembur racun, pastikan semua kawasan yang terlibat harus dikosongkan dan tutup semua barang yang tidak dapat dipindahkan dengan plastik untuk mengelakkan kesan racun yang ditinggalkan.

cara singkirkan anai-anai dengan kaedah spray

Sembur semua kawasan yang berada didalam hingga ke luar kawasan sehingga rata. Berikan tumpuan dikawasan yang menjadi punca pembiakan seperti dikawasan almari, sudut bilik ditepi katil, dinding dan pintu. Kosongkan tempat selepas semburan selesai dalam masa beberapa jam untuk memastikan keberkesanannya. Biarkan selama satu hari untuk dapatkan hasil yang baik selepas kerja-kerja penyemburan anai-anai.

2. Hapuskan Sarang Anai-Anai dengan Racun Serbuk

Menggunakan racun serbuk merupakan salah satu cara singkirkan anai-anai yang jarang digunakan. Namun kaedah ini lebih berkesan daripada kaedah semburan kimia. Semburan kimia hanya membunuh anai-anai yang ada dipermukaan tetapi tidak sampai masuk ke dalam sarang. Kaedah hapuskan anai-anai dengan racun serbuk memberikan kesan lebih efektif dan sangat berkesan sehingga mampu membunuh anai-anai yang berada didalam sarang.

cara singkirkan dan hapuskan anai-anai dengan racun serbuk

Walaupun racun serbuk sangat berkesan untuk hapuskan anai-anai, namun kesan buruk ini sangat merbahaya jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Memakai pelindung mulut dan hidung semasa mengendalikan racun serbuk adalah langkah keselamatan yang harus diutamakan. Amaran! Jangan gunakan racun serbuk tanpa alat keselamatan dan pengetahuan khusus tentang bahaya racun anai-anai. Serahkan tugas ini kepada pakar kawalan serangga yang profesional sahaja melakukan untuk anda.

3. Singkirkan Anai-Anai hingga ke Sarangnya dengan Sistem Umpan

Sistem umpan adalah salah satu cara singkirkan anai-anai. Kaedah ini sangat efektif dan berkesan seperti kaedah hapuskan anai-anai dengan racun serbuk. Namun ia lebih selamat berbanding dengan menggunakan kaedah rawatan anai-anai dengan racun serbuk. Hanya pasangkan pada tempat-tempat yang dijangkiti dan pantau mengikut jadual yang ditetapkan.

Walaupun sistem umpan berkesan hapuskan anai-anai. Tetapi jika tersilap pasang anai-anai tidak datang memakan umpan. Pengetahuan dan pengalaman khusus amat diperlukan sebelum memasang sebarang perangkap anai-anai seperti sistem pengumpanan. Untuk tidak merugikan wang, sebaiknya dapatkan maklumat lanjut dan sedikit pengetahuan daripada pakar kawalan serangga yang berpengalaman supaya ia tidak merugikan wang anda.

4. Suntikan Bahan Kimia anti Anai-Anai Perlindungan Jangka Panjang

Kaedah suntikan racun anai-anai harus dimulakan dengan menebuk lantai asas bangunan. Setiap rumah memiliki lantai asas yang diperbuat daripada simen ini dipanggil slab. Sebelum mula melakukan rawatan pencegahan anai-anai. Lantai asas yang dipanggil slab perlu ditebuk. Gunakan mesin gerudi berkuasa untuk membuat lubang. Tebuk lubang sehingga menembusi lantai ditepi dinding. Jarakkan 3 - 5in lubang dari pada dinding asas. Buat lubang seterusnya disepanjang dinding dengan jarak lubang antara lubang sehingga 18in.

cara singkirkan anai-anai dengan suntikan kimia

Suntikan bahan kimia yang telah dibancuh didalam tong besar ke dalam setiap lubang. Ini memerlukan mesin pam untuk menyedut bahan kimia yang dibancuh ke dalam tong menerusi alat suntikan. Injector adalah alat suntikan yang diperlukan untuk menyuntik racun anai-anai ke dalam lubang. Suntik racun anai-anai sebanyak 3 - 5 liter racun pada setiap lubang. Tutup semula lubang-lubang dengan simen setelah semuanya selesai. 

5. Semburan Kimia pada Tapak Bangunan untuk Pembinaan Rumah Baru.

Ini adalah salah satu kaedah rawatan anai-anai untuk rumah baru. Sebelum pembinaan rumah baru dimulakan. Semburan tapak harus dilakukan untuk melindungi rumah anda dari diserang anai-anai pada masa depan. Kaedah ini dipanggil Soil Treatmen (ST) atau Semburan Tapak. Mulakan dengan membancuh bahan kimia yang dicampur dengan air bersih. Bancuhkan semua bahan ke dalam satu tong besar. Gunakan mesin pam untuk menyedut racun bersama-sama dengan alat semburan seperti alat spray.

Semburkan bahan kimia anti anai-anai secara rata ke seluruh kawasan diatas tapak bangunan sebelum lantai disimen. Pastikan cuaca dalam keadaan baik dan tidak hujan. Jangan sembur atau spray ketika hari mahu hujan. Ini boleh menghilangkan racun yang disembur atau dihanyutkan oleh air akibat daripada hujan yang lebat. Gunakan racun yang berkualiti tinggi dan tahan lama untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Disarankan gunakan ZETDOR 18.3 SC, Premise 200 SC, STUN 18.3 SC, ARCHIVE 18.3 SC dan IMID 18.3 SC.

Kesimpulan

Mengenalpasti jenis spesis, bentuk, saiz dan sifat anai-anai adalah perkara yang harus diutamakan sebelum melakukan rawatan hapuskan anai-anai. Menggunakan kaedah yang tepat dan betul juga adalah kunci utama dalam pembasmian anai-anai. Racun yang sesuai juga di ambil kira sebelum menentukan kaedah kawalan yang lebih bersesuaian. Keselamatan dalam penggunaan racun juga sangat penting untuk memastikan keselamatan semasa penggunaannya. 

Akhir sekali gunakan racun anai-anai yang berkuliti untuk keberkesanan jangkamasa panjang. Dapatkan khidmat pakar kawalan serangga perosak yang profesional juga dapat membantu anda memilih kaedah yang tepat dan sesuai bagi melindungi hartabenda anda dari ancaman anai-anai. Hubungi Pakar Hapus Anai-Anai Sekarang! 

Ulasan