Awas!! Serangga Yang Menghisap Darah Haiwan & Manusia

Pepijat atau nama singkatannya pijat merupakan serangga yang menakutkan bagi sesetengah orang kerana kegemarannya menghisap darah haiwan dan manusia. 

Mereka mencari makan pada malam hari dan bersembunyi di celah-celah dinding serta bingkai gambar pada siang hari. 

Pijat Serangga yang menyerang tempat tidur

Seekor serangga pijat betina dewasa boleh bertelur lebih dari 200 biji sepanjang hidupnya dan mengeram telur selama 10 hari. Jika tidak dikawal, populasi mereka boleh berkembang dengan cepat.

Bayangkanlah jika terdapat 200 ekor Pepijat betina yang tinggal di dalam bilik anda. Jumlah pembiakannya boleh mencecah sehingga 1000 ekor dan proses pembiakan seterusnya akan menjadi lebih besar.

Pijat dewasa mencari makan di waktu malam

Jika serangga ini tidak dibasmi dengan segera, ia akan menyukarkan kerja-kerja mengawal dan rawatan pemulihan perlu dilakukan lebih daripada sekali.

Pepijat boleh ditemui di celah-celah rekahan tembok batu yang mana ia adalah tempat persembunyiannya di siang hari. Di waktu malam ia akan merayap dan keluar untuk mencari mangsanya yang mungkin sedang nyenyak tidur.

Gigitan pepijat mungkin tidak terasa pada mulanya tetapi akan meninggalkan kesan bengkak kecil yang gatal. Mereka kerap bersembunyi di celah-celah dan sudut rumah. Langkah-langkah untuk menangani serangan serangga pijat termasuk pemeriksaan teliti, penggunaan mesin penyedut habuk, dan pembasmian dengan haba pengering rambut boleh bantu untuk kawal pijat.

Gigitan pepijat menyebabkan kulit gatal-gatal

Saiz Pepijat dewasa lebih kurang 1/5 gemar menyembunyikan dirinya dicelah-celah kedutan bantal dan tilam. Pepijat juga akan terus membiak di celahan perabut disudut pintu dan tingkap rumah atau di dalam bilik.

Serangga ini nampak kecil, tetapi ia merupakan serangga yang dahagakan darah haiwan dan manusia untuk hidup. Adakah anda menjadi mangsanya ? Awas!!!

Tilam dijangkiti pijat atau pepijat

4 Cara mengatasi masalah serangan serangga pijat...

Jika anda mengalami masalah berkenaan, anda perlu membasmi serangga ini dengan cara :

1. Lakukan pemeriksaan diseluruh kawasan yang terlibat.

Anda hendaklah melakukan pemerikasaan yang teliti diseluruh kawasan untuk mengesan serangga ini. Pastikan anda memerikas di setiap celahan-celahan dinding yang retak, di sudut katil, pada bekas lubang paku dan lain-lain kawasan yang disyaki.

2. Gunakan mesin penyedut habuk untuk membersihkan telurnya.

Jika serangga berkenaan dapat dikesan, anda perlu menggunakan mesin penyedut habuk yang bertujuan untuk membersihkan dan berkemungkinan telurnya juga dapat di sedut dan dibersihkan dengan mesin berkenaan.

3. Membunuh serangga dengan haba pengering rambut.

Kaedah ini tidak dapat dipastikan samada ia berkesan ataupun tidak untuk membunuh semua Pepijat yang ditemui itu. Tapi sekurang-kurangnya ia adalah salah satu langkah-langkah pengawalan serangga tanpa melibatkan bahan kimia atau racun yang mungkin sesuai untuk anda. Ini kerana penggunaan bahan kimia dan racun itu hanya boleh dikendalikan oleh mereka yang terlatih dan berlesen sahaja.

4. Teruskan pemantauan dan ulangi proses diatas pada hari seterusnya.

Jika semua langkah telah dilakukan dengan baik, sila ulangi semula proses itu sekali lagi dan jangan lupa untuk membuat pemantauan pada tempat-tempat yang terlibat seperti yang diterangkan itu tadi.

Di atas adalah tips dan garis panduan yang boleh anda cuba sendiri. Samada ia berkesan ataupun tidak tips ini hanya sebagai panduan sahaja. Namun saya tidak memberikan sebarang jaminan dan ia terpulang terhadap individu itu sendiri. Nasihat saya ialah : 

Jika tidak berkesan, anda perlu dapatkan khidmat pakar kawalan serangga yang berpengalaman. Mungkin ia dapat membantu anda dengan menggunakan kaedah lain.

Hapuskan ancaman pijat dibilik tidur anda dengan segera

Anda boleh menghubungi perunding perkhidmatan kawalan serangga yang berpengalaman dalam bidang ini ditalian 016-7583483

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Cara Cegah Anai2 Sebelum Rumah dan Harta Benda Musnah

Cara cegah anai2 yang merosakkan rumah anda. Anai-anai adalah serangga perosak yang boleh menyebabkan kerosakan serius pada struktur kayu r...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com