Inilah adalah langkah-langkah penting sebelum tindakan menghapuskan anai-anai. Kesan buruk boleh berlaku jika serangan anai-anai mula aktif ditapak bangunan dan rumah baru atau premis yang mahu dibina. Jika dibiarkan. Ini boleh mengakibatkan kerosakkan dan kerugian besar terhadap hartabenda dimasa depan.
Ramai yang sudah maklum tentang masalah ini. Tetapi ramai pula tidak ambil peduli dan tidak menghiraukannya. Mereka anggap ini adalah perkara biasa yang tidak begitu penting. Jadi ramai yang mengabaikan nasihat ini sehinggalah berlaku kerosakan dan kerugian yang besar keatas rumah baru mereka.

Menghapuskan Anai-Anai Sebelum Bina Rumah Baru
Untuk itu, kami cadangkan supaya kerja-kerjas mengesahan kehadiran anai-anai dilakukan terlebih dahulu. Buat dulu pemeriksaan anai-anai ke atas rumah baru. Hapuskan sarang pembiakan seperti membersihkan akar pokok dan tunggul kayu yang ada didalam dan diatas tanah ditapak pembinaan bangunan.
Rawatan Tanah Pra-Pembinaan dengan Racun Anai-Anai di Rumah Baru
Rawatan untuk tapak rumah baru harus dibuat terlebih dahulu. Semburan racun anai-anai ke atas tapak dengan racun khas seperti Chlorpyrifos atau Imadacloprid. Racun ini akan bertindak sebagai sistem pertahanan kepada pembiakan yang mampu menghalang pembiakan anai-anai dimasa hadapan.
Fungsi Racun Anai-Anai untuk Rawatan Tapak di Rumah Baru Bina
Racun anai-anai yang disembur akan terus menyerap ke dalam tanah dan akan berfungsi sebagai pelindung serangan anai-anai pada masa akan datang. Pastikan lantai tapak rumah disimen dengan segera selepas semburan racun anai-anai untuk mengelakan racun gagal berfungsi dan rosak jika terkena air.
Tindakbalas Racun Selepas Rawatan Anai-Anai Pra-Pembinaan
Racun anai-anai yang disembur ke atas pemukaan tanah akan kekal tahan lama. Ketahanan dan tindakbals racun keatas permukaan tanah yang disembur dengan racun boleh bertahan dari 2 hingga 5 tahun.
Jadi, mari kita bincangkan didalam disini, cadangan kawalan makhluk perosak yang perlu dilakukan ditapak pembangunan yang bakal didirikan dan premis kediaman sebelum berlaku kerosakan yang lebih teruk dan akan ditanggung oleh mereka yang sentiasa meremehkan pencegahan kawalan serangga perosak lebih awal.
Cara bijak yang perlu di ambil dengan segera ialah pencegahan awal (kawalan anai-anai) ini wajib dilakukan sebelum berlaku kemusnahan yang lebih teruk terhadap struktur kayu dan barangan perabot yang diperbuat daripada kayu. Untuk mengelakkan kerosakkan yang lebih serius sila dapatkan:
1. Pencegahan Awal (rawatan basmi serangga)
Pencegahan awal boleh mengelakkan kerosakkan yang lebih teruk. Selain daripada melindungi harta benda terutamanya yang melibatkan kayu, ia juga dapat mengelakkan kerugian besar yang ditanggung akibat serangan serangga tersebut.
2. Jimatkan kos
Kos rawatan termasuk caj perkhidmatan mungkin tidak kekal dan mungkin harga perkhidmatan akan berubah berikutan kenaikan harga racun pada masa kini. Dengan itu, caj perkhidmatan yang lebih tinggi akan dikenakan terhadap rawatan kawalan pencegahan serangga perosak dimasa depan. Untuk menjimatkan kos rawatan dengan caj yang tidak terlalu tinggi adalah dinasihatkan ialah, lakukan pencegahan kawalan serangga lebih awal daripada sekarang sebelum harga kos racun serangga ini meningkat.
3. Menyelamatkan harta benda
Disamping dapat menjimatkan kos rawatan pencegahan mahkluk perosak, ia juga dapat meyelamatkan harta benda daripada kerosakkan teruk yang terpaksa diganti semula dengan keperluan yang baru.
4. Tiada lagi kebimbangan
Selepas mendapatkan perkhidmatan kawalan serangga mahkluk perosak dan pencegahan awal serangga perosak telahpun dilakukan, bukan sahaja premis anda selamat atau bebas daripada masalah serangan serangga malah tiada lagi kerisauan dan kebimbangan.
Kesemua 4 perkara diatas merupakan satu nasihat dan peringatan yang perlu dikira. Jadi saya cadangkan lakukan langkah-langkah pencegahan kawalan serangga perosak bagi menyelamatkan harta benda dan jimatkan wang anda mulai sekarang.
Hubungi syarikat kawalan serangga yang terdekat ditempat anda untuk mendapatkan khidmat mereka.