Contoh email yang diterima. Email dan no tel tidak didedahkan untuk menjaga privasi pengirim.
Baiklah saya salin dan tulis semula soalan-soalan Nur shafiqa nabila didalam blog ini agar lebih terang dan jelas. Soalan begini:
Kenapa anai-anai wujud semula setelah treatment dibuat selepas 5 bulan sedangkan syarikat pest tersebut berjanji warranty selama 1 tahun? Semburan yang dibuat ialah secara soil treatment iaitu mengorek lubang dan semburan.
Bagi saya ini adalah soalan yang bagus dan saya suka dengan soalan sebegini kerana saya tahu bukan Nur shafiqa sahaja yang mengalami masalah seperti ini. Saya percaya ramai lagi yang mengalami masalah yang sama. Tapi mereka tak tahu dimana nak dapatkan maklumat yang betul dan tepat.
Sebelum saya menjawab dan membalas pertanyaan dari Nurshafiqa nabila, saya berfikir adalah lebih baik saya jawap semua soalan ini didalam blog ini, agar dapat dikongsikan kepada semua pembaca Blog Kawalan Serangga.
Saya lakukan ini kerana dapat memberitahu kepada semua pembaca blog kawalan serangga perkara yang sebenar mengapa wujudnya ancaman / serangan anai-anai walaupun rawatan kawalan serangga telah dilakukan.
Pertama Salah satu sebab yang munasabah ialah pengedali itu sendiri. Pengedali itu perlu mahir dengan selok belok kerja-kerja yang dilakukan. Sebaik-baiknya pengendali yang berpengalaman dan berpengetahuan didalam bidang pest control adalah benar-benar seorang juruteknik kawalan serangga yang cekap.
Maknanya ialah juruteknik yang tahu menjalankan kerja-kerja semburan ditapak bangunan yang dirawat. Jangan hanya datang sembur lepas tu siap. Pastikan pengedali yang melakukan kerja-kerja semburan soil treatment adalah seorang juruteknik pembasmi serangga yang berpengalaman. Jika sesebuah syarikat yang mempunyai masalah pekerja yang sering bertukar-tukar pekerja baru cuba elakkan daripada mendapatkan khidmat mereka.
Saya bukan nak kondemkan perkhidmatan syarikat kawalan serangga yang ada. Tapi kita perlu ingat, kalaulah syarikat itu sendiri bertukar-tukar pekerja (juruteknik) baru, masa untuk melatih juruteknik baru mungkin melibatkan masa. Sebab itulah kerja-kerja semburan yang dilakukan tidak sempurna kerana ia dikendalikan oleh juruteknik baru. Ini adalah pesanan penting untuk anda. Anda boleh membaca tips memilih syarikat kawalan serangga dengan hanya klik disini.
Kedua >>> Bahan kimia / racun serangga yang tidak mengikut sukatan yang betul juga menjadi salah satu sebabnya. Bukan itu saja, anda perlu tahu apakah jenis bahan kimia yang digunakan dalam rawatan tapak dipremis anda.
Anda kena ingat bahan kimia mengandungi pelbagai jenis dan pelbagai fungsi. Ada yang merbahaya dan ada mesra pengguna. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis kelas. Ada kelas 4, kelas 3, kelas 2 dan kelas 1. Semakin kecil jenis kelas pada bahan kimia maka semakin bahaya. Biasanya produk racun bahan kimia serangga boleh dilihat pada label yang terdapat pada botol.
Pada bahagian botol itu, mengandungi arahan penggunaan dan jenis kelas. Kalau yang merbahaya biasanya mengandungi gambar tulang tengkorak bersilang. Ini adalah bahan kimia / racun serangga yang merbahaya. Dinegara kita Malaysia bahan kimia yang merbahaya telah diharamkan oleh Lembaga Racun Negara. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut lagi tentang bahan kimia / racun serangga yang paling baik dengan hanya klik disini.
Ketiga >>> Pemaju yang membangunkan perumahan juga perlu bekerja sama dengan Syarikat Pest Control yang menjalankan semburan ditapak bangunan yang dibina.
Bekerja sama yang dimaksudkan itu ialah selepas semburan Soil Treatment selesai dijalankan. Pihak pemaju dengan segera menutup permukaan tapak yang disembur itu dengan bancuhan simen. Tujuan ini dilakukan adalah untuk mengelakan racun serangga yang disembur terkena hujan yang mungkin racun serangga tidak dapat larut ke bahagian dalam tanah iaitu dibawah lantai (slab) bangunan.
Saya rasa soalan-soalan yang dikemukan Nur shafiqa telah pun dijawab dan jika pembaca blog ini tidak faham dan ingin bertanya sila emailkan pertanyaan anda kepada saya melalui email dibawah
termitecontrol99@yahoo.com.my
Saya akan menjawap semua soalan selagi saya mampu dan tahu. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar yang lebih tahu agar ia lebih lengkap dan tepat.
Iklan Kawalan Anai-Anai |
Sekian,
Terima kasih kerana sudi membaca.
Ikhlas dari,
Mohamad Asmid
Juruteknik Kawalan Serangga