Kawalan Serangga Untuk 3 Jenis Spesies Tikus

kawalan serangga dan tikus

Masalah tikus bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Malah ia boleh menjadi lebih serius jika ia dibiarkan. Oleh itu, apa tindakan yang sepatutnya dan apa yang harus dilakukan sebelum semua tikus-tikus ini menganggu ketenteraman kediaman anda.

Berikut adalah hal-hal yang akan dikongsikan dengan anda...

Tikus boleh membawa penyakit yang merbahaya terhadap manusia dan sentiasa berwaspada terhadap perangkap dan umpan. Kebiasaannya tikus ini di kenali dengan beberapa nama seperti, tikus rumah, tikus bumbung dan tikus norway.

1. Tikus Rumah

kawalan tikus rumah

Nama saintifik tikus ini dipanggil dengan nama Mus musculus. Memiliki bentuk badan yang kurus dan kecil, panjangnya 3 hingga 4 inci serta memiliki mata yang kecil dan telinga yang agak besar. Berwarna coklat terang atau hampir sama dengan kelabu terang.

Najisnya (tahi) berbentuk panjang seperti batang. Bersarang didalam struktur dan lubang-lubang. Biasanya sarang yang dibina berhampiran dengan tempat yang mengandungi sumber makanan dan jarak tidak lebih dari 30 kaki daripada sarang pembiakannya.

Memiliki sifat yang berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Pandai memanjat dan makan tumbuh-tubuhan tetapi lebih suka makan biji-bijian.

2. Tikus Bumbung

kawalan tikus bumbung

Nama saintifik ini dipanggil dengan nama Rattus rattus. Berwarna Hitam atau coklat gelap, panjangnya 7 hinga 10 inci dan memiliki bentuk badan yang ramping dan kecil. Bersarang didalam dan dibawah bangunan-bangunan, didalam longgokan sampah sampah atau kayu.

Pandai memanjat dinding dan tiang-tiang. Sering ditemui pada struktur-struktur dibahagian atas bumbung. Makanan kegemaran lebih kepada biji-bijian, buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Sangat agresif dan boleh melepasi lubang 1/2 inci dan ia juga penyebar penyakit merbahaya.

Tikus Norway

kawalan tikus norway

Nama saintifik tikus ini kenali dengan nama Rattus norvegicus. Bentuk badan yang agak sederhana sedikit, saiz dalam linkungan 6 hingga 8 inci. Warna bulunya coklat seakan berwarna perang. Memiliki telinga dan mata yang kecil serta memiliki ekor yang pendek.

Najis (tahi) dapat dilihat dengan bentuk seperti capsul. Sarang tikus norway terletak pada setiap lubang yang dibuat dan tinggal dibawah tanah berhampiran dengan bangunan yang berdekatan dengan sumber makanan.

Agak sukar untuk dilihat atau ditemui pada waktu siang. Suka makan daging daripada makan tumbuh-tumbuhan. Air adalah keperluan utamanya untuk terus hidup boleh berenang dengan baik juga membawa ancaman penyakit yang merbahaya.

Langkah Pengawalan & Pencegahan

Setelah mengenali ke tiga-tiga spesies ini, ia akan dapat membantu dan memudahkan anda untuk membuat langkah pengawalan dan pencegahan bagi menghapuskan serangan tikus. Cara untuk menghapuskan tikus ini ada banyak cara yang boleh kita lakukan. Salah satu cara ialah dengan mengetahui apakah makanan yang tikus-tikus ini suka.

Contohnya, tikus bumbung lebih suka makanan seperti kacang. Anda boleh umpan makanan kacang yang bercampur racun.

Tapi ia memerlukan teknik dan strategi yang betul. Selain itu juga, kita perlu lihat dari pelbagai sudut seperti masa yang sesuai, bilakah umpan itu boleh dipasang, dimanakah umpan itu ditempatkan dan bagaimana untuk menarik perhatian tikus-tikus itu supaya ia memakan umpan yang dipasang.

Jika tidak, usaha untuk mengumpan dan mengusir tikus akan gagal kerana haiwan ini amat sensitif terhadap sesuatu yang mencurigakan dan sentiasa berwaspada terhadap sesuatu perkara yang cuba mengancam dirinya.

Namun, anda harus gunakan kreativiti sendiri untuk menarik perhatian tikus ini, supaya memasuki perangkap yang dipasang dengan umpan beracun yang ke tempat yang lebih sesuai.

Amaran! Umpan beracun tidak sesuai digunakan, terutamanya ditempat yang terbuka kerana ia boleh membahayakan kanak-kanak dan haiwan peliharan anda. Jadi berhati-hatilah. Sila dapatkan nasihat dan bantuan pakar perunding kawalan serangga yang berpengalaman untuk sebarang bantuan!

Untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat tentang cara pembasmian tikus dan khidmat kawalan serangga sila hubungi 016-758 3483.

Akhir sekali, sebelum saya tamatkan perbincangan ini. Saya jemput anda semua untuk menjadi peminat Basmi Serangga di Facebook sebagai kawan komuniti kami.