Cara Mengawal Semut Dengan Kaedah Tradisional

Semut diluar rumah, rasanya tak ada masalah kot, tapi mendatangkan masalah jika ia tinggal bersama didalam rumah boleh menjadi masalah besar. Masalah ini mungkin jadi kita rasa kurang selesa kerana semut suka menggangu makanan dan minuman yang kita hidangkan.

Cara Mengawal Semut

Belum sempat dimakan atau diminum semut dah rasmi dulu. Jadi cara menyelesaikan masalah ini anda hanya perlu mengikuti kaedah tradisional dengan langkah-langkah berikut:

Daun Sirih

Dapatkan daun sirih dan hiriskan daun sirih halus-halus. Gunakan daun sirih yang dihiris itu tadi dengan meletakkan pada tempat-tempat yang menjadi laluan semut atau dimana semut-semut itu berkumpul. Biasanya dengan menggunakan kaedah seperti ini  semut akan secara beransur-ansur meninggalkan kawasan itu kerana semut tidak suka dengan bau daun sirih. Salah satu cara dan kaedah mengawal semut dengan daun sirih. 

Tangkai Cili Kering

Menggunakan tangkai cili kering juga adalah salah satu cara untuk mengawal semut. Biasanya tangkai cili tidak digunakan dalam masakan. Ia jadi bahan buangan, jadi jangan dibuang. Gunakan ia untuk menghalau semut-semut yang berkeliaran dirumah anda dengan cara ini. Lebih elok jika diletakkan dalam bekas gula. Kesan dari apa yang anda lakukan itu tadi dapat menghindari semut yang mengkerumi pada tempat simpanan gula. Ini juga adalah salah satu cara dan kaedah mengawal semut dengan  tangkai cili kering.

Bawang Merah

Cara lain pula untuk mengawal semut adalah dengan menggunakan beberapa biji bawang merah dan tempatkan bawang-bawang meranh itu ke dalam bekas gula tanpa perlu dikupas. Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengawal semut dari memasuki kedalam bekas simpanan gula. Jangan bimbang tiada kesan sampingan ke atas gula kerana bahan-bahan yang digunakan itu adalah bahan-bahan organik atau bahan semulajadi. Bebas dari racun serangga dan dan tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa. Ini juga kaedah dan cara mengawal semut dengan bawang merah.

Kulit Telur

Jika anda menjumpai semut diluar atau ditaman halam rumah anda. Ada baiknya anda menggunakan abu kulit telur untuk dijadikan bahan untuk menghalau semut. Tapi kaedah ini tidak dapat dipastikan sama ada ianya berkesan ataupun tidak. Tapi tak salah jika ingin mencuba.

Jika anda sudah bersedia dan ingin mencuba lakukan ia dengan membakar kulit telur terlebih dahulu dan biarkan sehingga ia menjadi abu. Kemudian abu kulit telur yang dibakar itu tadi diletakkan pada laluan semut-semut yang berkeliaran ditaman halaman rumah anda. Kaedah ini memang sesuai dilakukan diluar kawasan rumah terutamanya ditaman dan halaman rumah. Jika anda percaya lakukan kaedah dan cara mengawal semut dengan abu kulit telur.

Minyak Masak

Balang gula biasanya tempat yang paling mudah diserang oleh semut-semut. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda juga boleh menggunakan kaedah sementara ini untuk mengelakkan semut-semut itu memasuki kedalam balang gula. Hanya perlu menggunakan bahan sedia ada didapur rumah anda seperti minyak masak

Caranya gunakan kain bersih yang dipotong, jadikan ia seperti tali. Kemudian basahkan kain yang berbentuk tali itu dengan minyak masak dan ikatkan pada keliling balang gula. Kaedah ini akan menyukarkan semut-semut itu memanjat balang-balang simpanan gula. 

Cara mengawal semut ini mungkin lebih sesuai untuk balang kaca. Tapi apapun tak salah jika ingin mencuba untuk balang lain seperti baling plastik. Manalah tahu ia juga memang sesuai dan berkesan untuk mengawal semut.. Dan seterusnya terdapat banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk menghalau semut dari terus menyerang makanan dan minuman didapur rumah anda. Bahan lain seperti serbuk cili, cuka, tepung juga boleh digunakan untuk mengawal semut.

Tapi semua ini mungkin dapat menghalang sejumlah semut dan hanya sesuai untuk beberapa jenis semut. Apapun kaedah boleh ini digunakan untuk sementara waktu. Terdapat ribuan semut yang wujud didalam sarang semut dirumah anda dan mungkin akan menyerang semula pada bila-bila  masa. Jadi adalah dinasihatkan anda mendapatkan khidmat dan nasihat syarikat Pest Control atau pakar Kawalan Serangga ditempat anda. Mungkin mereka lebih arif dalam membendung masalah ancaman semut dirumah anda. 

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Strategi Berkesan untuk Mencegah Anai-Anai di Rumah Anda

Mencegah anai-anai adalah aspek penting dalam menjaga keselamatan dan integriti struktur rumah. Kehadiran anai-anai boleh menyebabkan kerosa...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com