Belajar Bagaimana Untuk Menghapuskan Semut

Semut hitam
Semut hitam
Saya ingin kongsikan sedikit cara yang dapat membantu anda untuk mengawal semut didalam rumah dengan mudah. Anda hanya perlu tahu mengapa rumah anda menjadi pilihan untuk semut-semut ini datang.

Tanpa diundang ia akan datang menyerang rumah anda tidak kira sama ada didalam bilik, ruang tamu dan di dapur rumah. Kaedah ini pernah saya kongsikan sebelum ini pada post yang bertajuk 'Cara Mengawal Semut Dengan Kaedah Tradisional'.

Jangan bimbang, saya akan tunjukkan sekali lagi!! Apabila semut menyerang rumah. Anda hanya perlu tahu cara mengawal semut dengan bahan semula jadi. Tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau racun serangga anda akan berjaya menghapus kan semut-semut degil dengan mudah.

Mari saya tunjukkan caranya!!

Cara mengawal semut dengan bahan-bahan semula jadi.

Daun sirih
Daun sirih
Bahan-bahan utama yang diperlukan untuk menghapus kan semut ialah Daun sirih. Anda perlu dapatkan daun sirih dan hiris kan daun sirih halus-halus dan letak kan di mana-mana tempat yang menjadi laluan semut.

Semut akan beransur-ansur pergi meninggal kan kawasan yang ditabur dengan daun sirih yang dihiris itu tadi kerana semut tidak suka dengan baunya.

Cara lain, anda boleh gunakan tangkai cili kering yang terbuang untuk menghalau semut-semut. Letak kan tangkai cili kering ini ditempat yang diserang semut. Anda juga boleh meletakkan tangkai cili kering ini ditempat bekas simpanan gula.

Cili kering
Cili kering
Selain dari cara itu juga, bawang merah juga boleh menghalau semut-semut yang tidak diundang. Gula pasir biasa diserang semut-semut jika tidak ditutup rapat dan adakalanya sisa-sisa gula yang tertumpah ke bawah menjadi punca dan sebab serang semut.

Gunakan bawang merah juga dapat menghindari dari serangan semut. Banyak lagi petua dan cara lain yang berguna untuk mengawal semut. Anda boleh baca lagi mengenai cara mengawal semut kaedah tradisional di sini.

Bawang merah
Bawang merah
Kesemua yang saya tunjukkan itu adalah cara lama atau petua dahulu kala. Orang dulu kala mengunakan petua ini untuk mengawal semut. Ini adalah cara yang mudah dan murah serta jimat kos.

Cara dan kaedah ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masa lapang. Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk melakukan semua ini terpaksalah mendapatkan khidmat Pest Control yang berdekatan ditempat anda.

Untuk mendapatkan khidmat pest control di kawasan Johor Bahru anda boleh menghubungi terus ke talian 016-7583483 (Asmid) untuk bantuan mengawal semut.

Banner Pest Control Johor Bahru
Banner Pest Control Johor Bahru

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com